Sunday, June 20, 2010

DIARI LAWATAN MESRA 1SEAFIELD - PHNOM PENH (7)

Hari Keempat
Tarikh : 11 Jun 2010
Hari : Khamis
Masa : 6.00 pagi - 1.30 petang
Lokasi : Phnom Penh - KLIA Malaysia

Masa : 6.00 - 7.00 pagi
Lokasi : Sekolah "So Thearos"(Menengah & Rendah), Phnom Penh
Kami telah bangun lebih awal satu jam kerana tersilap dengan waktu Malaysia oleh Pn Tan GS. Disebabkan masih awal, kami berdua pun bersiar-siar di sekitar Hotel  Almond dan terjumpa sebuah sekolah. Dengan tidak membuang masa, kami pun mengambil kebenaran untuk masuk ke sekolah. Kami berbual-bual dengan seorang guru dan beberapa pelajar dan dapat maklumat tentang nama sekolah. Sekolah ini adalah gabungan sekolah rendah dan menengah. Kami pun mengambil kesempatan mengambil gambar bersama guru dan pelajar sekolah. Kemudian kami mendapat kebenaran untuk melihat keadaan dalam kelas sekolah rendah dan menengah. Walaupun keadaan perabot nampaknya lama tetapi sangat bersih dan kemas. 

Bersama pelajar Kemboja yang berjalan kaki ke sekolah & Pintu Masuk Utama Sekolah
 

Budak-budak sedang bermain kad permainan & Gambar bersama guru sekolah
 

Uniform pelajar Kemboja adalah berwarna putih untuk baju dan biru untuk seluar panjang/skirt. Yang memeranjatkan kami ialah pelajar sekolah Kemboja masih memakai kasut seliper berwarna-warni ke sekolah. Para pelajar juga perlu bayar KHR 200 (lebih kurang RM0.20) untuk meletakkan basikal mereka di sekolah.

Seliper berwarni-warni pelajar Kemboja
 

Pelajar menengah sedang menyusun meja kerusi & reka bentuk meja kerusi
 

Bilik Darjah & Sekeliling Bangunan Sekolah Rendah
 

Pelajar masuk ke sekolah & tempat letak basikal pelajar
 

Bangunan Sekolah Menengah
 

Masa : 7.00 - 8.00 pagi
Lokasi : Almond Hotel, Phnom Penh
Kami balik semula ke hotel dan nampak rakan-rakan lain telah makan sarapan pagi di restoran hotel. Pn Chong kelihatan begitu anggun dengan batu permata yang baru beli. Pn Ung sedang mencuba roti Perancis yang terkenal di Kemboja.
Pn Ung LL dan Pn Chong IK
 

Masa : 8.00-8.25 pagi
Lokasi : Russian Market, Phnom Penh
Kami bergerak dengan pantas untuk "Last Minute Shopping" di Russian Market. Pelbagai jenis cenderamata dibeli oleh rakan-rakan sebelum balik ke Malaysia. Selepas itu, kami bertolak ke "Airport" Phnom Penh dan sampai pada pukul 10.30 pagi.
Russian Market
 

Masa : 11.10- 12.10 (Tengahari)
Lakosi : Phnom Penh, KLIA Malaysia

Kami bertolak ke "Airport" Phnom Penh, check In dengan Flight "MH 755". Dengan mengambil masa lebih kurang satu jam dalam "flight", kami selamatnya sampai ke KLIA Malasyia pukul 1.10 petang waktu Malaysia. Satu Lawatan yang begitu bernilai dan tidak boleh dilupakan oleh kami.

Guru-guru begitu gembira dapat membeli-belah sebelum balik & "Airport" Phnom Penh
 



 "Home Sweet Home"

sehari dalam sejarah
tss@seafield

No comments:

Post a Comment