Wednesday, June 1, 2011

LAWATAN KE SEREMBAN N9 - 2

Hari Kedua
Tarikh : 31 Mei 2011
Hari : Selasa
Aktiviti : " Seafield Fun Race" dan menunggang burung kasawari
Lokasi : StarFresh Agro Park, Jelita Ostrich Farm


 

Masa : 7.30 pagi - 9.00 pagi
Pada hari kedua iaitu 31 Mei 2011, aktiviti bermula pada jam 7.30 pagi dengan berjalan-jalan di sekitar kebun buah-buahan yang terdapat di  Starfresh Agro Park. Disitu, terdapat banyak kebun buah-buahan seperti buah belimbing, ciku, nangka dan sebagainya. Tepat jam 8.00 pagi, hidangan sarapan sudah tersedia dan semua peserta rombongan menikmati hidangan nasi lemak yang disediakan oleh pihak Starfresh Agro Park.

Morning Walk di sekitar StarFresh Agro Park
 

 Pokok buah-buahan di sekitar Agro Park
  
Sarapan pagi dengan nasi lemak + teh tarik/kopi
 

Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Aktiviti : "Seafield Fun Race"

Pada jam 9.00 pagi semua peserta berkumpul di dalam dewan untuk aktiviti seterusnya iaitu ‘Seafield Fun Race’ yang dikelolakan oleh dua orang instruktor yang dipanggil khas untuk aktiviti ini. Aktiviti tersebut bermula dengan pembahagian empat kumpulan iaitu ‘Hot Stuff’, ‘Angry Bird’, ‘Sexy Licious’ dan ‘I’m No. 4' yang terdiri daripada sepuluh orang peserta bagi setiap kumpulan. Seterusnya, setiap kumpulan diberikan tugas bagi melantik ketua kumpulan dan sorakan kumpulan masing-masing. Kemudiannya, permainan pertama yang diberi nama “Words Race” dimulakan. Di dalam permainan ini, semua kumpulan dikehendaki mendapatkan barang mengikut huruf yang terdapat pada perkataan ‘Seafield Fun Race’. Di situ, daya kreativiti setiap kumpulan dihitung berdasarkan barangan yang diperolehi. Aktiviti diteruskan dengan permainan seterusnya iaitu “Shaker Race”, “Puzzle Race” dan diakhiri dengan permainan “Moving Chairs”. Di akhir permainan, semua markah bagi setiap kumpulan dihitung dan kumpulan “I’m No.4” telah berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan. 

Pembahagian kumpulan - pilih "Leader", Nama kumpulan dan cheer
 

Kumpulan "Angry Birds" & "I'm No 4"
 

 Kumpulan " Hot Stuff" & "Sexy Licious"
 


Seafield Fun Race 1 : Words Race
Masa : 20 minit
Cara : Bergerak mengikut kumpulan di sekitar StarFresh Agro Park

 

  

Pelajar sedang menyusun barang yang dikutif mengikut kreatif kumpulan masing-masing
  

Seafield Fun Race 2 : “Shaker Race”
Masa : 30 minit
Cara : Setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk setiap kali pertandingan "Shaker"

  

 


Seafield Fun Race 3 : “Puzzle Race”
Masa : 20 minit
Cara : Setiap kumpulan perlu menyusun "Puzzle" yang disediakan mengikut giliran.
  


Seafield Fun Race 4 : “Moving Chairs”
Masa : 30 minit
Cara : Setiap kumpulan perlu menyusun kerusi sehingga ke garisan tamat

 

  
 
  

Pada jam 12.15 tengah hari, semua peserta rombongan berkumpul untuk menikmati hidangan tengah hari yang telah disediakan. Tepat jam 1.00 petang, semua peserta rombongan sudah bersiap sedia dengan barangan masing-masing untuk menuju ke destinasi yang terakhir sebelum bertolak pulang ke Subang Jaya. Namun sebelum bertolak, semua peserta rombongan sempat merakamkan gambar kenangan di hadapan Starfresh Agro Park.
 

 Seterusnya, pada jam 1.15 petang rombongan mula bergerak menuju ke destinasi terakhir iaitu “Jelita Ostrich Farm”. Rombongan tiba di “Jelita Ostrich Farm” pada jam 2.00 petang dan ketibaan semua peserta disambut mesra oleh pengurus ladang tersebut. Sebelum dibawa melawat ke keseluruhan ladang burung kasawari, semua peserta diberikan satu taklimat ringkas berkenaan ciri-ciri burung kasawari serta ciri-ciri keselamatan semasa berada di dalam ladang. Selepas itu, semua peserta rombongan dibawa melihat sendiri semua burung kasawari yang terdapat di dalam ladang tersebut. Peserta rombongan juga diberi peluang untuk memberi makan burung serta menguji ketahanan telur burung kasawari dengan berdiri di atas telur burung tersebut. Selain itu, semua peserta diberikan peluang keemasan bagi menunggang burung kasawari dan setiap peserta yang menunggang burung kasawari akan diberikan sijil sebagai pengiktirafan kejayaan. Selepas itu, semua peserta rombongan diberi peluang bagi menyaksikan perlumbaan tiga ekor burung kasawari yang dianjurkan sendiri oleh pihak ladang. Setelah puas berjalan, semua peserta rombongan dibawa untuk singgah ke kedai cenderamata yang terdapat di dalam ladang tersebut. Di dalam kedai cenderamata itu, terdapat pelbagai jenis barangan yang diperbuat daripada burung kasawari contohnya beg tangan, kasut, set kecantikan dan sebagainya. 
 Para pelajar berdiri di atas telur burung kasawari
  

  
  
  
begitu seronok menunggang burung kasawari
 


 


 


 


 


 

   

  


 

 
Pada jam 3.15 petang, rombongan mula bertolak pulang ke Subang Jaya tetapi di dalam perjalanan, rombongan singgah sebentar Hentian R&R Seremban. Selepas itu, pada jam 4.30 petang, rombongan meneruskan perjalanan pulang dan tiba di SMK Seafield pada jam 5.30 petang. Walaupun semua peserta kelihatan penat namun, pengalaman yang diperolehi sepanjang lawatan tidak akan dapat dilupakan. Diharapkan semoga lawatan seumpama ini akan diteruskanpada masa akan datang  supaya semua pelajar dapat memperoleh pengalaman dan menimba ilmu yang tidak mungkin diperolehi di dalam kelas. 


Bergambar di depan sekolah bersama En Lawrence

TERIMA KASIH


Visit to Seremban: Day 2
Date: 31st May 2011
Day: Tuesday
Activities: “Seafield Fun Race”, ostrich farm visit.
Locations: StarFresh Agro Park, Jelita Ostrich Farm
Time: 7:30-9:00 a.m.

            The wake-up call was at 7:30 on the morning of our last day at StarFresh Agro Park. Since we had about one and a half hours before breakfast, most of the students decided to take a walk around. The area around the resort is planted with a variety of fruit and flower trees, including ciku, star fruit and jackfruit. Some of the more daring students even took a hike up the nearby hills! There’s nothing like a good walk to work up an appetite, so everyone returned to the resort for a hearty breakfast of nasi lemak, fruit and coffee prepared by the StarFresh Agro Park staff. The meal replenished lost energy and helped us get ready for the next activity: the Seafield Fun Race.
 Time: 9:00 a.m.-12.00 noon
            The name says it all. The Seafield Fun Race was organized by Justin, who presides over similar activities at other leadership camps. The first order of business was to split the party up into four groups, pick a leader for each group, and devise a name and cheer for the group. The four groups were finally named Hot Stuff, Sexylicious, Angry Birds and I Am Number 4. Among the activities we had to do were the Word Race, Shaker, Puzzle Race and Moving Chairs. In the end, I Am Number Four moved up to number one, Hot Stuff blazed a trail to second place, Sexylicious sashayed into third and Angry Birds banged their way into the final spot.
Fun Race 1: Word Race
Aim: Find things beginning with each of the letters in “Seafield Fun Race”
Fun Race 2: Shaker
Aim: Shake as much as you can within a minute
Fun Race 3: Puzzle Race
Aim: Solve the puzzle with your teammates – one piece at a time
Fun Race 4: Moving Chairs
Aim: Move the chairs across the finish line without falling off them.
            By 12:15, we were all hungry after so much fun. Thankfully, the staff of the resort had prepared yet another delicious meal for us. By 1:00, we had to pack up and check out. Before we did, though, we managed to get a few photos for memories at the StarFresh Agro Park.
            Our next stop was the Jelita ostrich farm. We started our journey at 1:15 and got there at 2:00 p.m. Before we actually got to meet and greet the ostriches proper, we went through Ostrich 101: a little tutorial on the characteristics of an ostrich. The next few hours were filled with new experiences for everyone: most of us had never actually met an ostrich, let alone touched one, fed one or even ridden one, but we did all of that and even got a certificate that acknowledged us as ‘qualified ostrich jockeys’. And if that wasn’t enough, we got to test the strength of ostrich eggs by standing on them, watched an ostrich race and ended the visit by trying out ostrich satay.
            At 3:15, we were on the road back to Subang Jaya. The only stop we made was at the R&R in Seremban. By 5:30 we were back at Seafield. Though tired, we were glad that we had gone. The trip was a short one, but we gained experiences that could not have been learned in a classroom. I for one hope that if another opportunity presents itself, we can go on another quest to gain more knowledge.

 Written by Nandynii Thevathevan (5B 2011)

Thanks For The Happy Memories!! :)

No comments:

Post a Comment