Saturday, September 17, 2011

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2011

Tarikh ; 10 September 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 12.30 tgh
Tempat : Dewan Seri Kenangan SMK Seafield
Dirasmikan oleh : Yang Berbahagia Dato' Haji Ibrahim Bin Mohamed, Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum , KPM.
Laporan oleh : Nur Shahirah bt Hj Mohd Yasin ( 5 Budi )
Juru Gambar : En Yusdin b. Yusof


Tanggal 10 September 2011 telah manjadi salah satu sejarah di SMK  Seafield apabila Majlis Anugerah Kecermelangan Kokurikulum berlangsung sekaligus dengan perasmian Galeri Sejarah Seafield.

Barisan Kehormat semasa ketibaan tetamu Khas Y. Bhg Dato Haji Ibrahim Mohamad 
diiringi oleh Pn Hajah Zaleha Abu Hasan Pengetua SMK Seafield

Majlis pada hari ini berlangsung pada jam 9 pagi setelah ketibaan yang berhormat Dato’ haji Ibrahim bin Mohamad, Pengarah Pembangunan Kurikulum, KPM. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan baris badan Unit Beruniform seramai 70 orang. Pemeriksaan baris ini diiringi oleh pengetua sekolah, Pn Hj Zaleha serta En Zuraimi selaku guru yang bertanggungjawab dalam unit beruniform. Pemeriksaan baris ini diketuai oleh Sarjan Idlan Haziq b Abdul Rahman dan telah berlangsung selama 15 minit. Sebelum kesemua VIP dijemput masuk ke dalam dewan, mereka dihiburkan dengan persembahan yang cukup mengkagumkan dari pasukan cheerleading sekolah. Ketibaan para terhormat ke dalam dewan Sri Kenangan di sambut dengan penuh meriah oleh tepukan yang gemuruh oleh para pelajar dan hadirin yang hadir. Sebelum meneruskan lagi majlis tersebut, semua hadirin dan hadirat menyanyikan lagu Negaraku sebagai lambang cintakan negara, setelah itu, bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Mukhlis diadakan bagi memberkati majlis tersebut. Majlis kemudian dihiburkan dengan persembahan yang hebat oleh pasukan pancaragam sekolah. 
Ucapan oleh Pn Hajah Zaleha Abu Hasan Pengetua Cemerlang SMK Seafield
Ucapan Perasmian Tetamu khas, Dato' Haji  Ibrahim bin Mohamad, Pengarah PPK, KPM)
Ucapan alu-aluan oleh Pn Pengetua telah diadakan, ucapannya banyak menceritakan tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah dalam perkembangan kokurikulum dan juga kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2011. Pengetua juga ada mengatakan mengenai pembinaan bangunan kokurikulum untuk pelajar-pelajar seafield. Beliau mengahiri kata-kata beliau dengan mengucapkan penghargaan kepada tetamu yang hadir dan juga kepada guru-guru  yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini. Majlis kemudian menjemput Dato’ Haji Ibrahaim b Mohamad, Pengarah Pembangunan Kurikulum, KPM, untuk memberi ucapan sekaligus merasmikan majlis anugerah pada tahun ini. Setelah ucapan yang ringkas oleh beliau, dengan kata Bismillah Hirahman Nil Rahim , majlis tersebut telah dirasmikan . Sebelum hadiah diberikan kepada para pemenag, para pelajar dan tetamu yang hadir  disajikan dengan gambar-gambar menarik sepanjang tahun 2011 yang telah disediakan oleh En Jafny. Gambar-gambar tersebut telah menjelaskan segala aktiviti yang dilakukan sepanjang tahun 2011. 
Majlis penyampaian kepada pelajar Khidmat Cemerlang

Hadiah kepada para pemenang diberi dan dimulakan oleh barisan pengwas sekolah, Lembaga Bakti sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Lembaga Koperasi , Pelajar terbaik setiap kelab dan persatuan , permainan dan badan uniform. Acara kemuncak majlis tersebut adalah pengumuman untuk Tokoh Kokurikulum dan juga Pelajar Berwawasan tahun 2011. Teh Jia Jun, Presiden Kelab Eko Rangers telah memenangi hadiah untuk Tokoh Kokurikulum. Sumbangan beliau terhadap sekolah amat besar sekali apatahlagi beliau merupakan satu-satunya pelajar SMKSeafield yang berjaya mendapat pangkat Pengakap Diraja. Kerja keras beliau terbayar apabila di beri penghargaan sebegini. Pelajar Berwawasan pula dimenangi oleh Kaelan Ong yang juga merupakan ketua pengawas tahun 2010/2011. Perkhidmatan beliau dan sumbangan beliau terhadap sekolah yang begitu banyak sekali membuatkan sekolah sepakat memilih Kaelan. Tahniah diucapkan kepada Teh Jia Jun, Kaelan Ong dan juga kepada semua pemenang yang turut menyumbangkan perkhidmatan kepada sekolah. Majlis diakihiri dengan persembahan mantap dari pasukan koir sekolah . Para VIP kemudian dijemput hadir ke Galeri Sejarah untuk acara perasmian dan seterusnya dijemput menjamu jamuan raya yang diadakan. Majlis berakhir pada jam 12 tengahhari.
Teh Jia Jiun, Anugerah Tahunan pelajar terbaik keseluruhan dalam bidang kokurikulum 2011
Kaelan Ong Wei Ern, Anugerah Khas Pengetua 2011


SEKALUNG BUDI
Pengetua dan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :
Y. Bhg. Dato' Haji Ibrahim bin Mohamad (Pengarah PPK, KPM)
TDP PIBG Y. Bhg Dato' Abd Rahman Bin Hj Ali, DIMF, DNS,KMN,PJK
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Seafield
Penerima Anugerah Kecemerlangan
Serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Salam ikhlas dari :
panitia sejarah

No comments:

Post a Comment