11 Jun 2010 (selasa)
2.15 - 3.15 petang
Lokasi : Jeti Tasik Tonle Sap
Selepas berehat lebih kurang satu jam kami pun bertolak ke Tasik Tonle Sap. Perjalanan dari bandar Siem Reap ke Jeti Tonle Sap lebih kurang satu jam. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat kampung-kampung masyarakat kamboja dan kehidupan mereka banyak bergantung kepada pertanian padi dan perikanan. Apabila sampai jeti sudah nampak banyak perahu besar nelayan disepanjang jeti untuk menunggu para pelancong. Kami pun menuju ke perahu yang telah ditentukan oleh Tour Guide Encik Senchey.
Pemandangan perjalanan ke Tasik Tonle Sap (Gambar : Abdul Rahim khalid)
Jeti Tonle Sap
Perjalanan menuju ke perahu Pn Poh, Pn Tan, En Zaharudin dan Pn Pengetua Teh Seok Im
Masa : 3.15-5.30 petang
Lokasi : Tasik Tonle Sap
Lokasi : Tasik Tonle Sap
Kami mengambil masa lebih kurang setengah jam menuju ke tasik tonle sap. Cuaca sangat panas dan lembap pada bulan Jun - Ogos dan air disepanjang sungai sangat cetek. Perahu masing-masing perlahankan perahu apabila ada perahu menuju dari arah yang lain. Pemandangan di sekitar tasik sangat menarik dan tanah sangat subur kelihatan warna kuning seperti tanah di sekitar Sungai Hwang Ho, Negara China.
Pemandangan yang begitu indah dan menarik sepanjang perjalanan menuju ke Tasik Tonle Sap
Kegiatan perikanan di sekitar tasik Tonle Sap
Pasar borong ikan di tepi Tasik & Budak menjual minuman kepada pelancong
Tasik Tonle Sap merupakan tasik yang terbesar di Asia Tenggara. Kehidupan masyarakat di sini nampaknya masih kekal dalam cara tradisional. Kegiatan ekonomi utama masih bergantung kepada perikanan, pertanian dan pelancongan(baru). Kami juga nampak ramai wanita Kemboja membawa bersama anak kecil dan menjalankan perniagaan kecil daripada hasil pertanian kepada para pelancong. Bukan ini sahaja, kanak-kanak juga cuba dekat dengan perahu pelancong dan cuba menjual sedikit minuman kepada pelancong. Ada kanak-kanak meletakkan ular di badan mereka dan cuba mendekati kami. Semua menjerit dan memberitahu kami takut ..... hah..terutama tgs....
Kami juga nampak ramai kaum wanita Kemboja melibatkan diri dengan giatnya dalam perikanan dan perniagaan kecil disekitar Tasik Tonle Sap. Kerajinan dan kesungguhan mereka mencari pendapatan untuk keluarga sama juga seperti kami semua tetapi dengan cara yang berlainan. Kesan daripada Kerajaan Angkor memang sangat mendalam ke atas masyarakat Kemboja. Mereka perlu bersyukur kerana telah dikurniakan dengan alam sekitar yang kaya dengan perikanan dan kesuburan tanah untuk pertanian. Yang diperlukan oleh mereka ialah pendidikan dan teknologi moden supaya dapat meningkatkan pendapatan mereka.
Bersiar-siar di Restoran Terapung Tasik Tonle Sap
Budak-budak di sekitar Tasik Tonle Sap
Restoran Terapung & Pasar Terapung & Bendera Kebangsaan Kemboja
Mekanik sedang membaiki enjin & Jabatan Alam Sekitar & Pasar Perikanan
Bye!Bye! Tasik Tonle Sap (Gambar oleh Abdul Rahim Khalid)
Restoran Amazon : Gambar: Abdul Rahim Khalid
Kaum wanita terlibat dalam perniagaan kecil dan kegiatan perikanan di Tasik Tonle Sap
Lebih kurang 45 minit perjalanan di sekitar Tasik Tonle Sap, kami pun berhenti rehat di Restoran Terapung Tasik Tonle Sap. Kami di bawa oleh En. Senchey untuk melihat kolam ikan dan kolam buaya. Kesemua ini adalah bertujuan untuk dijual. Kemudian kami pun bersiar-siar di sekitar restoran terapung dan beli sedikit cenderamata. Disebabkan tempat ini merupakan tumpuan pelancong, maka banyak perahu penuh dengan hasil pertanian untuk dijual kepada pelancong (Pasar Terapung). Kalau kita melihat cara kehidupan mereka yang serba kekurangan ini, maka merasa bersyukur apa yang kita nikmati di Malaysia.
Kolam ikan & Kolam Buaya & Kedai Cenderamata di Restoran Terapung Tasik Tonle Sap
Bersiar-siar di Restoran Terapung Tasik Tonle Sap
Budak-budak di sekitar Tasik Tonle Sap
Restoran Terapung & Pasar Terapung & Bendera Kebangsaan Kemboja
Gambar Kumpulan di Restoran Terapung Tasik Tonle Sap (Gambar: Abdul Rahim)
Dengan iklim panas lembap, bekalan air yang cukup, kemudahan pengangkutan, bekalan makanan protein, tanah pertanian yang subur dan air Tasik Tonle Sap datang dari Sungai Mekong telah membentuk satu masyarakat tempatan di sekitar Tasik Tonle Sap. Kemudahan yang kami nampak disepanjang pinggir tasik ialah rumah, sekolah, kedai runcit, gereja, pasar, jabatan alam sekitar, mekanik memperbaiki enjin perahu dan lain-lain.
Rumah Terapung kawasan Tasik Tonle Sap
Mekanik sedang membaiki enjin & Jabatan Alam Sekitar & Pasar Perikanan
Sekolah untuk kaum Vietnam & Gereja & Kedai Runcit
Bye!Bye! Tasik Tonle Sap (Gambar oleh Abdul Rahim Khalid)
5.30 - 10.30 malam
Lokasi : Artisan D'Angkor &Kedai Perak & Restoran Amazon Angkor, Night Market, Siem Reap
5.30-6.30 malam
Semasa perjalanan balik ke Seap Reap, kami singgah di "Artisan D'Angkor" sebuah pusat hasilan barang seni ukir oleh orang kurang upaya. Mereka menggunakan bahasa isyarat untuk mengajar pelajar. Kami telah di bawa dari satu bilik ke bilik lain untuk melihat proses penghasilan barangan kesenian dan ukiran oleh pelajar pusat ini. Ada guru yang berminat telah membeli sebagai cenderamata untuk ingatan.
Artisan D'Angkor : Pn Pengetua Teh Seok Im & Encik Abdul Rahim Khalid (Gambar : Pn Teh Seok Im)
En Zaharudin tertarik dengan cara lukisan Kemboja
Masa : 6.30-7.30 malam
Kami singgah di sebuah kedai Perak semasa perjalanan balik ke Siem Reap untuk makan malam. Barang-barang perak yang di hasilkan dikatakan memgandungi 92% perak. Cikgu-cikgu yang berminat turut tertarik dengan reka bentuk tempatan dan membeli sebagai souvenir untuk keluarga. Lihat siapa yang membeli ...?
Kedai Perak : Siem Reap
Masa : 7.30 - 9.00 malam
Kemudian kami sampai ke Restoran Amazon Angkor untuk makan malam. Makanan yang dihidangkan adalah terdiri daripada jenis makanan tempatan dan antarabangsa. Sambil kami makan sambil menonton tarian tradisional Angkor yang dipersembahkan. Selepas makan, kami bertolak ke "Night Market" untuk teruskan "shopping". Balik ke Hotel pukul 10.30 malam dan bersedia untuk besok. Selamat Malam.
Restoran Amazon : Gambar: Abdul Rahim Khalid
Masa : 8.30 - 10.30 Malam
Lokasi : "Night Market", Siem Reap
Inilah wanita, nampak batu permata akan lupakan diri. Boleh tahu siapakah peminat nombor satu batu permata............?
En Zaharudin juga berminat batu permata. (Gambar : Abdul Rahim Khalid)
sehari dalam sejarah
tss@seafield
No comments:
Post a Comment