Sunday, August 29, 2010

Jalur Gemilang

  

"Kibarkan jalur gemilang, nyanyian lagu Negaraku". Inilah seruan yang sering dibuat oleh kerajaan setiap kali rakyat Malaysia merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Kepentingan mengibarkan bendera Malaysia ini selaras dengan maksudnya yang melambangkan imej rakyat dan negara yang membina semangat patriotismenya serta sanggup berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Pemilihan nama bendera Malaysia
Selama 47 tahun digelar bendera Malaysia, pada ulang tahun kemerdekaan yang ke-40 pada 1997, namanya ditukarkan kepada Jalur Gemilang. Nama ini dicadangkan oleh Redzuan Tamin, pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti dalam satu peraduan. Beliau berjaya menewaskan 28 peserta yang mencadangkan pelbagai nama.

Nama bendera Malaysia telah disytiharkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada malam 31 Ogos 1997 sempena hari kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Makna tersirat Jalur Gemilang
Jalur pada bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus dan sama arah dianuti oleh rakyat negara ini. Gemilang pula bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan manaikkan imej negara.

No comments:

Post a Comment