Friday, September 30, 2011

MARI KITA MEMBINA BANGUNAN BERSEJARAH T1 & T2

Program : Pertandingan Membina Bangunan Bersejarah
Tarikh : 11 Ogos 2011 (Khamis)
Tempat : Makmal Bestari
Masa : 1.45 PM (petang)
Guru Penasihat : Pn Tan KC dan En Ardi
Jawatankuasa hakim : En Ardi (guru), Lee Loong Yi (pelajar)
Kategori 1 : Pelajar Tingkatan 1 
Kategori 2 : Pelajar TIngkatan 2


TAHNIAH DAN SYABAS
KEPADA PESERTA YANG MENYERTAI PROGRAM PERTANDINGAN MEMBINA BANGUNAN BERSEJARAH YANG DIANJURKAN OLEH PANITIA SEJARAH DAN PERSATUAN SEJARAH SMK SEAFIELD. SEMOGA PROGRAM INI DAPAT MEMUPUK SEMANGAT DAN MINAT TERHADAP SUBJEK SEJARAH YANG AKAN MENJADI SUBJEK WAJIB LULUS MULAI TAHUN 2013.

KEPUTUSAN :
KATEGORI : TINGKATAN SATU
TEMPAT PERTAMA TINGKATAN 1FASIH
TEMPAT KEDUA : 1 FASIH
 TEMPAT KETIGA 1 FASIH


 
KUMP/KELAS
TAJUK
JUMLAH
MARKAH(100%)
JOHAN
Kelas (1F)
a)Bee Khee Siang
b)Tham Ming Feng
c)Teh Aik Ern
d)Shannon Cheah Wan Nee

Kellie’s Castle
79%
NAIB JOHAN
Kelas 1F
a)Ang Xin-Yean
b)Tan Jia Ling
c)Andrew Leong Gim Wern
d)Pua Wei Shuin

Clock Tower Melaka
69%
TEMPAT KETIGA
Kelas 1F
a)Liew Ming Chun
b)Bryan Chai Zhen Feng
c)Tang Wen Xuan
d)Kimberley Lim Ai  Ling

Stadium Merdeka
68%
SAGUHATI
Kelas 1G
a)Nazran B. Nazar
b)Sarah Sofia bt. Che Yusof
c)Amira Awatifbt.Md Nilam
d)Chew Thean Yew

Menara Kuala Lumpur
67%
SAGUHATI
Kelas 1J
a)Adriana Bt Azman Shah
b)Jesslyn Cheong Kar Ling
c)Mohd.Akmal Hilman B. Halim
d)Mamduhdbin Mustaffal Muroghi

Kota A’Famosa
62%

MARI KITA MEMBINA BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA
 
 

KEPUTUSAN
KATEGORI TINGKATAN DUA
KUMP/KELAS
TAJUK
JUMLAH
MARKAH(100%)
JOHAN
Kelas 2A
a)Muhd Amzan b. Muhd Fauzi
b)Lutfi Haqeen b. Amzan
c)Imran Haziqb. Mohd Kamil
d)Ian Lee Yueh Herng

  Kota A’ Famosa
77%
NAIB JOHAN
Kelas 2H
a)Liew Shyh Hao
b)Ooi Wey Quan
c)Ng Yi Qi
d)Siaw Fang Ni

Penjara Pudu
75%
TEMPAT KETIGA
Kelas 2L
a)Edmund LimLian Kim
b)Soon Chee Yen
c)Tan Chong Ling
d)Jeremy Tan Tze Jin

Kellie’s Castle
74%
                      SAGUHATI
Kelas 2I
a)Seshan Kumar a/p Gopala Krishnan
b)Derric Toh Lee Shaun
c)Bryan Choong Jun Hong
d)Reuban Kyle de Rozaro

Kota A’Famosa
73%
SAGUHATI
 Kelas 2E
a)Jason Goh Kok Wei
b)Yap Wen Han
c)Wong Li Yen
d)Wong Jie Li

Menara Condong, Teluk Intan
58%
SAGUHATI
Kelas 2L
a)Nicholas Foo Hee Kin
b)Mohamad Faris b. Mohd. Fuard
c)William khoo Swee Keong
d) Tan Zhi On

Kota A’ Famosa
57%

TEMPAT PERTAMA :: KELAS 2 AMANAH
TEMPAT KEDUA : PENJARA PUDU
Syabas diucapkan kepada semua guru sejarah dan para pelajar yang terlibat dalam menjayakan program baru panitia sejarah. Diharapkan program inovasi ini dapat mecungkil lebih ramai pelajar yang berbakat,  kreatif dan inovatif dalam P&P mereka.
TERIMA KASIH
SEMOGA ANDA BERJAYA
salam ikhlas dari 
PANITIA SEJARAH


TAKLIMAT PMR 2011

Tarikh : 30 Sept 2011 (Jumaat)
Tempat : Tapak Perhimpunan
Guru : En Jafny dan Pn Poh BL
Masa : 7.30 pagi

Taklimat diadakan bertujuan untuk menyediakan para pelajar menghadapi peperiksaan pada hari selasa (4 Okt 2011). Pelbagai peraturan telah disampaikan oleh setiausaha peperiksaan PMR supaya para pelajar patuh kepada peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

 

"SEMOGA ANDA BERJAYA"

PROGRAM TINTA PMR 2011

Tarikh : 9 Sept 2011
Tempat : Makmal Bestari
Tutor : Pn Sophia Law dan Pn Lim OL
Program : Cemerlang Sejarah PMR 2011

Program Tinta dijalankan bertujuan untuk meningkatkan prestasi PMR 2011 dari segi kualiti dan kuantiti. Semoga program ini dapat menjana pemikiran pelajar dan membantu mereka ke arah kecemerlangan dalam PMR 2011. Ribuan terima kasih kepada Pn Chong kerana telah berusaha untuk mengadakan program ini untuk membantu pelajar ke arah kecemerlang PMR 2011. Terima kasih juga kepada guru sejarah yang telah memberi komitmen untuk menjayakan program ini.

MARI KITA BELAJAR SEJARAH
Modul Tintas Cemerlang Sejarah PMR
Belajar dengan bersungguh-sunggu demi kejayaan
Fokus kepada penerangan guru
Pn Sophia sedang membantu pelajar untuk menjawab soalan PMR
  
INGAT ! BERJUANG SEHINGGA SAAT AKHIR.........DEMI KEJAYAAN

"MURIDKU ANAKKU SAYANG"

salam ikhlas dari
panitia sejarah

PROGRAM FOKUS PMR 2011

Tarikh : 20 Sept 2011(Selasa), 26 Sept 2011(Isnin)
Tempat : Dewan Sekolah
Penceramah : Pn LIm OL dan Pn Sophia Law
Progam : Program Cemerlang Sejarah PMR 2011 

PROGRAM FOKUS PMR 2011 

Bersiap sedia untuk Fokus PMR Sejarah pada 19 Sept 2011 di Pusat Dewan Lama dan Dewan Seri Kenangan
Pn LIm sedang menyoal pelajar tentang soalan sejarah PMR (Pusat Dewan Lama)
Pn Sophia Law mengendalikan bengkel Sejarah PMR di Dewan Seri Kenangan






SEMOGA SEMUA PELAJAR MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG DALAM PMR 2011
Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir dan guru-guru sejarah yang telah memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan Program Fokus PMR.
Salam IKhlas dari
Panitia Sejarah

Thursday, September 29, 2011

ANUGERAH KHAS PENGETUA 2011


Kaelan Ong Wei Ern
 TAHNIAH & SYABAS
Kaelan Ong Wei Ern telah dilahirkan pada 19 Ogos 1994 dan merupakan anak sulung kepada Simon Ong, seorang Pengurus Besar syarikat pembangunan hartanah. Ibu beliau Alice Yeoh, suri rumh tangga sepenuh masa. Beliau mempunyai dua orang adik iaitu Kaemon Ong  berada di Tingkatan 2 dan Kaevin Ong, berusia 11 tahun.

Kaelan menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Selangor (2000-2004) dan kemudiannya di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong (2005-2006). Sejak sekolah rendah lagi, Kaelan merupakan seorang yang cemerlang dalam bidang akademik. Beliau telah menerima pelbagai anugerah termasuklah Anugerah Tokoh Nilam 2006,         Anugerah Murid Cemerlang UPSR 2006 (UPSR 5A) seterusnya dinobatkan sebagai Tokoh Murid 2006. Kebolehan Kaelan bukan saja terserlah dalam bidang akademik malahan juga dalam bidang kokurikulum.

Penglibatan awal beliau dalam lembaga pengawas sekolah bermula setelah beliau            menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai pengawas sekolah pada tahun 2007 danseterusnya aktif dan cemerlang dalam perkhidmatannya sehingga kini. Sifat kepimpinannya telah dapat dilihat dari awal lagi menyebabkan beliau dilantik sebagai Ketua Murid (Sesi Petang) semasa di Tingkatan Dua.  Pengalaman Kaelan yang luas dalam semua aspek tugas Pengawas serta tahap disiplin dirinya yang tinggi, menjadikan beliau menonjol sekali lagi sebagai calon yang sesuai untuk jawatan Ketua Pengawas dalam tahun 2010. Sebaik saja  dilantik sebagai Ketua Pengawas bagi sesi 2010/2011, beliau telah meningkatkan nama baik sekolah apabila dipilih untuk menerajui Majlis Pengawas-Pengawas Subang Jaya (Prefects Council of Subang Jaya) sebagai Pengerusi Majlis tersebut. Selain itu, Kaelan juga merupakan Assistant Club Services Director bagi Kelab Interact SMK Seafield sesi 2009/2010, Presiden Kelab Interact 2010/2011, Pengerusi Interact Council Committee of Bandar Sunway (ICCBS) 2010/2011, Pengerusi Kelab Komputer SMK Seafield 2008, Naib Pengerusi Kelab Komputer 2009, Kapten Pasukan Taekwondo 2011 dan Setiausaha Kelab Bola Baling bagi tahun yang sama.
Kaelan juga mencari peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui penglibatan   beliau yang aktif dalam Kelab Interact. Beliau bersama ahli-ahli jawatankuasa telah bertungkus lumus melancarkan kempen khidmat masyarakat bertajuk “Step Up For Kids” yang melibatkan antara lain usaha mendirikan satu "Kids Interactive Corner' untuk pesakit kanak-kanak di Hospital Besar Sungai Buloh. Menyentuh sumbangan yang telah diberikan oleh beliau dalam bidang kokurikulum, pada tahun 2008, Kaelan mewakili Seafield dalam “National Panasonic Kids Witness News Program” (KWN). Video pasukan Seafield bertajuk “Mah Meri Salvation” telah berjaya memasuki peringkat akhir. Penglibatan Kaelan dalam choral speaking juga membanggakan. Beliau dan pasukan choral speaking telah memenangi Tempat Ketiga dalam Toyota Eco-Youth Choral Speaking Competition 2008. Dalam Pertandingan Choral Speaking Sekolah-Sekolah Menengah 2009, Kaelan telah membantu pasukan sekolah memenangi Johan (Peringkat Zon), Johan (Peringkat Daerah) dan Naib-Johan (Peringkat Negeri). Dalam tahun 2010 pula, pasukan sekolah memenangi Johan di Peringkat Daerah.
Beliau telah mengetuai pasukan perbahasan sekolah dan berjaya mencapai kemenangan  dalam beberapa pertandingan perbahasan. Dalam tahun 2010, pasukan perbahasan sekolah telah berjaya memenangi Naib Johan dalam pertandingan perbahasan Datuk Wira Cup (Peringkat Zon). Dalam pertandingan yang sama, anugerah “Best Speaker” di menangi oleh Kaelan. Dalam pertandingan Datuk Wira Cup 2011 pula, Kaelan dan pasukannya telah berjaya memperbaiki prestasi mereka dan memenangi Johan (Peringkat Zon), Johan (Peringkat    Daerah) dan Naib Johan (Peringkat Negeri). Dalam pertandingan tersebut, beliau sekali lagi dianugerahkan "Best Speaker (Peringkat Zon) dan Best Speaker (Peringkat Daerah). Dalam tahun 2010, Kaelan bersama ahli-ahli pasukan perbahasan yang lain telah menyertai 1st National Biotechnology British Parliamentary Debate dan berjaya memenangi Naib-Johan. Beliau juga membawa balik anugerah “Best Speaker Finalist” dan “Best Speaker Overall”  Peringkat Kebangsaan. Beliau juga terpilih untuk berkhidmat sebagai Editor dan Student  Reporter bagi beberapa acara sukan di peringkat daerah, negeri dan antarabangsa. Antaranya ialah Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor 2011, MSSM Ping-Pong 2011, MSSS Swimming 2011 dan 2nd Asean School Games 2010.

Kaelan juga bergiat aktif dalam sukan dan kini merupakan pemegang Black Belt (Taekwondo). Walaupun beliau banyak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum serta berkhidmat untuk sekolah, beliau pandai menguruskan masa dan tidak pernah mengabaikan pelajaran dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR (7A). Beliau juga merupakan penerima Anugerah Kumon National Gold Achiever untuk 6 tahun berturut-turut bermula dari 2006 - 2011. Sifat kepimpinan serta sikap Kaelan yang ceria, peramah, berbudi bicara dan sedia membantu  menjadikan beliau seorang yang amat disenangi oleh rakan-rakan serta guru-guru di sekolah. Beliau selalu menunjukan komiten yang tinggi terhadap segala yang diamanahkan dan tidak pernah berputus asa walaupun perjalanannya sebagai seorang Ketua Pengawas sentiasa mengharungi onak dan duri. Beliau bersyukur kerana telah mendapat sokongan padu daripada keluarga, rakan-rakan dan guru-guru sekolah setelah sekian lama ini. Kaelan berpegang teguh kepada prinsip "Work Hard and Play hard" untuk mencapai kecemerlangan. Bagi pelajar yang penuh bersemangat ini, jelaslah formula beliau telah membuahkan hasil dan terus akan menjadi pedoman hidupnya di masa akan datang. 
 SUMBER : BUKU PROGRAM HARI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2011

ANUGERAH TAHUNAN PELAJAR TERBAIK DALAM KOKURIKULUM 2011

TAHNIAH & SYABAS
Teh Jia Jiun
Teh Jia Jiun dilahirkan pada 28 Jun 1994, merupakan anak sulung kepada Tony Teh Chin Seng, seorang pereka grafik, artis, guru seni serta jurulatih bola keranjang dan Jaclyn Yam Mui Quin, juga seorang pereka grafik dan guru seni serta suri rumah. Beliau mempunyai 2 orang adik perempuan. Seorang di Tingkatan 4, dan seorang lagi berumur 5 tahun.

Teh Jia Jiun aktif dalam pelbagai bidang kokurikulum. Salah satudaripadanya ialah Badan Beruniform Pengakap. Dalam peringkat sekolah, beliau telah menjadi  KuarterMaster Patrol 2007 & 2008, Penolong Ketua Patrol 2009. Beliau juga terlibat dalam sekuriti Malam Unggun Api 2008, Drama/Sketsa Malam Unggun Api 2009 dan menjadi pengacara pada Malam Unggun Api 2010. Di peringkat negeri dan kebangsaan pula, beliau telah memecah rekod SMK Seafield menjadi ahli pengakap pertama yang menjadi Pengakap Raja. Dalam proses ke arah Pengakap Raja, sebanyak  18 lencana dan 23 buku log perlu lulus untuk mencapainya. Lencana Keahlian, Lencana Usaha, 2 Lencana Kegemaran, Lencana Maju, 3 Lencana Pengetahuan, 3 lencana Perkhidmatan dan Lencana Jaya dari tahun 2007-2009 untuk peringkat Pengakap Muda. Seterusnya, beliau dianugerahkan oleh Penolong  Pesuruhjaya Daerah Petaling pangkat/gelaran Rambu Muda Hijau Pengakap setelah lulus semua lencana bagi peringkat Pengakap Muda. Sejak tahun 2010-2011 pula, sebagai seorang Pengakap Remaja, beliau telah lulus dalam kesemua lencana juga seperti Lencana Jaya Diri, Kemahiran, Kegiatan, Ekspedisi, dan Perkhidmatan. Setelah itu, beliau dianugerahkan Rambu Remaja  Kuning.  Beliau teleh menyertai Kem Kursus Pengakap Remaja Pertolongan Cemas dan Ujian Lencana Perkhidmatan peringkat negeri Selangor pada November 2010 selama 4 hari 3 malam dan berjaya lulus ujian tersebut. Beliau juga turut serta dalam Kem Ujian Lencana Ekspedisi Jalan Kaki 60km pada Disember 2010 selama 4 hari 3 malam dan berjaya lulus ujian tersebut. Pada tahun 2011, bulan Februari, beliau telah menyertai Kem Ujian Sikap Pra-Pentarafan Pengakap Raja peringkat Negeri Selangor selama 3 hari 2 malam. Beliau  seterusnya diarahkan untuk ke Ujian  Pentarafan Pengakap Raja di Templer’s Park, Rawang selama  4 hari dan 3 malam pada bulan Mac 2011. Beliau telah berjaya mengharungi semua cabaran tersebut. Pada bulan April 2011, beliau telah dianugerahkan sebagai Pengakap Raja yang sah. Beliau akan ke Majlis Pengakap Raja di SMK SAAS, Putrajaya pada 24 September ini untuk mendapatkan Lencana Pengakap Raja Malaysia dan Sijil Pengakap Raja yang ditandatangani oleh semua Sultan Melayu di Malaysia dan Yang  Dipertuan-Agong Malaysia.

Selain itu, Teh Jia Jiun juga aktif dalam aktiviti kelab. Beliau aktif dalam Kelab Interact dari   tahun 2007-2010. Beliau merupakan ‘Assistant Publicity Director’ bagi tahun 2010. Beliau juga merupakan pengasas bagi Kelab Eco Rangers.  Beliau menyertai Kem Kursus Toyota Eco     Rangers peringkat kebangsaan 2008. Beliau telah memohon daripada peringkat sekolah dan PPD untuk mengasaskan serta memberinya peluang untuk menguruskan Kelab Eco Rangers di SMK Seafield. Beliau telah menjadi salah seorang daripada ahli Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA), ahli Toyota Eco Rangers (TER), ahli River Ranger, dan ReefCheck Malaysia. Beliau telah menyertai kem River Ranger Malaysia dan berjaya mendapatkan lesen River Ranger.

Beliau juga sering memberi ceramah kepada ahli-ahli Eco Rangers, seperti menanam pokok hutan, membuat kertas semula, bioenzyme, dan lain-lain aktiviti mesra alam. Beliau menjadi Pengasas dan Presiden Kelab Eco Rangers dari tahun 2008-2011. Beliau juga dilantik menjadi Presiden Kelab Eco Rangers Seafield-USJ 13 Council Committee. Beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup luas dalam bidang alam sekitar dan beliau merancang untuk    menabur bakti sebagai Penasihat Kelab Eco Rangers SMK Seafield selepas SPM dan bagi tahun-tahun berikutnya.
                                                  
Di samping itu, beliau juga aktif dalam bidang sukan. Beliau aktif dalam permainan dan Kelab Bola Keranjang. Beliau dipilih untuk menjadi pemain sekolah bagi tahun 2009, peringkat lelaki bawah 15 tahun dan peringkat lelaki bawah 18 tahun bagi tahun 2011. Beliau berjaya mencapai kejayaan dalam peringkat MSSD. Selain daripada itu, beliau juga membantu       jurulatih sekolah kini untuk  melatih pemain bola keranjang perempuan bawah 15, 18 tahun, dan lelaki bawah 15 tahun. Beliau juga sering dijemput untuk membantu menjadi pengadil untuk acara permainan pertandingan persahabatan antara SMK Seafield dan sekolah lain. Beliau juga menjadi Johan bagi Piala David Pang Kota Kemuning bagi tahun 2009 dan 2010. Beliau juga merangkul Tempat Ketiga dalam Piala Subang tahun lepas.

Beliau juga aktif dalam bidang lain seperti Choral Speaking dan dalam bidang seni. Beliau telah dipilih dalam pasukan sekolah dari tahun 2008-2010. Beliau telah menyertai              Pertandingan Toyota Eco Youth pada tahun 2008 dan berjaya mendapat tempat ketiga. Beliau kemudian  menyertai pertandingan peringkat zon dan daerah bagi tahun 2009 serta tahun 2010 dan  keempat-empatnya berjaya merangkul tempat pertama. Beliau dan pasukan Choral Speaking SMK Seafield berjaya mendapat tempat pertama di MSU tahun lepas. Mereka juga menyertai pertandingan di Subang Parade pada tahun 2009 dan 2010. Beliau bersama ahli pasukan Choral Speaking yang lain juga membuat persembahan di KLGCC (Kuala Lumpur Golf Course). Beliau juga aktif dalam bidang seni. Beliau telah menyertai pertandingan melukis poster antidadah, poster merdeka, poster kerjaya, dan lain-lain lagi dalam peringkat daerah mahupun negeri dari tahun 2007-2011 dan kesemuanya   berjaya mendapat tempat pertama-ketiga. Beliau juga telah membantu Kelab Bimbingan dan   Kaunseling melukis mural di tepi tangga Blok A. Beliau dan ayahnya bersama membantu melukis mural (bunga daisy)                di hadapan sekolah berdekatan   tempat letak kereta sekolah dan Blok Pejabat sebagai tanda bakti ketika persaraan pengetua Puan Teh Seok Im.

Selain hobi bermain piano (ABRSM), guitar, badminton, dan berenang di masa lapang, beliau juga membantu ibu bapanya menguruskan dan mengajar dalam sesi pengajaran kelas seni.  Beliau amat bersyukur dengan bakat yang dianugerahkan Tuhan dan di sini beliau ingin mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga, pihak sekolah, guru-guru, serta rakan-rakannya, khususnya ibu bapanya yang senantiasa memberi dorongan dan nasihat. Beliau memegang kepada prinsip, ‘Failure is the first step to success, so never fear failure’ .
SUMBER : BUKU PROGRAM HARI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2011

LAWATAN GURU & PELAJAR DARI SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

Tarikh : 29 Sept 2011 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi
Bilangan Guru : 2 orang
Bilangan pelajar : 36 orang

SELAMAT DATANG KE SMK SEAFIELD SUBANG JAYA

Gambar kenangan bersama pentadbir dan guru Seafield
Bersama pelajar di galeri Sejarah Seafield






Saturday, September 17, 2011

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-54 & HARI MALAYSIA KE-48

Tarikh : 15 Sept 2011
Tempat : Dewan Seri Kenangan SMK Seafield
Masa : 7.30 Pagi
Tema ; 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Persembahan PowerPoint tentang perjuangan kemerdekaan & pembentukan Malaysia oleh Panitia Sejarah
Barisan Pentadbir, guru-guru dan semua warga Seafield
Warga Seafield bersama-sama menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia
Perutusan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disampaikan oleh En jafny b. Hj. Jaapar
Perutusaan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia disampaikan oleh Pn Norhayati Mohamad
Perasmiaan oleh Pn Zaleha Abu Hasan pengetua cemerlang Seafield diiringi oleh para pentadbir
Laungan 'Merdeka" dipimpin oleh Dato' Haron

PERASMIAN GALERI SEJARAH SEAFIELD

Tarikh : 10 September 2011
Hari : Sabtu
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Laluan Warisan Seafield
Dirasmikan oleh : Y. Bhg. Dato' Haji Ibrahim bin Mohamad, Pengarah PPK, KPM

Juru Gambar : En Yusdin b Yusof

Ketibaan Tetamu Khas Y. Bhg. Dato' Haji Ibrahim bin Mohamad, Pengarah PPK, KPM

Badan Unit Beruniform bersiap sedia untuk pemeriksaan baris oleh Tetamu Khas
Rombongan yang terdiri daripada murid pelbagai kaum dengan berpakaian tradisional


TERIMA KASIH

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2011

Tarikh ; 10 September 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 12.30 tgh
Tempat : Dewan Seri Kenangan SMK Seafield
Dirasmikan oleh : Yang Berbahagia Dato' Haji Ibrahim Bin Mohamed, Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum , KPM.
Laporan oleh : Nur Shahirah bt Hj Mohd Yasin ( 5 Budi )
Juru Gambar : En Yusdin b. Yusof


Tanggal 10 September 2011 telah manjadi salah satu sejarah di SMK  Seafield apabila Majlis Anugerah Kecermelangan Kokurikulum berlangsung sekaligus dengan perasmian Galeri Sejarah Seafield.

Barisan Kehormat semasa ketibaan tetamu Khas Y. Bhg Dato Haji Ibrahim Mohamad 
diiringi oleh Pn Hajah Zaleha Abu Hasan Pengetua SMK Seafield

Majlis pada hari ini berlangsung pada jam 9 pagi setelah ketibaan yang berhormat Dato’ haji Ibrahim bin Mohamad, Pengarah Pembangunan Kurikulum, KPM. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan baris badan Unit Beruniform seramai 70 orang. Pemeriksaan baris ini diiringi oleh pengetua sekolah, Pn Hj Zaleha serta En Zuraimi selaku guru yang bertanggungjawab dalam unit beruniform. Pemeriksaan baris ini diketuai oleh Sarjan Idlan Haziq b Abdul Rahman dan telah berlangsung selama 15 minit. Sebelum kesemua VIP dijemput masuk ke dalam dewan, mereka dihiburkan dengan persembahan yang cukup mengkagumkan dari pasukan cheerleading sekolah. Ketibaan para terhormat ke dalam dewan Sri Kenangan di sambut dengan penuh meriah oleh tepukan yang gemuruh oleh para pelajar dan hadirin yang hadir. Sebelum meneruskan lagi majlis tersebut, semua hadirin dan hadirat menyanyikan lagu Negaraku sebagai lambang cintakan negara, setelah itu, bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Mukhlis diadakan bagi memberkati majlis tersebut. Majlis kemudian dihiburkan dengan persembahan yang hebat oleh pasukan pancaragam sekolah. 
Ucapan oleh Pn Hajah Zaleha Abu Hasan Pengetua Cemerlang SMK Seafield
Ucapan Perasmian Tetamu khas, Dato' Haji  Ibrahim bin Mohamad, Pengarah PPK, KPM)
Ucapan alu-aluan oleh Pn Pengetua telah diadakan, ucapannya banyak menceritakan tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah dalam perkembangan kokurikulum dan juga kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2011. Pengetua juga ada mengatakan mengenai pembinaan bangunan kokurikulum untuk pelajar-pelajar seafield. Beliau mengahiri kata-kata beliau dengan mengucapkan penghargaan kepada tetamu yang hadir dan juga kepada guru-guru  yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini. Majlis kemudian menjemput Dato’ Haji Ibrahaim b Mohamad, Pengarah Pembangunan Kurikulum, KPM, untuk memberi ucapan sekaligus merasmikan majlis anugerah pada tahun ini. Setelah ucapan yang ringkas oleh beliau, dengan kata Bismillah Hirahman Nil Rahim , majlis tersebut telah dirasmikan . Sebelum hadiah diberikan kepada para pemenag, para pelajar dan tetamu yang hadir  disajikan dengan gambar-gambar menarik sepanjang tahun 2011 yang telah disediakan oleh En Jafny. Gambar-gambar tersebut telah menjelaskan segala aktiviti yang dilakukan sepanjang tahun 2011. 
Majlis penyampaian kepada pelajar Khidmat Cemerlang

Hadiah kepada para pemenang diberi dan dimulakan oleh barisan pengwas sekolah, Lembaga Bakti sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Lembaga Koperasi , Pelajar terbaik setiap kelab dan persatuan , permainan dan badan uniform. Acara kemuncak majlis tersebut adalah pengumuman untuk Tokoh Kokurikulum dan juga Pelajar Berwawasan tahun 2011. Teh Jia Jun, Presiden Kelab Eko Rangers telah memenangi hadiah untuk Tokoh Kokurikulum. Sumbangan beliau terhadap sekolah amat besar sekali apatahlagi beliau merupakan satu-satunya pelajar SMKSeafield yang berjaya mendapat pangkat Pengakap Diraja. Kerja keras beliau terbayar apabila di beri penghargaan sebegini. Pelajar Berwawasan pula dimenangi oleh Kaelan Ong yang juga merupakan ketua pengawas tahun 2010/2011. Perkhidmatan beliau dan sumbangan beliau terhadap sekolah yang begitu banyak sekali membuatkan sekolah sepakat memilih Kaelan. Tahniah diucapkan kepada Teh Jia Jun, Kaelan Ong dan juga kepada semua pemenang yang turut menyumbangkan perkhidmatan kepada sekolah. Majlis diakihiri dengan persembahan mantap dari pasukan koir sekolah . Para VIP kemudian dijemput hadir ke Galeri Sejarah untuk acara perasmian dan seterusnya dijemput menjamu jamuan raya yang diadakan. Majlis berakhir pada jam 12 tengahhari.
Teh Jia Jiun, Anugerah Tahunan pelajar terbaik keseluruhan dalam bidang kokurikulum 2011
Kaelan Ong Wei Ern, Anugerah Khas Pengetua 2011


SEKALUNG BUDI
Pengetua dan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :
Y. Bhg. Dato' Haji Ibrahim bin Mohamad (Pengarah PPK, KPM)
TDP PIBG Y. Bhg Dato' Abd Rahman Bin Hj Ali, DIMF, DNS,KMN,PJK
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Seafield
Penerima Anugerah Kecemerlangan
Serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Salam ikhlas dari :
panitia sejarah