Thursday, September 29, 2011

ANUGERAH KHAS PENGETUA 2011


Kaelan Ong Wei Ern
 TAHNIAH & SYABAS
Kaelan Ong Wei Ern telah dilahirkan pada 19 Ogos 1994 dan merupakan anak sulung kepada Simon Ong, seorang Pengurus Besar syarikat pembangunan hartanah. Ibu beliau Alice Yeoh, suri rumh tangga sepenuh masa. Beliau mempunyai dua orang adik iaitu Kaemon Ong  berada di Tingkatan 2 dan Kaevin Ong, berusia 11 tahun.

Kaelan menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Selangor (2000-2004) dan kemudiannya di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong (2005-2006). Sejak sekolah rendah lagi, Kaelan merupakan seorang yang cemerlang dalam bidang akademik. Beliau telah menerima pelbagai anugerah termasuklah Anugerah Tokoh Nilam 2006,         Anugerah Murid Cemerlang UPSR 2006 (UPSR 5A) seterusnya dinobatkan sebagai Tokoh Murid 2006. Kebolehan Kaelan bukan saja terserlah dalam bidang akademik malahan juga dalam bidang kokurikulum.

Penglibatan awal beliau dalam lembaga pengawas sekolah bermula setelah beliau            menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai pengawas sekolah pada tahun 2007 danseterusnya aktif dan cemerlang dalam perkhidmatannya sehingga kini. Sifat kepimpinannya telah dapat dilihat dari awal lagi menyebabkan beliau dilantik sebagai Ketua Murid (Sesi Petang) semasa di Tingkatan Dua.  Pengalaman Kaelan yang luas dalam semua aspek tugas Pengawas serta tahap disiplin dirinya yang tinggi, menjadikan beliau menonjol sekali lagi sebagai calon yang sesuai untuk jawatan Ketua Pengawas dalam tahun 2010. Sebaik saja  dilantik sebagai Ketua Pengawas bagi sesi 2010/2011, beliau telah meningkatkan nama baik sekolah apabila dipilih untuk menerajui Majlis Pengawas-Pengawas Subang Jaya (Prefects Council of Subang Jaya) sebagai Pengerusi Majlis tersebut. Selain itu, Kaelan juga merupakan Assistant Club Services Director bagi Kelab Interact SMK Seafield sesi 2009/2010, Presiden Kelab Interact 2010/2011, Pengerusi Interact Council Committee of Bandar Sunway (ICCBS) 2010/2011, Pengerusi Kelab Komputer SMK Seafield 2008, Naib Pengerusi Kelab Komputer 2009, Kapten Pasukan Taekwondo 2011 dan Setiausaha Kelab Bola Baling bagi tahun yang sama.
Kaelan juga mencari peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui penglibatan   beliau yang aktif dalam Kelab Interact. Beliau bersama ahli-ahli jawatankuasa telah bertungkus lumus melancarkan kempen khidmat masyarakat bertajuk “Step Up For Kids” yang melibatkan antara lain usaha mendirikan satu "Kids Interactive Corner' untuk pesakit kanak-kanak di Hospital Besar Sungai Buloh. Menyentuh sumbangan yang telah diberikan oleh beliau dalam bidang kokurikulum, pada tahun 2008, Kaelan mewakili Seafield dalam “National Panasonic Kids Witness News Program” (KWN). Video pasukan Seafield bertajuk “Mah Meri Salvation” telah berjaya memasuki peringkat akhir. Penglibatan Kaelan dalam choral speaking juga membanggakan. Beliau dan pasukan choral speaking telah memenangi Tempat Ketiga dalam Toyota Eco-Youth Choral Speaking Competition 2008. Dalam Pertandingan Choral Speaking Sekolah-Sekolah Menengah 2009, Kaelan telah membantu pasukan sekolah memenangi Johan (Peringkat Zon), Johan (Peringkat Daerah) dan Naib-Johan (Peringkat Negeri). Dalam tahun 2010 pula, pasukan sekolah memenangi Johan di Peringkat Daerah.
Beliau telah mengetuai pasukan perbahasan sekolah dan berjaya mencapai kemenangan  dalam beberapa pertandingan perbahasan. Dalam tahun 2010, pasukan perbahasan sekolah telah berjaya memenangi Naib Johan dalam pertandingan perbahasan Datuk Wira Cup (Peringkat Zon). Dalam pertandingan yang sama, anugerah “Best Speaker” di menangi oleh Kaelan. Dalam pertandingan Datuk Wira Cup 2011 pula, Kaelan dan pasukannya telah berjaya memperbaiki prestasi mereka dan memenangi Johan (Peringkat Zon), Johan (Peringkat    Daerah) dan Naib Johan (Peringkat Negeri). Dalam pertandingan tersebut, beliau sekali lagi dianugerahkan "Best Speaker (Peringkat Zon) dan Best Speaker (Peringkat Daerah). Dalam tahun 2010, Kaelan bersama ahli-ahli pasukan perbahasan yang lain telah menyertai 1st National Biotechnology British Parliamentary Debate dan berjaya memenangi Naib-Johan. Beliau juga membawa balik anugerah “Best Speaker Finalist” dan “Best Speaker Overall”  Peringkat Kebangsaan. Beliau juga terpilih untuk berkhidmat sebagai Editor dan Student  Reporter bagi beberapa acara sukan di peringkat daerah, negeri dan antarabangsa. Antaranya ialah Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor 2011, MSSM Ping-Pong 2011, MSSS Swimming 2011 dan 2nd Asean School Games 2010.

Kaelan juga bergiat aktif dalam sukan dan kini merupakan pemegang Black Belt (Taekwondo). Walaupun beliau banyak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum serta berkhidmat untuk sekolah, beliau pandai menguruskan masa dan tidak pernah mengabaikan pelajaran dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR (7A). Beliau juga merupakan penerima Anugerah Kumon National Gold Achiever untuk 6 tahun berturut-turut bermula dari 2006 - 2011. Sifat kepimpinan serta sikap Kaelan yang ceria, peramah, berbudi bicara dan sedia membantu  menjadikan beliau seorang yang amat disenangi oleh rakan-rakan serta guru-guru di sekolah. Beliau selalu menunjukan komiten yang tinggi terhadap segala yang diamanahkan dan tidak pernah berputus asa walaupun perjalanannya sebagai seorang Ketua Pengawas sentiasa mengharungi onak dan duri. Beliau bersyukur kerana telah mendapat sokongan padu daripada keluarga, rakan-rakan dan guru-guru sekolah setelah sekian lama ini. Kaelan berpegang teguh kepada prinsip "Work Hard and Play hard" untuk mencapai kecemerlangan. Bagi pelajar yang penuh bersemangat ini, jelaslah formula beliau telah membuahkan hasil dan terus akan menjadi pedoman hidupnya di masa akan datang. 
 SUMBER : BUKU PROGRAM HARI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2011

No comments:

Post a Comment