Thursday, June 17, 2010

DIARI LAWATAN MESRA 1SEAFIELD - ANGKOR WAT (4)

Hari : Kedua
Tarikh : 9 Jun 2010 (Rabu) 
Masa : 2.00 - 5.30 petang
Lokasi : Angkor Wat (Seven Wonders' of the world").
Gelaran : "City of Temple".


Asal usul "Angkor".
Angkor bermakna "capital city" atau " Holy City" bagi masyarakat Kemboja. Mengikut bahasa sanskrit bermaksud "Negara/bandar". Khmer" merujuk kepada masyarakat etnik di Kemboja. "Angkor" telah digunakan oleh Kerajaan Khmer (angkor) sebagai Ibu Kota (Capital city) bagi Empayar Angkor antara abad ke-9-12. Sumbangan paling besar bagi Raja Angkor ialah pembinaan sistem pengairan untuk pertanian padi dan pembinaan Temple yang tersegam, indah dan megah.


2.00-5.00 petang
Lokasi : Angkor Wat "Seven Wonders' of the world".
Selepas makan tengahari, kami bertolak ke kawasan Angkor Wat sekali lagi. Kami perlu tunjuk tiket kepada pegawai di kaunter kemasukan utama untuk masuk ke kawasan bersejarah ini sekali lagi. Cuaca sangat panas dan kami perlu sediakan air minuman, topi dan payung masing-masing untuk bergerak dan eksplorasi Angkor Wat yang akan mengambil masa lebih kurang tiga jam.

Angkor Wat telah dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12 berunsur agama HIndu. Temple ini telah dikelilingi oleh parit besar buat manusia dan tembok yang bertujuan untuk keselamatan. Kami telah masuk ke Angkor Wat melalui pintu utama, sambil jalan sambil kami mendengar cerita daripada "Senchey" tentang ukiran atas dinding Angkor Wat. 

Parit besar & Tembok 1300 meter lebar x 1500 meter panjang mengeliling Angkor Wat
 

Jalan Utama Menuju Ke Angkor Wat
 

Gambar kumpulan di Laluan utama Angkor Wat
 



Semasa perjalanan menuju ke Temple Angkor Wat, di kedua belah jalan terdapat bangunan yang dikatakan merupakan perpustakaan untuk masyarakat Angkor. Temple Angkor di bahagikan kepada tiga tingkat utama yang mewakili setiap tahap kehidupan. Setiap tingkat mempunyai tempat takungan air daripada air hujan yang digunakan untuk keagamaan. Kami pun berhenti di tepi kolam air Angkor Wat mengambil gambar untuk kenangan.


Bangunan Perpustakaan sebelah kiri laluan utama Angkor Wat


 Bayangan Angkor Wat di dalam kolam : pagi

 

Siang hari : Angkor Wat
 


Pemandangan yang indah telah menarik Puan Pengetua
 


Tingkat Satu Angkor Wat
Kemudian kami di bawa masuk ke "Temple Angkor Wat" mengikut tangga di sebelah kiri kerana jalan utama (tengah) dalam proses pembinaan semula. Kami mula mengeksplorasi Tingkat satu di sebelah Barat di mana dinding temple ini penuh ukiran tentang cerita "Mythological Battle of Kuru". Kami semua memberi tumpuan sepenuhnya mendengar keterangan daripada "Senchey".

Kumpulan pelajar yang nakal : sambil belajar sambil main
 

Selepas itu, kami di bawa mengikut jalan di bahagian selatan Temple di mana dinding juga penuh dengan ukiran dan patung-patung tentang cerita  "Haeven and Hell". Kemudian kami mengikut "senchey" ke bahagian utara temple untuk melihat dinding yang penuh dengan ukiran tentang cerita klasik "Churning of the Ocean Milk". Encik "Senchey" tidak akan lupakan topi baru yang dihadiahkan oleh Puan Pengetua. Sambil mendengar cerita sambil kami menari. Kalau tak.... sudah mengantuk.. ha, ha.......

En. Sanchey bersemangat mencerita  & sambil kami mendeangar sambil kami menari

  

En Zaharudin juga tertarik dengan reka bentuk unik Angkor Wat &
Kesan batu permata rubby telah dicuri dari dinding Angkor Wat
  

Tingkat Dua Angkor Wat
Kami mengikut En Senchey dan menuju ke Tingkat Dua Angkor Wat selepas habis eksplorasi tingkat satu. Di sini kami menaiki tangga lagi untuk tingkat dua. Walaupun cuaca panas dan penat, tetapi kami penuh dengan semangat untuk meneruskan ekplorasi kami......

Bergerak ke Tingkat Dua Angkor Wat

  

Apabila sampai di dalam bangunan tingkat dua, kami telah mendengar keterangan tentang reka bentuk dan ukiran di sekitar bangunan. Di sebabkan sangat penat, kami pun duduk di tepi kolam yang dahulu digunakan sebagai tempat takungan air suci dan keagamaan.

Reka bentuk yang begitu indah dan menarik di tingkat dua
  

Berehat di tepi kolam tingkat dua Angkor Wat
 

Tingkat Tiga Angkor Wat
Selepas rehat, kami mula menuju ke arah tingkat tiga Angkor Wat. Tingkat tiga ini merupakan bahagian yang paling tinggi dan terletak di menara tengah dan juga merupakan tempat pemujaan utama Angkor Wat. Tangga untuk naik ke atas agak curam, sempat dan tinggi. Siapa berani naik ke atas antara kami ?..............................................
 Tingkat Tiga Angkor Wat & Tangga menuju ke Tingkat Tiga
 



Puan Pengetua dan Pn Chong telah mengetuai dan naik ke tingkat tiga, kemudian diikuti oleh Pn Ung, Ms Goh dan Ms Teh (adik pengetua). Syabas, mereka telah berjaya naik ke tingkat tiga dan turun semula. Kesimpulannya, umur tidak boleh menjadi kayu ukur kekuatan seseorang, yang muda duduk tunggu dan yang tua bergerak dan naik ke tingkat tiga dengan cepat........................
Rehat, minum air dan ambil gambar di sepanjang perjalanan keluar dari Angkor Wat. Bye, bye Angkor Wat, jumpa lagi pada masa depan......

Berkongsi pengalaman selepas berjaya mendaki Tingkat Tiga Angkor Wat
 

Masa : 5.30-7.00 malam
Lokasi : Bakheng Hill
Jumpa di Lawatan Kemboja ke-5

sehari dalam sejarah
tss@seafield


No comments:

Post a Comment