Thursday, September 29, 2011

ANUGERAH TAHUNAN PELAJAR TERBAIK DALAM KOKURIKULUM 2011

TAHNIAH & SYABAS
Teh Jia Jiun
Teh Jia Jiun dilahirkan pada 28 Jun 1994, merupakan anak sulung kepada Tony Teh Chin Seng, seorang pereka grafik, artis, guru seni serta jurulatih bola keranjang dan Jaclyn Yam Mui Quin, juga seorang pereka grafik dan guru seni serta suri rumah. Beliau mempunyai 2 orang adik perempuan. Seorang di Tingkatan 4, dan seorang lagi berumur 5 tahun.

Teh Jia Jiun aktif dalam pelbagai bidang kokurikulum. Salah satudaripadanya ialah Badan Beruniform Pengakap. Dalam peringkat sekolah, beliau telah menjadi  KuarterMaster Patrol 2007 & 2008, Penolong Ketua Patrol 2009. Beliau juga terlibat dalam sekuriti Malam Unggun Api 2008, Drama/Sketsa Malam Unggun Api 2009 dan menjadi pengacara pada Malam Unggun Api 2010. Di peringkat negeri dan kebangsaan pula, beliau telah memecah rekod SMK Seafield menjadi ahli pengakap pertama yang menjadi Pengakap Raja. Dalam proses ke arah Pengakap Raja, sebanyak  18 lencana dan 23 buku log perlu lulus untuk mencapainya. Lencana Keahlian, Lencana Usaha, 2 Lencana Kegemaran, Lencana Maju, 3 Lencana Pengetahuan, 3 lencana Perkhidmatan dan Lencana Jaya dari tahun 2007-2009 untuk peringkat Pengakap Muda. Seterusnya, beliau dianugerahkan oleh Penolong  Pesuruhjaya Daerah Petaling pangkat/gelaran Rambu Muda Hijau Pengakap setelah lulus semua lencana bagi peringkat Pengakap Muda. Sejak tahun 2010-2011 pula, sebagai seorang Pengakap Remaja, beliau telah lulus dalam kesemua lencana juga seperti Lencana Jaya Diri, Kemahiran, Kegiatan, Ekspedisi, dan Perkhidmatan. Setelah itu, beliau dianugerahkan Rambu Remaja  Kuning.  Beliau teleh menyertai Kem Kursus Pengakap Remaja Pertolongan Cemas dan Ujian Lencana Perkhidmatan peringkat negeri Selangor pada November 2010 selama 4 hari 3 malam dan berjaya lulus ujian tersebut. Beliau juga turut serta dalam Kem Ujian Lencana Ekspedisi Jalan Kaki 60km pada Disember 2010 selama 4 hari 3 malam dan berjaya lulus ujian tersebut. Pada tahun 2011, bulan Februari, beliau telah menyertai Kem Ujian Sikap Pra-Pentarafan Pengakap Raja peringkat Negeri Selangor selama 3 hari 2 malam. Beliau  seterusnya diarahkan untuk ke Ujian  Pentarafan Pengakap Raja di Templer’s Park, Rawang selama  4 hari dan 3 malam pada bulan Mac 2011. Beliau telah berjaya mengharungi semua cabaran tersebut. Pada bulan April 2011, beliau telah dianugerahkan sebagai Pengakap Raja yang sah. Beliau akan ke Majlis Pengakap Raja di SMK SAAS, Putrajaya pada 24 September ini untuk mendapatkan Lencana Pengakap Raja Malaysia dan Sijil Pengakap Raja yang ditandatangani oleh semua Sultan Melayu di Malaysia dan Yang  Dipertuan-Agong Malaysia.

Selain itu, Teh Jia Jiun juga aktif dalam aktiviti kelab. Beliau aktif dalam Kelab Interact dari   tahun 2007-2010. Beliau merupakan ‘Assistant Publicity Director’ bagi tahun 2010. Beliau juga merupakan pengasas bagi Kelab Eco Rangers.  Beliau menyertai Kem Kursus Toyota Eco     Rangers peringkat kebangsaan 2008. Beliau telah memohon daripada peringkat sekolah dan PPD untuk mengasaskan serta memberinya peluang untuk menguruskan Kelab Eco Rangers di SMK Seafield. Beliau telah menjadi salah seorang daripada ahli Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA), ahli Toyota Eco Rangers (TER), ahli River Ranger, dan ReefCheck Malaysia. Beliau telah menyertai kem River Ranger Malaysia dan berjaya mendapatkan lesen River Ranger.

Beliau juga sering memberi ceramah kepada ahli-ahli Eco Rangers, seperti menanam pokok hutan, membuat kertas semula, bioenzyme, dan lain-lain aktiviti mesra alam. Beliau menjadi Pengasas dan Presiden Kelab Eco Rangers dari tahun 2008-2011. Beliau juga dilantik menjadi Presiden Kelab Eco Rangers Seafield-USJ 13 Council Committee. Beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup luas dalam bidang alam sekitar dan beliau merancang untuk    menabur bakti sebagai Penasihat Kelab Eco Rangers SMK Seafield selepas SPM dan bagi tahun-tahun berikutnya.
                                                  
Di samping itu, beliau juga aktif dalam bidang sukan. Beliau aktif dalam permainan dan Kelab Bola Keranjang. Beliau dipilih untuk menjadi pemain sekolah bagi tahun 2009, peringkat lelaki bawah 15 tahun dan peringkat lelaki bawah 18 tahun bagi tahun 2011. Beliau berjaya mencapai kejayaan dalam peringkat MSSD. Selain daripada itu, beliau juga membantu       jurulatih sekolah kini untuk  melatih pemain bola keranjang perempuan bawah 15, 18 tahun, dan lelaki bawah 15 tahun. Beliau juga sering dijemput untuk membantu menjadi pengadil untuk acara permainan pertandingan persahabatan antara SMK Seafield dan sekolah lain. Beliau juga menjadi Johan bagi Piala David Pang Kota Kemuning bagi tahun 2009 dan 2010. Beliau juga merangkul Tempat Ketiga dalam Piala Subang tahun lepas.

Beliau juga aktif dalam bidang lain seperti Choral Speaking dan dalam bidang seni. Beliau telah dipilih dalam pasukan sekolah dari tahun 2008-2010. Beliau telah menyertai              Pertandingan Toyota Eco Youth pada tahun 2008 dan berjaya mendapat tempat ketiga. Beliau kemudian  menyertai pertandingan peringkat zon dan daerah bagi tahun 2009 serta tahun 2010 dan  keempat-empatnya berjaya merangkul tempat pertama. Beliau dan pasukan Choral Speaking SMK Seafield berjaya mendapat tempat pertama di MSU tahun lepas. Mereka juga menyertai pertandingan di Subang Parade pada tahun 2009 dan 2010. Beliau bersama ahli pasukan Choral Speaking yang lain juga membuat persembahan di KLGCC (Kuala Lumpur Golf Course). Beliau juga aktif dalam bidang seni. Beliau telah menyertai pertandingan melukis poster antidadah, poster merdeka, poster kerjaya, dan lain-lain lagi dalam peringkat daerah mahupun negeri dari tahun 2007-2011 dan kesemuanya   berjaya mendapat tempat pertama-ketiga. Beliau juga telah membantu Kelab Bimbingan dan   Kaunseling melukis mural di tepi tangga Blok A. Beliau dan ayahnya bersama membantu melukis mural (bunga daisy)                di hadapan sekolah berdekatan   tempat letak kereta sekolah dan Blok Pejabat sebagai tanda bakti ketika persaraan pengetua Puan Teh Seok Im.

Selain hobi bermain piano (ABRSM), guitar, badminton, dan berenang di masa lapang, beliau juga membantu ibu bapanya menguruskan dan mengajar dalam sesi pengajaran kelas seni.  Beliau amat bersyukur dengan bakat yang dianugerahkan Tuhan dan di sini beliau ingin mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga, pihak sekolah, guru-guru, serta rakan-rakannya, khususnya ibu bapanya yang senantiasa memberi dorongan dan nasihat. Beliau memegang kepada prinsip, ‘Failure is the first step to success, so never fear failure’ .
SUMBER : BUKU PROGRAM HARI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2011

1 comment: