Tarikh : 10 Julai 2010
Hari : Sabtu
Tempat : SMK Seafield
Masa : 8.00 - 3.00 petang
Anjuran : PIBG SMK Seafield
Karnival Seafield pada tahun ini telah dijalankan dengan begitu berjaya dan meriah. Semua pelajar, guru dan PIBG telah melibatkan secara aktif dalam menjayakan karnival tahun ini. Terdapat 65 gerai makanan dan permainan telah dijalankan oleh pelajar dan guru tingkatan. Aktiviti karnival seperti ini bukan sahaja dapat melatih pelajar dari segi kepimpinan, kerjasama, komitmen tetapi pembudayaan keusahawanan di kalangan mereka. Untuk menguji dan melihat kreativiti dan inovatif pelajar dalam projek karnival, pihak koperasi sekolah telah mengambil kesempatan semperna hari koperasi menganjurkan pertandingan gerai terbaik dan permainan yang paling kreatif dan inovatif antara kelas.
Keputusan adalah seperti berikut :
Gerai Makanan :
Keputusan adalah seperti berikut :
Gerai Makanan :
Kedudukan
|
Kelas
|
Guru
Tingkatan
|
Johan
|
5 Kukuh
|
Pn Lim Ong Lang
|
Naib Johan
|
3 Cekap
|
Pn Zunaidah
|
Ketiga
|
5 Amanah
|
Cik Noorizan
|
Saguhati
|
5 Hormat
|
Cik Hareza
|
6Fasih
|
Pn Siti Rohana
|
Gerai Permainan :
Kedudukan
|
Kelas
|
Guru Tingkatan
|
Johan
|
4 Amanah
|
Pn Latifah
|
Naib Johan
|
5 Damai
|
Pn Chin Pei Lee
|
Ketiga
|
5 Jujur
|
Pn Rozita
|
Suasana yang meriah sempena karnival keluarga
Para guru dan pelajar sibuk dengan persediaan gerai makanan dan permainan pada awal pagi. Keadaan ini telah menunjukkan tanggungjawab dan komitmen guru dan pelajar dalam menjayakan karnival keluarga ini. Ramai ibubapa telah membantu anak mereka menghantar peralatan dan makanan ke sekolah. Terima kasih kepada semua ibubapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan karnival keluarga ini.
Guru dan pelajar sibuk dengan persediaan gerai makanan
Persediaan gerai permainan oleh pelajar
Masa : 8.00 - 9.00 pagi
Semua gerai telah mula beroperasi jual beli. Pelbagai jenis makanan telah dijual oleh pelajar dan dibantu oleh guru tingkatan masing-masing. Apa yang telah menarik perhatian guru-guru ialah lori yang membawa sayur-sayuran dari Cameran Highlands telah sampai ke sekolah. Semua sayur-sayuran ini diderma ke kanirval ini oleh seorang pelajar/ibubapa. Sayur-sayuran yang dijual adalah begitu murah dan telah menarik perhatian ramai guru.
Guru bersama dengan pelajar di gerai makanan untuk pertandingan keusahawanan
Pelajar lelaki juga terlibat secara aktif dalam persediaan gerai makanan
Guru-guru tertarik dengan sayur-sayuran dari Cameran Highlands
Masa : 9.30- 10.30 pagi
Upacara Perasmian oleh tetamu jemputan Datin Rosalind Tan, Dato' Abd Rahman B. Hj. Ali (DIMP, DNS, KMN, PJK), YDP PIBG SMK Seafield dan Puan Pengetua Teh Seok Im. Upacara rasmi pada tahun ini adalah begitu unik kerana para VIP dijemput untuk mengoreng sebiji telur dan diletak bersama dengan nasi lemak untuk dijual kepada pelanngan.Harga yang ditawarkan adalah antara RM 20 - RM 30. Kesemuanya telah dibeli oleh pelanggan pada hari tersebut. Satu upacara rasmi yang unik dan menarik sekali
Datin Rosalind sedang mengoreng telur
Suasana meriah dengan sokongan daripada para ibubapa dan masyarakat setempat

Upacara perasmian oleh tetamu jemputan dan penerimaan cek dari sponser
Datin Rosalind sedang mengoreng telur
Dato' Abd Rahman B. Hj. Ali (DIMP, DNS, KMN, PJK), YDP PIBG SMK Seafield
Pn Teh Seok Im, Pengetua SMK Seafield
Selepas itu, para VIP dijemput untuk menonton persembahan pancaragam sekolah. Pasukan pancaragam sekolah telah mempersembahkan satu persembahan yang sangat mempersonakan para penonton.
Pasukan Pancaragam sekolah akan mengadakan konsert "REPRISE" pada 24 Julai 2010 (Sabtu), Jam 8.00 - 10.00 malam di Dewan Seri Kenangan SMK Seafield. Kami mengalu-alukan kehadiran semua pihak untuk memberi sokongan kepada kejayaan konsert pada malam tersebut. Terima kasih.

Persembahan pasukan pancarangam & gambar bersambar VIP
Masa : 10.30 - 3.00 petang
Kami mula nampak ramai pelanggan masuk kawasan sekolah. Kebanyakan pelanggan adalah terdiri daripada pelajar lepasan Seafield dan para ibubapa. Terima kasih atas sokongan mereka untuk menjayakan karnival keluarga pada tahun ini. Semua gerai telah mula sibuk dengan urusniaga dan masing-masing menggunakan strategi sendiri untuk mempromosikan barang makanan jualan gerai.

Suasana jual beli di gerai masing-masing yang dikendalikan oleh pelajar
Setiap pelajar telah menunjukkan bakat dan kemahiran masing-masing untuk mempromosikan makanan gerai kepada pelanggan yang kunjung gerai mereka. Penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti karnival keluarga dapat mengukuhkan lagi perkembangan sosial, interaksi dan integrasi di kalangan mereka dengan masyarakat luar.
Pelajar telah menunjukkan kemahiran masing-masing untuk mempromosikan barang jualan mereka
Suasana meriah dengan sokongan daripada para ibubapa dan masyarakat setempat
AKTIVITI MENJANA 1MALAYSIA
sehari dalam sejarah
tss@seafield
No comments:
Post a Comment