Monday, June 28, 2010

LAWATAN KE AIR PANAS SUNGKAI PERAK (1)

Hari Pertama
Tarikh : 26 Jun 2010
Hari : Sabtu
Masa : 7.00 - 9.30 pagi

Terutama cikgu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketua rombongan kali ini : Malisa.  Beliau telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjayakan rombongan ini. Walaupun pada permulaannya menghadapi sedikit masalah, tetapi dengan sokongan guru sejarah dan pelajar telah menyebabkan rombongan ini berjaya dilaksanakan dengan begitu baik dan cemerlang. Terima kasih kepada guru-guru pengiring rombongan ini.. Cikgu Nazuha, Cikgu Norsuzana, Pn Yong, Cikgu Siti Asni, Cikgu  Nor Hareza, Cikgu Noor Azihan, Cikgu Hasmilia, Cikgu Noorizan dan Cikgu Suhaida yang telah bersama dengan kami dalam rombongan ini.
Air Panas Sungkai Perak & Smoke House, Cameran Highlands
 


Masa : 7.00-9.30
Lokasi : SMK Seafield, Kawasan Rehat Tanjung Malim
Kami telah bertolak dari sekolah pada pukul 7.45 pagi kerana terdapat seorang pelajar yang lambat. Siapakah pelajar tersebut ? Semua pelajar nampak begitu ceria dan gembira sepanjang perjalanan ke Air Panas Sungkai. Para guru juga mempunyai perasaan yang sama terutama bagi mereka yang tidak pernah ke Air panas Sungkai dan Cameran Highlands. Nombor bas sekolah ialah PCU 7766 dan pemandunya ialah Encik Mustapha. Inilah orang yang paling penting dalam lawatan ini. Terima Kasih.

Malisa sibuk dengan kehadiran pelajar sebelum bertolak ke Sungkai Perak
  

 Pelajar begitu gembira dapat mengikut rombongan ini
   

Cikgu-cikgu cantik Seafield juga berasa gembira dapat menyertai bersama rombongan ini
 

Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Kawasan Rehat, Tanjung Malim
Kami berhenti di kawasan rehat Tanjung Malim untuk lima minit dan kemudian bertolak semula ke Air panas Sungkai. Kami mengambil kesempatan mengambil gambar untuk ingatan.

 Kawasan Rehat Tanjung Malim
 

Masa : 9.30-11.30 pagi
Lokasi : Air Panas Sungkai, Perak
Kami sampai di Air Panas Sungkai pukul 9.30 pagi. Tiket untuk setiap pelajar berharga RM 10. Semua pelajar termasuk guru sibuk dengan meletakkan stiker di tangan mereka. 

Sibuk dengan stiker 
 

Selepas itu, kami pun masuk ke kawasan air panas Sungkai. Kami dapat menikmati pemandangan alam sekitar yang cantik sepanjang perjalanan masuk ke kawasan kolam air panas. Kawasan ini dikelilingi dengan pemandangan bukit bukau. Kami melalui taman herba, pokok-pokok buah-buahan tempatan dan nampak pokok durian berbuah di sekitar kawasan air panas.
Perjalanan menuju ke Air panas & Pokok Durian
  

Muridku Anakku Sayang : Ceria dan Gembira
 

Lokasi : Aliran Air Panas Bertingkat, Kolam Air Panas, Sungai Klah, Sungkai Perak
Sebelum bergerak ke air panas berbentuk tingkat, kami sempat mengambil gambar untuk kenangan. Para guru dan pelajar begitu gembira apabila dapat melihat dan merasa air panas dari bawah tanah. Satu pengalaman baru yang tidak boleh dilupakan oleh mereka.

Gambar kumpulan & Air Panas Bertingkat
  

Pelajar merasa sendiri air panas dari bawah tanah
 

Kemudian kami bergerak ke kolam air panas suhu antara 35"C hingga 38"C. Semua guru dan pelajar cuba merendamkan kaki dalam kolam air panas ini. Mereka begitu seronok dan gembira merendamkan kaki dalam kolam air panas. Pada permulaan merasa sangat panas, tetapi dengan perlahan-lahan semua pelajar dan guru dapat menyesuaikan diri dengan suhu dalam kolam air panas. Kami berada di kawasan ini lebih kurang setengah jam dan kemudian bergerak ke kawasan air panas untuk merebus telur.

1SEAFIELD, 1MALAYSIA
 

Guru dan pelajar bersama-sama merendam kaki dalam kolam air panas 37C - 38C.
 

 


Kaki siapa ?
 

Masa : 10.00 - 10.30 pagi
Lokasi : Kawasan Merebus Telur
Iyad Zafir telah bertindak dengan cepat membeli 5 biji telur (RM 2) dari gerai . Beliau telah menunjukkan cara menebus telur kepada kawan-kawan yang lain dalam kolam air panas bersuhu melebihi 100'C. Hanna juga membantu cikgu untuk merebus 20 biji telur yang baru dibeli. Terima kasih. Satu pengalaman baru bagi guru dan pelajar yang pertama kali lawat ke tempat ini.

Malisa nak jual telor ? & Hana dan Nur Shazhida
 

Iyad Zafir BIn Sariff sedang merebus telur di kolam air panas
 

Iyad dan Hanna dan dilihat oleh kawan-kawan semasa merebus telur
  

Telur yang telah direbus mempunyai "struktur" yang cantik dan sedap. Kami meminjam kicap daripada makcik gerai. Sangat enak dimakan. Jangan lupa bawa kicap manis kalau nak ke tempat ini...

Telur rebus, sangat enak !
 

Masa : 10.30 - 11.30 pagi
Lokasi : Kolam Besar Air Sejuk dari Gunung
Seramai lima orang pelajar mandi di sana. Siapakah mereka ? Nafiz, Amirul, Al-Hazim, Danial dan Salman. Memang tiada perancangan untuk pelajar mandi di kawasan ini. Ini semuanya disebabkan air sejuk dalam kolam telah menarik perhatian pelajar, tambahan pula cuaca sangat panas. Guru-guru pun berehat di kedai makanan sementara menunggu pelajar memain air sampai 11.30 pagi.

 

Rumusan, lawatan ke tempat ini sangat menyeronokkan kerana kami dapat menjalankan aktiviti kumpulan bersama dengan pelajar. Untuk masa depan atau guru yang berminat, boleh mengadakan lawatan untuk satu hari ataupun dua hari satu malam supaya dapat meneroka lebih banyak tempat di kawasan ini dan para pelajar pun berasa puas dapat main air sejuk di kolam. Keadaan kawasan ini bersih dan selamat. Satu lawatan yang bermakna kepada kami semua dan tidak boleh dilupakan. I Love Malaysia.

sehari dalam sejarah
tss@seafield


1 comment: