Saturday, September 22, 2012

PELAJAR CEMERLANG KOKURIKULUM 2012


LEE LOONG YI, PELAJAR CEMERLANG KOKU TERBAIK 2012
Lee Loong Yi dilahirkan pada 28 Februari 1995 dan merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Ibunya seorang guru manakala bapanya seorang bekas jurutera.

Beliau mendapat pendidikan rendah SJK(C) Lick Hung dan turut bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti  robotik, catur, “Mathematics Olympiad”, pengakap, choral speaking dan pertandingan tarik-tali. Apabila memasuki SMK Seafield, beliau melibatkan diri dalam kegiatan robotik, catur dan scrabble, Eco Ranger, komputer, pengakap, golf dan menyertai pelbagai pertandingan sama ada di peringkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Beliau merupakan pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) sejak tahun 2008 dan telah dilantik sebagai penolong ketua Lembaga PSS untuk tahun 2011/2012 atas komitmen dan semangat yang ditonjolkan. 

Dalam bidang ICT, beliau pernah memegang jawatan sebagai pengerusi Kelab Komputer dan telah pernah memenangi kuiz ICT sekolah pada tahun 2008 dan 2009. Beliau telah berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan  “Young Scholar ICT Championship 2011”. Selain itu beliau juga merupakan peserta pasukan sekolah dalam pertandingan video iaitu "Kids Witness News"(KWN) anjuran Panasonic bersama KPM dengan video bertajuk “Mah Meri Salvation” (kehidupan orang asli di Pulau Carey) dan pertandingan video “ Liga Remaja Kreatif 2011” di  peringkat kebangsaan.

Beliau telah menyertai Australian Mathematics Competition (AMC) tahun 2008, 2009, 2011 dan 2012, "Mighty Minds" peringkat negeri 2011 anjuran The Star, mendapat tempat ke-4 berpasukan dalam pertandingan "JEOPARDY" peringkat kebangsaan anjuran International Chartered Accountants of England and Wales (ICAEW) dan tempat ketujuh dalam kuiz Interact 2012 peringkat kebangsaan. Beliau juga merupakan ahli Seafield.fm dengan jawatan sebagai “Technical Manager” dalam persatuan tersebut. Beliau pernah dilantik sebagai pengerusi kelab Catur semasa di tingkatan dua dan AJK Kelab Catur dan Scrabble bagi tahun 2010-2012. Beliau telah menyertai pertandingan scrabble peringkat Selangor anjuran CIMB pada tahun 2010, 2011 dan 2012 dengan pencapaian yang baik.

Namun, penglibatan beliau yang paling aktif dan cemerlang ialah kegiatan robotik sejak tahun 2008. Beliau merupakan pengerusi Kelab Robotik sekolah dan  jurulatih dalam pembinaan robot Lego Mindstorm NXT bawah 18 dan 15 tahun. Pada tahun 2008, beliau telah menyertai pertandingan "International Robotic Olympiad" (IRO) dan pasukan beliau telah berjaya mendapat naib Johan dalam "National Robotic Competition" (NRC) untuk kategori terbuka tahun 2009. Pada tahun 2010, pasukan beliau mendapat anugerah “Best Presentation Award” dan mendapat anugerah “Excellence Award” pada tahun 2012. Dalam pertandingan "World Robo Masters" (WRMC) di Singapura, beliau berjaya mendapat tempat kelima dan tempat ketiga dalam "World Creative Robotic Challenge 2011" (WCRC). Tahun 2012, beliau menyertai pertandingan "FIRST Lego League" dan pasukannya berjaya mendapat tempat kedua untuk "Best Presentation Award".

          Walaupun bergiat aktif dalam kokurikulum, Loong Yi sentiasa menjaga prestasi akademiknya dan kedatangan beliau ke sekolah sentiasa mencapai 100%.  Beliau tidak pernah berputus asa dalam apa jua cabaran dan akan mengharunginya dengan penuh semangat dan dedikasi. Beliau amat bersyukur atas peluang yang diberi kepadanya dan ingin berterima kasih kepada guru-guru, ahli keluarga, pihak sekolah dan semua rakan yang telah membantunya dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan. Beliau percaya bahawa kreativiti merupakan asas kepada kejayaan dan berpegang kepada prinsip "Live the life you have imagined, for commitment leads to action, and action brings your dreams closer"
( BUKU PROGRAM HARI KOKU 2012 )

 SYABAS DAN TAHNIAH