Tuesday, May 31, 2011

LAWATAN KE SEREMBAN N9 - 1

Hari Pertama
Program : Kem Kepimpinan & Lawatan Sambil Belajar
Tarikh : 30 Mei 2011
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 5.30 ptg
Lokasi : Muzium negeri (Taman Seni Budaya Seni) Seremban, Muzium Istana Seri Menanti (Kuala Pilah), Restoran Warisan Terachi, Yakult Factory.
Peserta : 40 orang pelajar (Tingkatan 3,4 dan 5) dan 3 guru
Laporan : Hareza Bt Abu



Pada 30 dan 31 Mei 2011 bersamaan hari Isnin dan Selasa yang lalu, Persatuan Sejarah dengan kerjasama Panitia Sivik dan Kewarganegaraan telah berjaya menganjurkan lawatan sambil belajar ke Negeri Sembilan. Seramai 40 orang pelajar dari tingkatan 3 hingga 5 bersama 3 orang guru menyertai program lawatan tersebut.  Lawatan meliputi daerah Seremban dan Kuala Pilah.
                Program lawatan bermula pada 30 Mei 2011 jam 7.30 pagi apabila semua peserta lawatan berkumpul di kantin sekolah dan diberi sedikit taklimat. Apabila bas sudah tiba, semua peserta diarahkan untuk menaiki bas persiaran yang ditempah khas. Rombongan bertolak dari SMK Seafield pada jam 8.10 pagi. Semasa  perjalanan menuju ke Negeri Sembilan, pemandu pelancong, Encik Lawrence memberikan sedikit taklimat berkaitan tentatif program lawatan dan menceritakan sedikit latar belakang serta sejarah tempat-tempat yang bakal dilawati. Pada jam 8.50 pagi, rombongan singgah sebentar di Hentian R&R Seremban untuk bersarapan. 

Semua bersedia untuk meneroka N9 &Sarapan pagi di R&R Seremban
 
Selepas itu, pada jam 9.30 pagi, rombongan menyambung semula perjalanan menuju ke destinasi yg dituju. Pada Jam 10.00 pagi, rombongan selamat tiba di Muzium Negeri Sembilan. Peserta rombongan kemudiannya dibawa masuk untuk melihat bahan muzium sambil diberi penerangan oleh pemandu pelancong iaitu Encik Lawrence. Terdapat satu bahan pameran yang menarik perhatian semua peserta rombongan iaitu “Batu Megalith” yang membawa maksud batu besar. Setelah puas melihat bahan pameran dan merakam gambar kenangan, rombongan meneruskan perjalanan ke Seri Menanti pada jam 10.30 pagi dan tiba di Muzium Istana Seri Menanti pada jam 11.20 pagi. 

Muzium Negeri, Taman Seni Budaya, Seremban
 
Ketibaan kami di Muzium Istana Seri Menanti disambut mesra oleh penjaga muzium iaitu Encik Nordin. Peserta rombongan diberi sedikit taklimat ringkas sebelum dibawa masuk ke dalam muzium istana tersebut. Namun demikian, para peserta rombongan telah diingatkan supaya tidak mengambil sebarang gambar semasa berada di dalam muzium istana tersebut.
Walaubagaimanapun, pihak muzium tidak menghampakan peserta rombongan apabila membenarkan hanya sekeping gambar sahaja  boleh dirakamkan di dalam muzium istana sebagai kenangan. Kebanyakan peserta rombongan sangat teruja apabila berada di dalam muzium istana Seri Menanti kerana keunikan seni bina dan ukiran yang terdapat didalam istana itu yang didirikan daripada 99 batang tiang diperbuat daripada kayu cengal dan kayu berlian tanpa menggunakan sebarang paku. Selain itu, muzium istana ini mengambil masa selama 6 tahun untuk disiapkan iaitu pada tahun 1902 hingga 1908. Seterusnya, pada jam 12.00 tengah hari, rombongan bertolak ke Restoran Warisan untuk makan tengah hari. Semua peserta rombongan dijamu dengan hidangan yang enak dan lazat.


Lokasi : Muzium Seri Menanti & Taklimat ringkas oleh En. Nordin (P. kurator muzium)
 
Bergambar di dalam kawasan bangunan Istana Seri Menanti, Kuala Pilah
 
 Makan tengah hari di Restoran Warisan Terachi & bergambar di Restoran
 
Makanannya sedap
 
Pada jam 1.20 petang, perjalanan lawatan diteruskan ke kilang Yakult yang terletak di kawasan perindustrian Seremban dan rombongan tiba di kilang tersebut pada jam 2.30 petang. Ketibaan kami disambut mesra oleh kakitangan  kilang iaitu Cik Lim. Permulaannya, kami dibawa melihat carta alir bagi proses untuk menghasilkan minuman susu kultur Yakult yang dikatakan mengandungi banyak bakteria yang baik untuk kesihatan terutamanya untuk bahagian usus manusia. Selain itu, peserta rombongan juga diingatkan supaya tidak mengambil sebarang gambar ketika lawatan dilakukan. Hal ini kerana ia melanggar polisi syarikat tersebut yang melarang sebarang bentuk rakaman diadakan di dalam kilang. Selepas mendengar penerangan lengkap, semua peserta rombongan dibawa melawat beberapa bilik yang menempatkan pelbagai mesin yang terlibat dalam pembuatan minuman susu kultur Yakult. Lawatan dimulakan dengan bilik pembenihan dimana semua bakteria  diletakkan di dalam kawalan suhu 37®C untuk diaktifkan. Kemudian, peserta dibawa melawat ke bilik pengkulturan dan pencampuran dimana semua bakteria yang aktif dicampurkan dengan susu skim dan melalui proses pengkulturan dan penampaian. Selepas itu, peserta dibawa pula melawat ke bilik pengacuan di mana botol-botol dibuat sendiri di dalam kilang bagi menjimatkan masa dan kos penghasilan serta dapat mengawal kualiti botol yang dihasilkan. Seterusnya, peserta rombongan dibawa pula ke bilik pengawalan kualiti di mana semua susu kultur diuji bagi mengawal kualiti susu kultur yang terhasil. Akhir sekali, peserta rombongan dibawa melawat ke bilik pengisian dan pembungkusan di mana semua susu kultur yang sudah terhasil dimasukkan ke dalam botol dan dipek serta disejukkan. Apabila selesai melawat ke semua bilik pemprosesan, peserta lawatan dibawa ke dalam bilik tayangan dan ditayangkan video sambil dijamu dengan minuman susu kultur Yakult secara percuma. Pada jam 3.50 petang, peserta rombongan sudah bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Namun, sebelum bertolak semua peserta rombongan sempat merakamkan gambar kenangan di hadapan kilang Yakult. 

Taklimat ringkas tentang proses menghasilkan minuman Yakult oleh pegawai factory
 
 Minuman percuma dinanti-nantikan oleh pelajar & Gambar kumpulan di bangunan factory
  


Pada jam 4.45 petang, rombongan tiba di Starfresh Agro Park, Kuala Pilah. Di situ, semua peserta rombongan dibawa ke dewan dan ditunjukkan cara-cara pembuatan sabun. Selepas itu, semua peserta dikehendaki membuat sendiri sabun dengan menggunakan peralatan yang telah disediakan.
                Pada jam 5.30 petang, semua peserta rombongan diarahkan untuk membawa barang masuk ke dalam bilik yang telah disediakan dan diberi peluang untuk mandi di sungai berhampiran sementara menantikan jamuan makan malam dihidangkan. Pada jam 7.00 malam, semua peserta rombongan dijamu dengan makan malam yang enak dan lazat. Pada malam itu, semua peserta diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti masing-masing.

Lokasi : StarFresh Agro Park, Bengkel membuat sabun untuk sovenir oleh pelajar mengikut kumpulan
     
   
  
  
   HAPPY TRAVEL
dalam kenangan

Visit to Seremban: Day 1

Programme: Leadership Camp and Field Trip

Date: 30th May 2011
Day: Monday
Time: 7:30-5:30
Location: Negeri Sembilan State Museum, Seri Menanti Museum, Warisan Restaurant, Yakult Factory.
Participants: 40 students (Forms 3, 4 and 5) and 3 teachers
Report prepared by: Nandynii Thevathevan (5B 2011)

            On the 30th and 31st of May, the Sejarah Club in conjunction with the Panitia Sivik dan Kewarganegaraan organized a field trip to Negeri Sembilan. The trip was attended by 40 morning session students and 3 teachers. The trip covered the districts of Seremban and Kuala Pilah.
            The journey officially started on Monday morning. We left Seafield at 7:30 in the morning. On the way our tour guide, Mr Lawrence, gave us some background on the places we would visit. We stopped at the Seremban R&R at 8:50 for breakfast before continuing to the Negeri Sembilan State Museum at 9:30.
            The rest of the journey to the museum was uneventful. At the museum itself, though, there was a lot to see. Definitely the most interesting exhibits were the megaliths, which were giant rocks discovered in prehistoric times. Besides that, there were replicas of the Ampang Tinggi Palace and a typical Minangkabau house (which was surprisingly larger than the palace). Lots of photographic memories were snapped there.
            Our arrival at our next stop, the Seri Menanti Palace Museum, was greeted with enthusiasm by the caretaker, Mr Nordin. He gave us some background information on the palace before we entered: the unique thing about it was that it was built from 99 hardwood pillars without even a single nail, and the palace was completed in 1908 after six years of construction. We were also warned not to take photographs within the building – apparently the last shutterbug met with a horrible fate. Even so, he allowed us a single group shot within the palace. The view from the topmost floor of the palace is beautiful, but it comes with a cost: the stairs are treacherously steep.
            Lunch at 12:00 was at the Warisan restaurant. We were treated to several local specialities.
            At 1:20 we resumed our voyage to the Yakult factory. There, we were taken on a tour by charming Miss Lim. First, we stopped by the flowchart detailing the process of making the drink. Yakult is filled with Lactobacillus casei Shirota, which apparently does wonders for the digestive system. Later, we were taken along the production line. Again, due to the company’s strict policies, photography was prohibited. The tour started at the seeding tank, where active bacteria are kept at an optimal temperature of 37°C before being mixed with the drink’s other products. Meanwhile, bottles were being produced on another line, as part of the factory’s efforts to cut costs and control quality. The entire process, from culture to packaging was performed meticulously while maintaining cleanliness. Afterward, we were shown some videos on the benefits of probiotics while enjoying complimentary Yakult drinks. Before we left at 3:50, we got a few snapshots as memories of our experience.
            At 4:45, we arrived at the StarFresh Agro Park. Before we could check in, we were given a tutorial on soap-making before being asked to do it ourselves with the materials given, including soap base, food colouring and lemongrass perfume.
            We checked into our rooms at 5:30. After freshening up a bit and paying a visit to the nearby river, we enjoyed a sumptuous dinner prepared by the resort staff. Later on, we were given the freedom to do as we wished. Among the activities available included paintball and snooker.
           
Memories to last a lifetime

No comments:

Post a Comment