Sunday, June 13, 2010

DIARI LAWATAN MESRA 1SEAFIELD KE KEMBOJA 8 - 11 JUN 2010 (1)

Diari Lawatan Mesra Ke Kemboja : Tempat Bersejarah
Tarikh : 8 - 11 Jun 2010

Hari Pertama : 8 Jun 2010 (Selasa) KL - Siem Reap
7.45 - 8.00 pagi
Lokasi : SMK Seafield, Subang Jaya
Kami berkumpul di sekolah dan bertolak ke KLIA pada 8.00 pagi. Rombongan ini terdiri daripada 12 orang dan 10 adalah guru-guru dari SMK Seafield. Rombongan ini dirancang khas untuk Pn Pengetua Teh Seok Im dan Encik Zaharudin yang akan bersara pada bulan November 2010. 

Berkumpul di sekolah                                                                                                
  
                                                            
9.00 - 11.00 pagi 
Lokasi : KLIA Sepang - Asian Cafe
Kami sampai di KLIA dan check In di kaunter G. No Flight ialah MH 764 dan bertolak pada pukul 11.00 pagi. Kami sempat makan sarapan pagi di Asian Cafe sebelum bertolak ke Seam Reap, Kemboja.

                               Check In Kaunter G & Asian Cafe : Teh Tarik & Mee Goreng
  


11.00 - 1.05 pagi ( 2 Jam)
Lokasi : Dalam Flight MH 764
Selepas bertolak lebih kurang setengah jam dalam flight, makanan disediakan dan nampaknya Pn Chong sangat puas hati dengan jenis makanan disediakan iaitu Nasi + Ikan + kopi. Sangat enak...
                              Pemandangan dari flight (Sepang) & Makanan dalam flight & Pn Chong : sangat enak
  

12.05 - 12.35 ( - 1Jam)
Lokasi : Lapangan Terbang Siem Reap
Selepas 2 Jam, kami sampai di Lapangan Terbang Siem Reap pukul 1.05 waktu Malaysia. Kami terpaksa menukarkan waktu jam tangan kami kepada masa tempatan Siem Reap 12.05 lewat satu jam berbanding dengan waktu Malaysia.

                            Pemandangan Dari Flight (Siem Reap) & Airport Siem Reap MH764                            
  

Reka Bentuk Airport Siem Reap & Perjalanan keluar dari Airport
  

Selepas melalui imigresen, kami pun jumpa Tour Guide bernama "Prah Ang Senchey" yang menunjukkan papan nama 'SMK Seafield". Pn Chong tidak sabar menunggu dan menggambil gambar bersama Senchey. Kemudian kami telah dibawa untuk menaiki bas persiaran yang akan bersama dengan kami untuk 4 hari.

Gembira & Ceria sampai ke Siem Reap
 

12.35-1.35 petang
Lokasi : "Restoran Bayon " Bandar Siem Reap
Selepas itu, kami dibawa ke "Restoran Bayon" untuk makan tengahari. Makanan yang disediakan adalah seperti makanan masakan tempatan. Walaupun penat dan masih kenyang tetapi kami gembira dengan makanan yang dihidangkan. Encik Abdul Rahim dan Encik Zaharudin tidak boleh lupa dengan harga USD 2 untuk satu tin minuman ringan yang dibeli di restoran.

Makanan masakan tempatan disediakan untuk tengahari
    

  


1.35-2.15 petang
Lokasi : Angkor Land Hotel
Kami check in di  "Hotel Angkor Land" dan semua orang tertarik dengan sebuah kereta entik yang terletak di depan Hotel. Kami pun mengambil kesempatan untuk mengambil gambar dengan kereta entik ini. Dengan tidak membuang masa, kami pun jemput Pn Pengetua Tek Seok Im dan Encik Zaharudin menduduki kereta  tersebut  sebagai simbolik orang yang akan bersara pada bulan November. Kemudian kami pun dijamu dengan minuman ringan oleh pihak hotel dan berehat sebelum bertolak ke Tasik Tonle Sap pada pukul 2.15 dari hotel.

Hotel Angkor Land
 

  

Sebelum Kahwin & Selepas Kahwin.......
 

sehari dalam sejarah
tss@seafield

No comments:

Post a Comment