Tarikh : 26 Nov 2011 (Sabtu)
Tempat : SMA Negeri 4, Surakarta
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tgh
Peserta : 10 guru dan 3 wakil PIBG
Rombongan kami diketuai oleh Pn Hajah Zaleha Abu Hasan (Pengetua Cemerlang SMK Seafield) telah disambut oleh pengetua dan guru-guru SMA Negeri 4. Kemudian kami telah dibawa ke Bilik Sumber sekolah untuk mengadakan pertemuan/perbincangan antara dua pihak. Kami tertarik dengan pameran pelbagai kejayaan sekolah tersebut disepanjang perjalanan ke pusat sumber.
Kami telah disambut oleh pengetua dan guru-guru sekolah
Koridor Kejayaan-kejayaan Sekolah SMA Negeri 4
Pertemuan antara dua pihak bermula dengan ucapan dari pihak sekolah SMA Negeri 4 yang diketuai oleh Drs Unggul Sudarmo Mad dan wakil PIBG. Kemudian diikuti oleh ucapan oleh Pn Hajah Zaleha Abu Hasan dan wakil PIBG SMK Seafield tentang tujuan rombongan pada hari ini. Jalinan pendidikan yang dipersetujui antara dua pihak bukan sahaja dalan projek bahasa Inggeris tetapi juga jalinan dari segi sejarah, budaya dan bahasa.
Perbincangan antara Pn Hajah Zaleha Abu Hasan dengan Drs Unggul Sudarmo Mad & Dato Haron Mohamad dan Bapak Arianto
Perbincangan sedang dijalankan oleh dua pihak tentang projek akan datang
Perbincangan sedang dijalankan oleh dua pihak tentang projek akan datang
Perbincangan antara guru tentang Projek Bahasa Inggeris di SMA Negeri 4
Guru sejarah juga mengambil kesempatan untuk bertemu dengan guru sejarah SMA Negeri 4. Perbincangan antaranya adalah tentang penggunaan buku teks sejarah, sukatan pelajaran, kaedah P&P, aktiviti persatuan sejarah dan juga aktiviti yang boleh dijalankan antara dua buah sekolah pada masa akan datang. Terima kasih kepada guru sejarah Drs. Suyonos dan Drs Zeno Triyono yang telah memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya kepada saya tentang maklumat yang dikehendaki. Terima kasih atas hadiah buku sejarah yang diterima oleh pihak kami.
Pertukaran idea dan pendapat antara guru sejarah sekolah tentang modul, buku teks dan aktiviti persatuan |
Sebagai guru penasihat koperasi juga mengambil kesempatan melihat cara pengurusan dan urusniaga kedai koperasi siswa-siswi SMA Negeri 4. Saya tertarik pakaian batik yang dipakai oleh siswa-siswi sekolah ini dan fikirkan idea pemakaian baju batik oleh murid boleh diamalkan di sekolah Malaysia satu hari nanti. Sudah habis stok!!. tidak apa, cuba dapatkan pada pertemuan kali ke-dua nanti.
Bergambar dengan siswa-siswi di kedai koperasi & Kalender SMA Negeri 4
Kami telah dijamu dengan pelbagai kuih-muih tempatan yang begitu enak dan istimewa. Terima ksih
Kemudian kami telah dibawa untuk mengelilingi sekitar sekolah untuk melihat bangunan yang telah bersejarah selama 52 tahun. Segala persamaan atau perbezaan dapat dipelajari bersama untuk membangunkan bidang pendidikan di tempat masing-masing.Terdapat dua perkara yang menarik perhatian PIBG sekolah iaitu pusat kegiatan kokurikulum dan van sekolah yang boleh dijadikan projek PIBG masa depan untuk warga Seafield.
Pusat kegiatan kokurikulum & van SMA Negeri 4 Surakarta
Dato Haji Abd Rahman Hj Ali, YDP PIBG dan En Mohd Yazid Joinee, AJK PIBG
Dato Haji Abd Rahman Hj Ali, YDP PIBG dan En Mohd Yazid Joinee, AJK PIBG
Gambar kenangan bersama siswa-siswi dan pihak pentadbir SMA Negeri 4
Gambar kumpulan : SMK Seafield dan SMA Negeri 4 Surakarta Pusat Sumber SMA Negeri 4 |
Terima Kasih & Jumpa lagi
RIBUAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SMA NEGERI 4 YANG SUDI MENERIMA KAMI SEBAGAI TETAMU DAN BERSAMA-SAMA BERUSAHA UNTUK MENJAYAKAN JARINGAN PENDIDIKAN BERTERUSAN
No comments:
Post a Comment