Saturday, September 22, 2012

Pelajar Wawasan Seafield 2012



Eugina Edwin Galan, Pelajar Wawasan Seafield 2012
Eugenia anak Edwin Galan dilahirkan pada 12 November 1995.  Anak kedua kepada Edwin Galan Teruki dan Tay Ti Mei dalam keluarga empat beradik.

Eugenia menerima pendidikan awal di rumah bersama adik-beradik beliau di bawah bimbingan ibunya, seorang bekas guru. Pada 2008, beliau meneruskan pendidikannya di Sekolah Menengah Sri Sempurna, KL. Eugenia  telah dipilih sebagai Olahragawati Terbaik (Bawah 15) dan turut diplilih untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Terbuka Wilayah Persukutuan dalam acara 100m dan pada tahun yang sama.

Pada tahun 2009 beliau meneruskan persekolahan menengahnya di SMK Seafield. Semasa berada di Tingkatan 2,  beliau telah menyertai pertandingan Olahraga dalam MSSD sehingga mewakili Daerah Petaling Perdana ke peringkat MSSS.

            Pada tahun 2010 pula, Eugenia telah mendapat pingat emas dalam acara 100m, 200m, 400m, 4x100m, dan 4x400m, MSSD semasa mewakili SMK Seafield. Seterusnya, beliau dipilih mewakili Petaling Perdana dalam Kejohanan Olahraga MSSS dan berjaya mendapat pingat emas dalam acara 4x400m, pingat perak dalam acara 440m dan 4x100m serta pingat gangsa dalam acara 100m. Eugenia dipilih mewakili Negeri Selangor dalam Kejohanan MSSM di Johor dan mendapat tempat ke-6 dalam acara 400m dan 4x100m(bawah 15 tahun). Pada tahun  yang sama, beliau dinobatkan sebagai Olahragawati SMK Seafield disamping memecahkan 2 rekod dalam acara , 200m dan 400m.

            Eugenia turut aktif dalam aktiviti sekolah dengan memegang jawatan Naib Setiausaha Kelab Olahraga, dan Pengerusi Rumah Hijau. Eugenia telah dipilih menyertai “KL/PJ Leaders Conference” mewakili Persatuan Kristian SMK Seafield dan menganjurkan pelbagai aktiviti. Walaupun terikat dengan jadual latihan kesukanan yang berterusan sepanjang tahun, beliau mampu memperoleh 7A dalam PMR.

            Pada tahun 2011, Eugenia telah mewakili sekolah pada peringkat MSSD dan berjaya mendapat 5 pingat emas dalam acara 100,m 200m, 400m, 4x100m,  dan 4x400m seterusnya memecahkan rekod 4x100m Petaling Perdana selama 6 tahun. Seterusnya Eugenia meraih 4 emas dalam Kejohanan MSSS dalam acara 100m, 200m, 400m, dan 4x400m manakala pingat perak dalam 4x100m. Pada peringkat MSSM , Eugenia telah mendapat tempat ke-5 dalam acara 400m dan layak ke pusingan akhir untuk 200m dan 4x400m. Beliau turut terpilih mewakili Selangor ke Kejohanan Amatur Olahraga Malaysia di Perlis (Kelayakkan untuk Sukan SEA) dan berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara 4x400m. Beliau juga menyertai Kejohanan Olaharaga Terbuka Negeri Sembilan dan mendapat tempat ke-4 dalam acara 400m. Sekali lagi, beliau dinobatkan sebagai Olahragawati SMK Seafield dengan memecahkan 3 rekod sekolah dalam acara 100m, 200m, dan 400m.

            Tahun 2012 masih lagi melayakkan beliau sebagai Olahragawati sekolah bawah 18 apabila berjaya mendapat pingat emas dalam acara 100m, 200m, 400m, (kesemua merupakan Rekod Baru) dan 4x100m. Begitu juga peringkat MSSS, beliau turut meraih pingat emas dalam acara 100m, 200m, 400m(Rekod Baru) 4x400, pingat perak untuk acara 4x100m dan dinobatkan sebagai Olahragawati bawah 18 Selangor. Dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Selangor beliau berjaya mendapat gangsa dalam acara 400m dan 4x400, ke-4 dalam acara 4x100. Seterusnya dalam Kejohanan SUKSES IX (Sukan Selangor) mendapat pingat emas dalam acara 400m dan 4x400 serta pingat gangsa dalam acara 4x100. Dalam acara 4x100 Jemputan Kejohanan Balapan & Padang MSSM Negeri Sembilan beliau berjaya mendapat pingat emas seterusnya mewakili Selangor untuk SUKAN MALAYSIA (Kejohanan Balapan dan Padang) dan mendapat tempat ke-6 dalam acara 400m, dan 4x400m.

            Beliau amat bersyukur kepada Tuhan dan ingin melafazkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa, keluarganya dan guru-guru yang sentiasa memberi sokongan moral.

( SUMBER BUKU PROGRAM HARI KOKU 2012)

TAHNIAH DAN SYABAS