Tuesday, May 4, 2010

KENALI LENCANA SEKOLAH

LENCANA SEKOLAH


MAKNA WARNA-WARNA :

Lencana sekolah mempunyai pelbagai makna tersendiri. Warna biru (torqoise) melambangkan kesatuan dengan alam sekitar iaitu warna kebiruan langit dan lautan bergabung dengan kehijauan tanaman menghasilkan warna torqoise. 

Selain itu, warna merah yang terdapat dalam lencana bermaksud berhasrat penuh mencapai kecemerlangan dengan mempunyai sikap prihatin, penyayang dan mesra dari hati jantung yang berdarah merah

Lencana yang mempunyai warna kuning keemasan yang bererti kualiti kecemerlangan yang kami citakan. Warna putih pula membawa lambang keikhlasan wawasan sekolah.

MAKNA SIMBOL :
Tiga bintang yang terkandung dalam lencana sekolah melambangkan wawasan sekolah iaitu untuk mencapai kecemerlangan dari segi akademik, sukan dan moral. 
Disamping itu, lencana mempunyai empat batang anak panah yang berwarna merah dan biru bermaksud kerjasama dinamik antara pelajar, pendidik, ibu bapa dan masyarakat dalam usaha mencapai kecemerlangan. Mahkota yang berwarna kuning melambangkan konsep kendiri sekolah iaitu kita adalah wira.

COGAN KATA :
"Berusaha Menuju Wawasan".

No comments:

Post a Comment