Monday, August 30, 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53


Pada hari ini, pihak sekolah telah menyambut hari kemerdekaan dengan sederhana tetapi meriahnya dengan persembahan oleh pelajar untuk memperingatkan hari yang bersejarah bagi negara kita. Aktiviti menyambut Hari Kemerdekaan diraikan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Aturcara adalah seperti berikut :
Tarikh : 30 Ogos 2010
Hari : Isnin
Tempat : Tapak perhimpunan SMK Seafield
Masa : 7.30 pagi
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor
  • Bacaan Doa
  • Lafaz ikrar Rukun Negara
  • Bacaan perutusan daripada Perdana Menteri, Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  • Persembahan pelajar
  • Nyanyian lagu-lagu Patriotik
  • Laungan Merdeka
Pengacara majlis En. Jafny & Bacaan perutusan Perdana Menteri oleh Pn Pengetua Teh Seok IM
  

Bacaan perutusan Menteri Pelajaran oleh PK Ko-ku En Abdul Rahim &
Bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Penyelia Petang En Musawir Jamshaid
 

Deklamasi sajak merdeka oleh pelajar

Nyanyian lagu 1Malaysia ciptaan pelajar tingkatan 6

Persembahan kumpulan "choral speaking" dipimpin oleh Hana

Nyanyian lagu-lagu patriotik oleh warga Seafield

Laungan "Merdeka" 7 kali oleh semua warga seafield dipimpin oleh En.Tasnim

Sambutan Hari Kemerdekaan sesi petang disambut dengan meriahnya oleh pelajar Tingkatan satu dan dua. Mereka nampaknya sangat gembira dan seronok dapat menyambut hari kemerdekaan pada hari ini dan melihat persembahan oleh kawan-kawan mereka. Yang penting ialah para pelajar faham dan dapat mengingat hari yang bersejarah ini.
Tarikh : 30 Ogos 2010
Masa : 1.00 Tengahari
Tempat : Dewan Seri Kenangan

Guru sejarah menunjukkan semangat petriotik & para warga seafield

Persembahan "Power Point" tentang detik-detik perjuangan kemerdekaan oleh panitia sejarah

Persembahan tema "masyarakat 1Malaysia"
 


Deklamasi sajak merdeka dan 1Malaysia
   

Persembahan kumpulan koir sekolah
 

1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

tss@seafield

Sunday, August 29, 2010

Jalur Gemilang

  

"Kibarkan jalur gemilang, nyanyian lagu Negaraku". Inilah seruan yang sering dibuat oleh kerajaan setiap kali rakyat Malaysia merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Kepentingan mengibarkan bendera Malaysia ini selaras dengan maksudnya yang melambangkan imej rakyat dan negara yang membina semangat patriotismenya serta sanggup berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Pemilihan nama bendera Malaysia
Selama 47 tahun digelar bendera Malaysia, pada ulang tahun kemerdekaan yang ke-40 pada 1997, namanya ditukarkan kepada Jalur Gemilang. Nama ini dicadangkan oleh Redzuan Tamin, pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti dalam satu peraduan. Beliau berjaya menewaskan 28 peserta yang mencadangkan pelbagai nama.

Nama bendera Malaysia telah disytiharkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada malam 31 Ogos 1997 sempena hari kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Makna tersirat Jalur Gemilang
Jalur pada bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus dan sama arah dianuti oleh rakyat negara ini. Gemilang pula bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan manaikkan imej negara.

Sambutan Bulan Patriotisme & Kemerdekaan di Sekolah

   
Seperti kita sedia maklum, bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan negara kita. Pada 31 Ogos 2010 genap 53 tahun Malaysia bebas daripada penjajahan British. Tentulah kita pernah baca atau menonton bahawa momen bersejarah tatkala Tanah Melayu menerima pengisytiharan kemerdekaan tepat detik 12 tengah malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur. Kemuncak acara itu adalah upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat dan setaraf dengan semua negara-negara berdaulat di dunia.

Bagi mengingati hari penuh bersejarah itu pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak panitia bagi memupuk semangat patriotik dalam diri pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Ogos adalah seperti berikut :
  • Perasmian Bulan Patriotisme
  • Pemberian tanda lencana kepada semua warga sekolah
  • Pertandingan menulis esei 
  • Pertandingan menyanyi lagu patriotisme
  • Pertandingan melukis potrait tokoh perjuangan kemerdekaan
  • Pertandingan deklamasi sajak kemerdekaan
  • Pertandingan kiuz kemerdekaan
  • Perrsembahan multimedia menyambut Hari kemerdekaan
Semua pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri dalam pertandingan tersebut.
Perasmian Bulan Patriotisme & Kemederkaan pada 9 Ogos 2010
   

Penerimaan Lencana 1Malaysia oleh pengerusi kelab guru Pn Doris dan ketua kerani Pn Hamidah
daripada Pn Teh Seok Im, pengetua SMK Seafield
 

Ketua pelajar Justin Wong Ping Shen menerima lencana 1Malaysia daripada Puan Pengetua
 

Kuiz Mederka sempena perasmian Bulan Patriotisme oleh pengacara majlis En. Tasnim
 

Pameran di Pusat Sumber sekolah 
 

Kuiz Kemederkaan pada 20 Ogos 2010 dikendalikan oleh Cikgu Sophia dan Cikgu Hafizah
 

Pertandingan melukis potret tokoh kemerdekaan dan sambutan kemerdekaan (pagi)
dikendalikan oleh cikgu Norsuzana dan cikgu Lim Ong Lang
     

Cikgu Ng Shwu Leng (guru seni) dan cikgu Hafizah menunjukkan hasil kerja pelajar yang terbaik
   

Terima kasih kerana bersama-sama menjayakan program Bulan Patriotik dan kemerdekaan.



tss@seafield

Saturday, August 14, 2010

TAHNIAH ! PELAJAR WAWASAN SEAFIELD 2010

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Danial bin Mohd Zian yang telah dianugerahkan sebagai Pelajar Wawasan SMK Seafield dan Anugerah Khas Pengetua sempena Majlis Kecemerlangan Kokurikulum pada :

Tarikh : 5 ogos 2010
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Seri Kenangan

Danial membaca doa pada setiap perhimpunan pagi & Sukan Tahunan di Padang MPSJ
  

Gambar diambil semasa perasmian Bulan Perayaan Kemerdekaan peringkat sekolah pada 9 Ogos
  

Muhammad Danial bin Mohd Zian dilahirkan pada 6 Januari 1993. Anak kelahiran Johor ini merupakan anak kepada Encik Mohd Zian Johari yang pernah bertugas sebagai ketua pengarang Berita Harian sebelum kini bertugas sebagai pengarang akhbar Transisi. Ibunya, Armizar binti Ariffin bekerja sebagai seorang kerani di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Danial Zian menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan USJ 2 selama 6 tahun sejak 2000 hinggalah 2005. Selama berada di sekolah rendah, beliau terlibat secara aktif terutamanya dengan aktiviti pasukan pengakap sekolah dan lembaga pengawas. Beliau berkhidmat sebagai seorang pengawas sejak akhir darjah 3 sehinggalah darjah 6 dan pada tahun akhir perkhidmatan, telah diberi kepercayaan menjadi Ketua Pengawas. Beliau juga menjadi pengerusi projek PIBG pertama sekolah tersebut dengan mengumpul dana bagi membina taman refleksologi. Selain itu, beliau turut menyertai pertandingan seperti marhaban, berpidato dan berpantun. Akhir sekali, beliau mendapat keputusan 5A dalam UPSR serta dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Tahun 2005 peringkat sekolah.

Pada tahun 2006, beliau meneruskan persekolahan menengahnya di SMK Seafield. Pada yang tahun sama, beliau telah menyertai Pertandingan Syarahan Agama Peringkat Zon dan mendapat keputusan Johan. Namun demikian, beliau hanya mendapat tempat ke-4 pada peringkat daerah.

Semasa berada di Tingkatan 2, beliau menjadi seorang pengawas percubaan dengan cadangan seorang guru disiplin. Malah, beliau turut melibatkan diri dengan Kid Witness News, sebuah pertandingan videografi peringkat kebangsaan. Pada tahun tersebut juga, beliau terpilih menyertai pasukan Drama Bahasa Inggeris sekolah dan mendapat tempat kedua. Kemenangan ini melayakkan pasukan SMK Seafield mara ke peringkat daerah tetapi tidak mendapat apa-apa tempat.

Beliau bukan sahaja terlibat secara aktif di dalam sekolah malah di luar sekolah. Beliau merupakan ahli aktif rukun tetangga, melibatkan diri dengan aktiviti gotong-royong dan sebagainya. Beliau juga pernah menyertai pertandingan video anjuran Jerneh Insurance peringkat kebangsaan dan mendapat Johan kategori A, iaitu kategori sekolah menengah. Beliau juga telah berkhidmat bagi MSSM Aquatik peringkat kebangsaan dan juga ASEAN sebagai AJK Publisiti dan Seranta.


Antara pertandingan lain ialah Pertandingan Kereta Solar dan Pertandingan Forum Remaja di mana kedua-duanya menempah tempat ketiga. Beliau juga terlibat dengan Pertandingan Drama Bahasa Inggeris pada tahun 2007 dan 2009. Kedua-dua tahun tersebut, beliau berjaya mendapat tempat kedua pada peringkat Zon dan mewakili zon pada peringkat daerah. Namun demikian, pencapaian yang paling membanggakan beliau ialah Pertandingan Syarahan Agama kerana pada tahun 2010, beliau merupakan pelajar Seafield pertama yang layak sehingga peringkat negeri Selangor. Pertandingan ini telah beliau sertai sejak tingkatan satu hinggalah tingkatan lima. Biarpun beliau tidak memenangi apa-apa hadiah pada peringkat tersebut, hal ini patutnya dijadikan inspirasi bagi Seafield terus menempah nama terutamanya dalam syarahan agama.

Sejak tahun 2007 juga, Danial Zian merupakan seorang pengawas sekolah. Sejak awal juga, beliau telah diberikan kepercayaan untuk membaca doa pada setiap perhimpunan sehinggalah lanjut ke sesi pagi. Beliau juga turut berjinak-jinak untuk terlibat kemahiran PA dan teknikal. Pada pertengahan tahun 2009, beliau telah berkempen untuk menjadi seorang ketua pengawas. Berkat usaha gigih dan sokongan semua pihak, beliau tetap menjadi Penolong Ketua Pengawas bagi sesi 2009/2010 dan terus berusaha membantu Lembaga Pengawas meningkatkan nama baik sekolah. Beliau juga merupakan pengerusi Kadet Bomba serta Naib Pengerusi Kelab Kerjaya.

Beliau merupakan seorang yang gigih dan tidak putus asa biarpun kadangkala banyak rintangan dan halangan yang dihadapi. Pengurusan masa juga sangat penting terutamanya apabila sibuk dengan tanggungjawab yang diamanahkan. Oleh itu, sokongan keluarga, guru dan rakan-rakan sangat penting bagi menghadapi semua masalah. Beliau berpegang kepada prinsip “Tanpa kegagalan, tiadalah kejayaan”.
MURIDKU ANAKKU SAYANG
sehari dalam sejarah
tss@seafield