Thursday, February 25, 2010

Contoh Jawapan Soalan KBKK Bab 2 Tingkatan 5

Contoh Soalan 
Pada pendapat anda, mengapakah tokoh tempatan wajar dianggap wira bangsa?

Pada pendapat saya, tokoh tempatan wajar dianggap sebagai wira bangsa kerana keberanian mereka untuk menentang penjajah darpada terus menakluki negara kita. Malahan, mereka juga menunjukkan semangat setia negara yang tinggi dalam diri mereka. Selain itu, mereka mempunyai semangat patriotik yang amat tinggi sehingga sanggup mengorbankan nyawa sendiri demi negara dan bangsa tercinta. Mereka juga sanggup membela pengikut dan rakyat daripada genggaman penjajah. Keteguhan mereka mempertahankan tanah air dan menjaga adat resam dan budaya bangsa membuatkan mereka wajar dan layak dianggap sebagai wira bangsa.

Nabilah Bt Mohd Shahrudin
5 Cekap
2010

2 comments: