Thursday, March 14, 2013

JARINGAN ANTARABANGSA - SONGKLA THAILAND

Tarikh : 11-12 Mac 2013
Hari : Selasa
Rombongan : 8 guru dan 60 pelajar dari Songkla, Thailand.
Aktiviti : Lawatan ke Galeri Sejarah Seafield


Gambar kenangan bersama dengan pihak pentadbir SMK Seafield 11 Mac 2013


Gambar kenangan di Galeri Sejarah SMK Seafield 12 Mac 2013

Saturday, March 9, 2013

"TREASURE HUNT" DI MUZIUM NEGARA

Tarikh : 9 Mac 2013
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi - 2.30 petang
Program : Treasure Hunt
Lokasi : Muzium Negara


GAMBAR KENANGAN BERSAMA 9 MAC 2013

Terima kasih kepada pihak Muzium Negara yang telah berusaha untuk menjayakan program ini. Para pelajar dan guru telah mendapat pengalaman baru untuk mengendalikan aktiviti sejarah di luar bilik darjah dengan kerja sama dari Muzium Negara.

Program yang dikendalikan ini dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar sejarah melalui aktiviti 'Treasure Hunt". Program dapat membina sikap kerjasama untuk mencapai objektif bagi setiap kumpulan.

Taklimat ringkas oleh pegawai Muzium Negara

Perbincangan mengikut kumpulan

Saturday, January 26, 2013

Subjek Sejarah wajib lulus SPM 2013

Makluman untuk para ibubapa/penjaga dan murid-murid :

Seperti yang diketahui mulai tahun 2013, mata pelajaran Sejarah merupakan salah satu mata pelajaran wajib lulus untuk SPM. Kalau gagal sejarah bermakna tidak dapat sijil SPM. Terdapat satu penambahan kertas baru iaitu Kertas 3 (1249/3) yang berbentuk tugasan. (Open Book Test : iaitu murid dibenarkan bawa pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, majalah, akhbar, risalah ke dalam dewan peperiksaan). Berikut merupakan format pentaksiran sejarah SPM 2013 :
( Surat Pekeliling KPM )
Format Pentaksiran Sejarah SPM mulai 2013

Bil
Perkara
Kertas 1 (1249/1)
Kertas 2 (1249/2)
Kertas 3 (1249/3)
1
Jenis Instrumen
Objektif
Subjektif
Tugasan
2
Jenis Item
Aneka Pilihan
Struktur & Esei
Tugasan
3
Bilangan Soalan
40 soalan
Bahagian A (Struktur)
 
4 soalan wajib
40 markah
(10 markah setiap soalan)
 
 
Bahagian B (Esei)
 
7 soalan pilihan
Jawab 3 soalan
60 markah
(20 markah)
1 Tugasan
 
Nota :
 
Tema/tajuk umum dimaklumkan kepada calon satu bulan sebelum tarikh peperiksaan bagi Kertas 3.
 
Tajuk tugasan serta panduan menjawab diberi pada hari peperiksaan
4
Pemberatan
30%
50%
20%
5
Jumlah Markah
40
100
100
6
Tempoh Ujian
1 jam
2 jam 30 minit
3 jam
7
Konstruk
Mengingati
Memahami
Menganalisis
Mengingati
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Menjana idea
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Menjana idea
Nilai
8
Cakupan Konteks
Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 & 5
9
Aras Kesukaran
Sesuai dengan tahap pembelajaran Sejarah murid di hujung Tingkatan Lima

SALAM IKLAS
PANITIA SEJARAH

 




Saturday, September 22, 2012

Pelajar Cemerlang Kokurikulum Harapan 2012

Nuraliah Bt Mohd Shamsir, Pelajar Cemerlang Koku Harapan 2012

PELAJAR CEMERLANG KOKURIKULUM HARAPAN TAHUN 2012


Nuraliah Binti Mohd Shamsir dilahirkan pada 18 November 1998. Merupakan anak sulung kepada Mohd Shamsir Bin Zainal, seorang juruterbang dan Norrisa Binti Rahmat Pye. Beliau merupakan anak sulong kepada 4 orang adik beradik

Nuraliah mula belajar berenang pada umur 9 tahun bersama salah seorang daripada adiknya. Dua tahun kemudian ,ibu dan bapanya mula memberi pendedahan kepada beliau untuk pergi lebih jauh lagi dalam renang dengan menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan setiap tahun .Ketika itu beliau bersekolah di Apiit Smart School.

           Pingat pertama yang di menanginya adalah ketika beliau berada pada tahun empat melalui acara renang 25m kuak dada . Di situlah titik permulaan di mana beliau meraih kejayaan demi kejayaan. Ketika di Tahun Lima, beliau mendapat tempat pertama dalam acara 25 m kuak dada dan pada masa yang sama beliau telah mendapat tempat ketiga bagi acara merentas desa.

            2009 merupakan tahun di mana beliau cuba mengembangkan lagi bakatnya dalam arena renang ke persada antarabangsa. Percubaan pertama beliau dengan menyertai Triathlon yang mempunyai 3 disiplin iaitu berenang, berbasikal dan berlari diikuti acara Biathlon pada 2010 yang mempunyai dua disiplin sahaja iaitu berenang dan berlari.

            Pada tahun 2011 , beliau telah menyertai acara triathlon di sekolah–sekolah antarabangsa di  Selangor dan Kuala Lumpur seperti Australian International School, Alice Smith School dan Nexus International School. Di Australian International School beliau telah mendapat tempat ketiga bagi kategori bawah 15 tahun. Di Alice Smith School dan Nexus International School beliau telah mendapat tempat keempat. Triathlon pada peringat antarabangsa di Port Dickson pula, beliau telah mendapat tempat keempat dan Ironkids di Phuket,Thailand beliau berjaya mendapat tempat pertama bagi peserta 13 tahun.

            Selain itu , beliau juga melibatkan diri dalam acara olahraga di sekolah . Mendapat tempat pertama dalam merentas desa pada tahun 2011, dan tempat keempat bagi larian 1 Malaysia 1 murid 1 sukan. 2012 merupakan tahun di mana beliau bergiat lebih aktif bukan saja dalam renang tetapi juga dalam olahraga. Beliau telah meraih tempat pertama bagi acara merentas desa, mendapat 4 pingat emas ,dalam acara 1500m ,800m, 400m dan 4x400m dan berjaya mendapat anugerah olahragawati harapan.

            Kejayaan demi kejayaa yang diraih telah memberi perangsang untuk beliau terus mencuba di peringkat antarabangsa. Beliau telah menyertai Meta Sprint Series Singapore yang mempunyai tiga acara iaitu Aquathlon,Duathlon dan Triathlon. Beliau mendapat tempat kedua untuk Aquathlon dan tempat pertama untuk Duathlon dan Triathlon dan berjaya menjadi juara keseluruhan Meta Sprint Series Singapore bagi peserta bawah13 tahun.

            Pada tahun 2012 beliau sekali lagi mencuba nasib dalam acara Biathlon di Alice Smith School dan mendapat tempat keempat dan di Nexus International School bagi acara triathlon pula beliau telah mendapat tempat kedua. Beliau juga menyertai pertandingan Milo Excel Swimming 1st Leg sebagai latihan bagi beliau untuk pergi lebih jauh lagi dalam bidang sukan renang ini. Di Putrajaya International Triathlon Junior beliau telah mendapat tempat ketiga bagi kategori bawah 15 tahun.Bukan itu saja, beliau juga menyertai Larian McDonald Olympic Day dan telah mendapat tempat ke 17 bagi larian 7km bawah18 tahun. Selain daripada  aktif dalam kokurikulum beliau juga pandai bermain piano dan aktif dalam koir . Beliau sangat menghargai sokongan yang diberikan terutama dari ibubapa, guru-guru dan rakan-rakan yang selalu memberi nasihat dan dorongan untuk beliau menempah kejayaan demi kejayaan dalam bidang renang dan olahraga.

( Sumber : Buku Program Hari Koku 2012 )

TAHNIAH DAN SYABAS

Pelajar Wawasan Seafield 2012



Eugina Edwin Galan, Pelajar Wawasan Seafield 2012
Eugenia anak Edwin Galan dilahirkan pada 12 November 1995.  Anak kedua kepada Edwin Galan Teruki dan Tay Ti Mei dalam keluarga empat beradik.

Eugenia menerima pendidikan awal di rumah bersama adik-beradik beliau di bawah bimbingan ibunya, seorang bekas guru. Pada 2008, beliau meneruskan pendidikannya di Sekolah Menengah Sri Sempurna, KL. Eugenia  telah dipilih sebagai Olahragawati Terbaik (Bawah 15) dan turut diplilih untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Terbuka Wilayah Persukutuan dalam acara 100m dan pada tahun yang sama.

Pada tahun 2009 beliau meneruskan persekolahan menengahnya di SMK Seafield. Semasa berada di Tingkatan 2,  beliau telah menyertai pertandingan Olahraga dalam MSSD sehingga mewakili Daerah Petaling Perdana ke peringkat MSSS.

            Pada tahun 2010 pula, Eugenia telah mendapat pingat emas dalam acara 100m, 200m, 400m, 4x100m, dan 4x400m, MSSD semasa mewakili SMK Seafield. Seterusnya, beliau dipilih mewakili Petaling Perdana dalam Kejohanan Olahraga MSSS dan berjaya mendapat pingat emas dalam acara 4x400m, pingat perak dalam acara 440m dan 4x100m serta pingat gangsa dalam acara 100m. Eugenia dipilih mewakili Negeri Selangor dalam Kejohanan MSSM di Johor dan mendapat tempat ke-6 dalam acara 400m dan 4x100m(bawah 15 tahun). Pada tahun  yang sama, beliau dinobatkan sebagai Olahragawati SMK Seafield disamping memecahkan 2 rekod dalam acara , 200m dan 400m.

            Eugenia turut aktif dalam aktiviti sekolah dengan memegang jawatan Naib Setiausaha Kelab Olahraga, dan Pengerusi Rumah Hijau. Eugenia telah dipilih menyertai “KL/PJ Leaders Conference” mewakili Persatuan Kristian SMK Seafield dan menganjurkan pelbagai aktiviti. Walaupun terikat dengan jadual latihan kesukanan yang berterusan sepanjang tahun, beliau mampu memperoleh 7A dalam PMR.

            Pada tahun 2011, Eugenia telah mewakili sekolah pada peringkat MSSD dan berjaya mendapat 5 pingat emas dalam acara 100,m 200m, 400m, 4x100m,  dan 4x400m seterusnya memecahkan rekod 4x100m Petaling Perdana selama 6 tahun. Seterusnya Eugenia meraih 4 emas dalam Kejohanan MSSS dalam acara 100m, 200m, 400m, dan 4x400m manakala pingat perak dalam 4x100m. Pada peringkat MSSM , Eugenia telah mendapat tempat ke-5 dalam acara 400m dan layak ke pusingan akhir untuk 200m dan 4x400m. Beliau turut terpilih mewakili Selangor ke Kejohanan Amatur Olahraga Malaysia di Perlis (Kelayakkan untuk Sukan SEA) dan berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara 4x400m. Beliau juga menyertai Kejohanan Olaharaga Terbuka Negeri Sembilan dan mendapat tempat ke-4 dalam acara 400m. Sekali lagi, beliau dinobatkan sebagai Olahragawati SMK Seafield dengan memecahkan 3 rekod sekolah dalam acara 100m, 200m, dan 400m.

            Tahun 2012 masih lagi melayakkan beliau sebagai Olahragawati sekolah bawah 18 apabila berjaya mendapat pingat emas dalam acara 100m, 200m, 400m, (kesemua merupakan Rekod Baru) dan 4x100m. Begitu juga peringkat MSSS, beliau turut meraih pingat emas dalam acara 100m, 200m, 400m(Rekod Baru) 4x400, pingat perak untuk acara 4x100m dan dinobatkan sebagai Olahragawati bawah 18 Selangor. Dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Selangor beliau berjaya mendapat gangsa dalam acara 400m dan 4x400, ke-4 dalam acara 4x100. Seterusnya dalam Kejohanan SUKSES IX (Sukan Selangor) mendapat pingat emas dalam acara 400m dan 4x400 serta pingat gangsa dalam acara 4x100. Dalam acara 4x100 Jemputan Kejohanan Balapan & Padang MSSM Negeri Sembilan beliau berjaya mendapat pingat emas seterusnya mewakili Selangor untuk SUKAN MALAYSIA (Kejohanan Balapan dan Padang) dan mendapat tempat ke-6 dalam acara 400m, dan 4x400m.

            Beliau amat bersyukur kepada Tuhan dan ingin melafazkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa, keluarganya dan guru-guru yang sentiasa memberi sokongan moral.

( SUMBER BUKU PROGRAM HARI KOKU 2012)

TAHNIAH DAN SYABAS

PELAJAR CEMERLANG KOKURIKULUM 2012


LEE LOONG YI, PELAJAR CEMERLANG KOKU TERBAIK 2012
Lee Loong Yi dilahirkan pada 28 Februari 1995 dan merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Ibunya seorang guru manakala bapanya seorang bekas jurutera.

Beliau mendapat pendidikan rendah SJK(C) Lick Hung dan turut bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti  robotik, catur, “Mathematics Olympiad”, pengakap, choral speaking dan pertandingan tarik-tali. Apabila memasuki SMK Seafield, beliau melibatkan diri dalam kegiatan robotik, catur dan scrabble, Eco Ranger, komputer, pengakap, golf dan menyertai pelbagai pertandingan sama ada di peringkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Beliau merupakan pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) sejak tahun 2008 dan telah dilantik sebagai penolong ketua Lembaga PSS untuk tahun 2011/2012 atas komitmen dan semangat yang ditonjolkan. 

Dalam bidang ICT, beliau pernah memegang jawatan sebagai pengerusi Kelab Komputer dan telah pernah memenangi kuiz ICT sekolah pada tahun 2008 dan 2009. Beliau telah berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan  “Young Scholar ICT Championship 2011”. Selain itu beliau juga merupakan peserta pasukan sekolah dalam pertandingan video iaitu "Kids Witness News"(KWN) anjuran Panasonic bersama KPM dengan video bertajuk “Mah Meri Salvation” (kehidupan orang asli di Pulau Carey) dan pertandingan video “ Liga Remaja Kreatif 2011” di  peringkat kebangsaan.

Beliau telah menyertai Australian Mathematics Competition (AMC) tahun 2008, 2009, 2011 dan 2012, "Mighty Minds" peringkat negeri 2011 anjuran The Star, mendapat tempat ke-4 berpasukan dalam pertandingan "JEOPARDY" peringkat kebangsaan anjuran International Chartered Accountants of England and Wales (ICAEW) dan tempat ketujuh dalam kuiz Interact 2012 peringkat kebangsaan. Beliau juga merupakan ahli Seafield.fm dengan jawatan sebagai “Technical Manager” dalam persatuan tersebut. Beliau pernah dilantik sebagai pengerusi kelab Catur semasa di tingkatan dua dan AJK Kelab Catur dan Scrabble bagi tahun 2010-2012. Beliau telah menyertai pertandingan scrabble peringkat Selangor anjuran CIMB pada tahun 2010, 2011 dan 2012 dengan pencapaian yang baik.

Namun, penglibatan beliau yang paling aktif dan cemerlang ialah kegiatan robotik sejak tahun 2008. Beliau merupakan pengerusi Kelab Robotik sekolah dan  jurulatih dalam pembinaan robot Lego Mindstorm NXT bawah 18 dan 15 tahun. Pada tahun 2008, beliau telah menyertai pertandingan "International Robotic Olympiad" (IRO) dan pasukan beliau telah berjaya mendapat naib Johan dalam "National Robotic Competition" (NRC) untuk kategori terbuka tahun 2009. Pada tahun 2010, pasukan beliau mendapat anugerah “Best Presentation Award” dan mendapat anugerah “Excellence Award” pada tahun 2012. Dalam pertandingan "World Robo Masters" (WRMC) di Singapura, beliau berjaya mendapat tempat kelima dan tempat ketiga dalam "World Creative Robotic Challenge 2011" (WCRC). Tahun 2012, beliau menyertai pertandingan "FIRST Lego League" dan pasukannya berjaya mendapat tempat kedua untuk "Best Presentation Award".

          Walaupun bergiat aktif dalam kokurikulum, Loong Yi sentiasa menjaga prestasi akademiknya dan kedatangan beliau ke sekolah sentiasa mencapai 100%.  Beliau tidak pernah berputus asa dalam apa jua cabaran dan akan mengharunginya dengan penuh semangat dan dedikasi. Beliau amat bersyukur atas peluang yang diberi kepadanya dan ingin berterima kasih kepada guru-guru, ahli keluarga, pihak sekolah dan semua rakan yang telah membantunya dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan. Beliau percaya bahawa kreativiti merupakan asas kepada kejayaan dan berpegang kepada prinsip "Live the life you have imagined, for commitment leads to action, and action brings your dreams closer"
( BUKU PROGRAM HARI KOKU 2012 )

 SYABAS DAN TAHNIAH

Sunday, September 16, 2012

SELAMAT HARI MALAYSIA 16 SEPT 1963


SELAMAT MENYAMBUT 
HARI MALAYSIA YANG KE-49

selamat-hari-malaysia


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. 

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. 
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia
( sumber : Berita Harian atau http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/7407-hari-malaysia.html )


Rentetan Peristiwa Penubuhan Malaysia 16 September 1963
 
27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik

23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah

18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak

6-7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur

17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia

21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia
(sumber : www.arkib.gov.my


SALAM IKLAS DARI WARGA SEAFIELD