Masa : 12.00 - 2.30 tengahari
Lokasi : Strawberry Farm, Kea Farm, Restoran Tanah Rata
Masa ; 12.00 -12.30 Tengahari
Lokasi : Strawberry Farm
Kami diberi setengah jam untuk melawat "strawberry Farm". Kami tidak nampak buah strawberi kerana telah dipetik pada pagi. Tak mengapa ? sampai ke sini perlu rasa aiskrim strawberi. Nampak tak gambar, guru dan pelajar berebut untuk membeli aiskrim........ sedap. Ada pelajar membeli strawberi kerana nampak segar.
Bergerak ke "Strawberry Farm"
Apa yang menarik perhatian mereka ? Berbaris untuk membeli Aiskrim Strawberi
Sedapnya Aiskrim Strawberi
Cikgu-cikgu juga mahu merasa aiskrim strawberi, sedapnya
Masa : 12.30 -1.30 petang
Lokasi ; Kea farm
Kami diberi masa satu jam untuk membeli-belah di "KEA FARM". Tempat ini merupakan tumpuan pelawat atau pelancong untuk membeli-belah sebelum balik. Keadaan ini telah menyebabkan kawasan ini berlaku kesesakan lalulintas yang teruk. Terdapat pelbagai jenis sayuran, buah-buahan, makanan, bunga dan cenderamata jual di sepanjang jalan. Semuanya nampak segar dan cantik dapat menarik perhatian kami untuk membeli dan bawah balik sebagai cenderahati untuk kawan atau keluarga.
Sayur-sayuran & cenderamata & Makanan dijual sepanjang jalan 'KEA FARM"
Pelbagai jenis Bunga dijual di KEA FARM
Masa : 1.30 -7 .30 petang
Lokasi :Restoran Tanah Rata, Kawasan Rehat Tapah, SMK Seafield
Kami balik semula ke Tanah Rata untuk makanan tengahari sebelum balik ke Kuala Lumpur. Kami makan di Restoran yang sama seperti semalam. Makanan yang dihidangkan banyak pilihan dan sedap. Bagi meja yang terdiri daripada semua pelajar lelaki didapati makanan tidak cukup untuk mereka. Tapi selepas disiasat, baru tahu bahawa mereka suka makan ayam goreng dan tidak suka makan sayur-sayuran. Meja lain yang tidak habis makan ayam goreng terpaksa dipindahkan ke meja ini. (Budak Subang Jaya suka makan ayam goreng ataupun ayam goreng kampung sangat sedap ?)
Terdapat seorang pelajar ayam goreng termasukkan ke dalam air "green tea". Iyad sangat kreatif dan menggelarkan sebagai "Chicken Green Tea". Iyad, pandainya, sudah tunjuk ciri-ciri keusahawanan...
Selepas makan, kami menggunakan jalan Tapah untuk balik semula ke Kuala Lumpur. Kami berehat di Kawasan Rehat Tapah untuk setengah jam dan bertolak semula ke Subang Jaya sampai pada 7.30 malam.
Kumpulan Malisa &Kumpulan Iyad
Kumpulan Guru &Kumpulan Wai Sin
Cikgu Hareza : Sangat seronok dan merasa masa tidak mencukupi untuk meneroka semua tempat. Yang penting ialah mendapat pengetahuan dan pengalaman baru.
Anis : "With the strawberries on top, it was beyond awesome. Hugs and kisses to teacher tss."
Malisa : "I had so much fun, thanks to everyone."
Puteri : "A trip that warms the coolness of Cameran Highlands. Thanks to teacher."
Sebagai guru penasihat persatuan, saya berpendapat objektif rombongan ini telah mencapai matlamatnya. Kami (guru) bukan sahaja dapat melihat bakat-bakat dan ciri-ciri kepimpinan pada pelajar tetapi seronok melihat mereka berinteraksi di antara satu sama lain, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru tanpa mengira kaum. Yang membanggakan saya ialah pelajar kami adalah begitu berdisiplin, pandai berkomunikasi dengan orang luar, berbudi bahasa, berani bertanya untuk mendapat pengetahuan baru, tidak berasa takut menghadapi pengalaman baru, hormat-menghormati antara satu sama lain, pandai menjaga diri, kawan dan guru. Inilah pelajar Seafield. Terima kasih. I Love You All.

MURIDKU ANAKKU SAYANG
sehari dalam sejarah
tss@seafield
best nya.... saya pun baru balik dari cameron highland jugak tapi tak sempat nak borong apa2 pun, sekadar beberapa kotak teh ja.. huhu
ReplyDeleteMemang best kalau membawa pelajar jalan-jalan, sentiasa ketawa, gembira dan sentiasa bertenaga seperti mereka. Kami ada rancangan baru selepas hari raya..Jalan-jalan tempat bersejarah di KL.
ReplyDelete