Thursday, May 13, 2010

KENALI SEJARAH SEKOLAH SAYA

Tanggal 1hb Disember 1993 Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield dilahirkan ke dunia pendidikan Malaysia. Oleh sebab bangunan sekolah baru belum siap dibina, Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield telah menumpang di Sekolah Rendah SS19, Subang Jaya pada sesi petangnya selama 8 bulan.
Nama Seafield sebenarnya diambil sempena Ladang Seafield (keadaan asal USJ). Sebelum ia dijadikan sebagai sebuah kawasan perumahan ia merupakan sebuah ladang kelapa sawit. Adalah menjadi keperluan bagi sesebuah pemaju perumahan (Sime UEP), untuk turut membina sebuah sekolah berdekatan di tempat itu.
Sekolah Menengah Kebangsaan Siefield telah bermula dengan 20 orang kakitangan akademik dan 1 kakitangan bukan akademik. Terdapat 12 kelas kesemuanya iaitu 2 kelas peralihan, 8 kelas Tingkatan 1 dan 2 kelas Tingkatan 2 dengan jumlah bilangan pelajar seramai 400 orang.
Pada bulan pertama sekolah bermula, lagu dan logo telah dicipta bagi mewujudkan semangat cinta akan sekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga telah ditubuhkan untuk antara pihak ibu bapa dengan sekolah.
Dengan bangganya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield telah ke bangunan barunya di Jaln ada Khamis bersamaam 18hb Ogos 1994. Kemudian, pada 1hb September 1994 sebilangan guru-guru dan pelajar pelajar baru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama menjadi warga Sekolah Menengah Kebangsaan Siefield. 
Semenjak itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield telah berkembang dengan pesatnya. Pada 1 Januari 1998, sekolah telah dinaikkan ke taraf sekolah Gred A. Mural-mural terhasil, taman-taman dibina dan rancangan-rancangan kurikulum dan kokurikulum berjalan lancar. Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield telah berjaya dalam usahanya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, 3K (keselamatan, keceriaan, dan kebersihan), kokurikulum dan teknologi maklumat.

No comments:

Post a Comment