Friday, July 9, 2010

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN

x
x
KURSUS PROFESIONALISME MAJLIS GURU CEMERLANG DAERAH PETALING PERDANA (MGCPPSM)
Tarikh : 8 Julai 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.00 - 1.00 tengahari
Tempat : Kolej Segi, Subang Jaya
Tajuk : Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan
Penganjur : PPD Petaling Perdana & MGCPPSM

Masa : 8.00 - 8.30 pagi
Lokasi : Tingkat 6, Kolej Segi
Disebabkan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan untuk dapat tempat letak kereta di Kolej Segi, saya telah sampai Kolej pada pukul 7.15 pagi dan nampak guru bertugas pendaftaran telah sibuk dengan persediaan bahan-bahan pendaftaran. Kemudian saya nampak pegawai Kolej "Rosalind Chee" dan fasilitator  hari ini "Dr. James Ang" sibuk dengan pemasangan alat komputer dan LCD projekter. Awalnya, sudah sampai.. inilah budaya kerja cemerlang..... Seramai 96 orang peserta telah menghadiri kursus pada hari ini.

Para Guru Cemerlang membuat pendaftaran sebelum kursus dijalankan
   

Masa : 9.00 - 9.30 pagi
Saya tertarik dengan ucapan Pn Foziah Bt Buang, pegawai PPD Petaling Perdana yang menegaskan bahawa Guru Cemerlang seharusnya sentiasa meningkatkan kualiti kecermalangan dalam bidang kerja dan menjadi mentor kepada guru-guru lain. Soal kualiti guru berkaitan dengan ciri-ciri seperti berikut :
  • Cemerlangan Peribadi dan sahsiah
  • Beretika
  • Kepakaran dalam ilmu pengetahuan
  • Hasil kerja yang kreatif dan inovatif
Mesej yang disampaikan supaya kami guru cemerlang perlu mempamerkan kecemerlangan peribadi dan sahsiah dan menjadi seorang GC yang hebat di PPD. Nasihat ini sangat penting dan sentiasa diingati. Terima kasih.

Ucapan oleh Puan Foziah Bt Buang & menerima cenderahati dari Pn Chin, YDP MGCPPSM & Pn Foziah Buang sedang menandatangani sijil peserta
  

Masa : 9.30 - 10.30 pagi
Slot 1 : Pengajaran & Pembelajaran Berkesan
Strategi Pembelajaran Berkesan
Slot ini bermula dengan pembahagian kumpulan mengikut bulan tarikh lahir. Para guru juga bersikap seperti pelajar dan masing-masing mencari ahli kumpulan mengikut tarikh lahir, Ini idea yang begitu baik untuk pembentukan kumpulan. Aktiviti kumpulan bermula dengan pemberian kertas majong dan soalan untuk dijawab oleh setiap kumpulan. Soalan yang diberikan adalah berkaitan dengan isu atau masalah p&p di sekolah. Disebabkan tiada meja, kami duduk atas lantai dan masing-masing memberi idea dan mencatat atas kertas yang dibekalkan. Selepas itu, kertas tersebut ditampalkan di dinding untuk dipamerkan kepada kumpulan yang lain. Satu aktiviti yang melibatkan semua ahli kumpulan dan bekerjasama untuk memberi idea dalam masa lima minit. Berikut merupakan soalan yang dikemukakan mengikut kumpulan :

Kumpulan
Isu/masalah
1
Guru sebagai apa ?
2
Guru yang baik
3
Guru yang berkesan
4
Apakah perkara yang menjadikan pengajaran menarik ?
5
Pengajaran dan pembelajaran berkesan
6
Strategi pengajaran
7
Mengapakah pelajar lemah tetap datang ke sekolah ?
8
Apakah yang murid suka lakukan di sekolah ?
9
Apakah yang murid tidak suka di sekolah ?

Pembahagian kumpulan dan penerangan cara aktiviti kumpulan oleh fasilitator
    

Interaksi berlaku antara guru cemerlang semasa aktiviti kumpulan
    

"Gallery Walk" dan "Graffiti"
Selepas itu, semua guru mengikut kumpulan diberi masa untuk memantau hasil kerja rakan-rakan yang lain. Setiap guru diberi peluang menambahkan pendapat mereka atas hasil kerja rakan kumpulan yang lain. Saya nampak semua guru begitu seronok  memberi komen atau tambah pendapat mereka atas hasil kerja kumpulan lain. Setiap guru mempunyai pengalaman berlainan mungkin disebabkan oleh jenis sekolah ataupun tempat/lokasi sekolah atau jumlah tahun mengajar. Satu aktiviti pembelajaran kumpulan yang begitu menyeronokkan. Idea pembelajaran kumpulan ini sangat sesuai untuk subjek yang memerlukan banyak fakta dan aktiviti ulangkaji. Rumusan, bergantung kepada kreatif dan inovatif guru masing-masing untuk mengakplikasikan idea ini dalam P&P.

Proses Aktiviti Kumpulan
 

Gallery Walk & Graffiti
  

Penglibatan aktif guru cemerlang dalam menyumbangkan idea mereka
  

Masa : 11.00 - 12.30 tengahari
Slot 2 : Pengajaran Berkesan
Fasilitator telah mula dengan bagaimana menjadi seorang guru yang berkesan ? Keberkesanan pengajaran guru dikaitkan dengan kualiti pengajaran guru. Mengikut Cooper (1994), guru yang berkesan ialah guru yang mampu menghasilkan pembelajaran yang dihasratkan. Hasil pembelajaran pelajar adalah kayu pengukur yang paling baik dalam menentukan keberkesanan seseorang guru. Kajian yang dipamerkan menunjukkan bukti kualiti pengajaran guru berkaitan dengan pencapaian pelajar. Beliau menekankan bahawa sikap seseorang guru mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Rumusan, pengajaran berkesan merupakan cara yang paling berkesan untuk meningkatkan pembelajaran murid.

Pada pendapat saya, pencapaian pelajar adalah merupakan kayu ukur untuk menguji keberkesanan pengajaran setiap hari. Kalau didapati tidak berkesan atau tidak mencapai pencapaian yang dikehendaki, guru mampu menggunakan cara kreatif dan inovatif untuk membantu pelajar mencapai objektif yang dikehendaki. Oleh itu,  kajian tindakan telah digalakkan untuk semua guru supaya mereka dapat meningkatkan kualiti pengajaran setiap masa.

Guru-guru memberi tumpuan sepenuhnya semasa ceramah
  

Model Pengajaran Berkesan
Fasilitator mengemukakan pendapat Cooper (1994), menyarankan seseorang guru terlatih harus kompeten dalam empat bidang berikut agar mampu menjadi guru yang berkesan dan dapat menghasilkan pembelajaran yang dihasratkan :

1) Pemahaman teori-teori tingkah laku manusia dan aplikasinya dalam pembelajaran.
  • Behavioris (Pengubahan tingkah laku)
  • Kognitif (Pemprosesan maklumat)
  • Konstruktivis (Interaksi sosial)
  • Humanistik (Sumber Kendiri)

2) Pemaparan sikap yang positif terhadap pelajar dan pengajaran.
  • Sikap guru terhadap diri sendiri
  • Sikap guru terhadap murid
  • Sikap guru terhadap rakan sekerja dan ibu bapa
  • Sikap guru terhadap mata pelajaran yang diajar
3) Penguasaan ilmu dalam mata pelajaran yang diajar.
  • Bahan ilmu dalam mata pelajaran berkenaan
  • Pemilihan bahan pembelajaran yang sesuai yang boleh disampaikan kepada murid
4) Penguasaan teknik pengajaran yang memudahcarakan pembelajaran.
  • Memiliki kemahiran teknik pengajaran untuk berhadapan dengan murid yang mempunyai latar belakang dan kebolehan yang berbeza-beza.
  • Kepelbagaian teknik penyampaian guru tidak akan menimbulkan kebosanan di kalangan murid
  • Pemilihan teknik harus selaras dengan objektif dan masa pengajaran guru
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang Guru Berkesan dan Profesional perlu menguasai ilmu pengetahuan dan komitmen tinggi terhadap bidang kerja.

Motivasi Kepada Guru
Untuk mengakhiri ceramah pada hari ini, fasilitator telah menayangkan beberapa Video Klip tentang perkhidmatan guru di kawasan pendalaman. Mesej yang hendak disampaikan kepada kami (guru) di kawasan bandar sepatutnya berasa bersyukur dan boleh memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada anak bangsa negara.

Terima kasih, kami akan bertanggungjawab dengan sepenuhnya dan memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada anak bangsa. Seterusnya menjadi seorang GC yang hebat seperti dipesan oleh Puan PPD. Pengetahuan dan pengalaman yang didapati pada hari memberi manfaat dan motivasi kepada saya untuk terus  majukan diri ke hadapan dan mempetingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Pegawai PPD & Tayangan Video oleh fasilitator
 

Sesi Penutup :
Kursus diakhiri dengan ucapan dan ulasan ringkas oleh En. Mohd Salleh Salehin berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran berkesan. Beliau menegaskan bahawa ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi pada hari in harus diaplikasikan oleh guru dan disebarkan kepada guru-guru di sekolah dalam usaja menjana kecemerlangan pendidikan.
Penyampaian sijil dan cenderamata turut diberikan kepada peserta kursus, fasilitator jemputan dan wakil kolej Segi.

Ucapan oleh En. Mohd salleh Salehin & Sesi penyampaian Cenderamata
  

P&P MENJANA 1MALAYSIA
Terima Kasih
sehari dalam sejarah
tss@seafield

No comments:

Post a Comment