Thursday, February 9, 2012

LAWATAN KE HATYAIWITTAYALAI SCHOOL THAILAND 6/2/2012

Aktiviti : Jaringan Pendidikan Antarabangsa
Tarikh : 6 Feb 2012
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tgh
Peserta : 43 ( PENTADBIR, GURU DAN PIBG SMK SEAFIELD)
Jurugambar : Tan Geok Siew

Sekali lagi SMK Seafield telah mencatatkan sejarah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Hatyai Thailand dengan berjaya. Ucapan ribuan terima kasih kepada Kelab Guru dan pihak pentadbir yang telah berusaha untuk menjayakan lawatan ini. Lawatan ini telah dipimpin oleh Pengetua Cemerlang SMK Seafield, Pn Hajah Zaleha Bt Abu Hasan.
Rombongan kami telah disambut dengan mesra oleh pihak PPD Hatyai dan warga sekolah Hatyaiwittayalai. Kami telah dibawa untuk melawat kawasan sekeliling sekolah. Kami tertarik dengan pelbagai jenis flora yang telah mewujudkan keadaan yang kondusif untuk belajar. Kemudahan yang disediakan untuk P&P, disiplin pelajar, pakaian seragam pelajar, reka bentuk bangunan, kaedah pembelajaran aktif, pelbagai bahasa yang ditawarkan di sekolah dan para warga sekolah yang begitu berbudi bahasa dan bersopan-santun amat mengkagumkan kami.


Sambutan mesra oleh pihak Sekolah Hatyaiwittayalai
 

Pakaian serangam sekolah dan sukan murid 
  

Perpustakaan sekolah ini mempunyai kemudahan skanner pelawat berkomputer. Selain itu terdapat banyak ruangan untuk pelajar belajar secara berkumpulan dengan kemudahan rak-rak buku yang berdekatan. Mereka mempunyai beberapa perpustakawan sepenuh masa.
 
  Gambar bersama pelajar di perpustakaan
 

Aktiviti pembelajaran dan pengajaran bukan sahaja dijalankan di bilik darjah secara berkumpulan tetapi juga dijalankan disekeliling kawasan sekolah. Susunan perabot telah siap sedia bentuk p&p secara berkumpulan di sekitar sekolah.
    
Guru sedang bertemu ramah dengan guru di pusat seni  & pembelajaran aktif di bilik  komputer
 

Keadaan di kantin sekolah amat bersih dan teratur. Terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan dengan harga yang berpatutan.
   

Guru-guru telah diberikan taklimat tentang perkembangan dan kejayaan sekolah
 
 Dr. Pimmas Rangsansarid, Director sekolah Hatyaiwittayalai & pertukaran cederamata antara pengetua
 
  Wakil guru sejarah sekolah Pn Lim Ong Lang dan PK1 Pn Chong Ik Poh dalam sesi soal jawab
 
 Guru-guru dihidangkan dengan dessert Thai "Look Sup"
 
 
Gambar kenangan bersama SMK Seafield & Sekolah Wittayalai Hatyai
SEMOGA JALINAN MESRA INI DAPAT DITERUSKAN UNTUK MASA DEPAN

SYABAS DAN TAHNIAH

Tan SS & lim ong lang

No comments:

Post a Comment