Wednesday, June 16, 2010

DIARI LAWATAN MESRA 1SEAFIELD - ANGKOR THOM (3)

Hari Kedua
Tarikh : 9 Jun 2010 (Rabu)
Lokasi : Angkor Thom (World Heritage Site by UNESCO), Siem Reap.
Masa : 8.00-12.00 tengahari
Gelaran : "The Magnificent City".

Masa : 8.00 pagi
Lokasi : Angkor Land Hotel
Tertarik dengan Taxi Motorsikal "tuk-tuk" di Siem Reap
 

Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Laluan Utama Angkor Thom
Pagi ini semua bangun awal dan jumpa di restoran hotel untuk sarapan pagi. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan kami masih terikat dengan waktu di Malaysia (lebih awal satu jam). Kami telah bertolak dari hotel pukul 8.00 pagi dan menuju ke "Angkor Thom City". Kami telah berhenti di kaunter untuk membeli tiket berharga USD 25 satu hari. Selepas itu, kami singgah di pintu selatan Angkor Thom dan membeli topi Kemboja setiap orang (5 topi untuk USD 12). Tiket ini perlu disimpankan sepanjang masa untuk ditunjukkan bagi setiap temple atau tempat yang kami lawati. Selamat mengeksplorasi "Bandar Angkor Thom".
Kaunter Masuk Angkor Wat
  

Tawar Menawar Harga Oleh Pn Chong
  

Laluan utama : di Pintu Selatan "Angkor Thom City" 
  

Puan Pengetua bersama suami tersayang
  

Masa : 9.00-10.00 pagi
Lokasi : Angkor Thom City ; Bayon Temple, Baphoun, Elephant dan Leper King Terrace dan Phimeanakas.
Bandar "Angkor Thom" telah di bina oleh Raja Jayavarman VII pada abad 12-13 masihi. Bandar ini mempunyai lima pintu masuk dan kami telah menggunakan pintu utama masuk selatan ke bandar. Raja Jayavarman telah menggunakan Angkor Thom sebagai ibu kota bagi Kerajaan Angkor. "Bayon Temple" telah dibina di tengah-tengah bandar Angkor Thom. Kami telah mendengar cerita pembinaan Bayon temple dan ukiran pada temple oleh Senchey.
Guru-guru tertarik dengan cerita dan ukiran di atas dinding Bayon Temple
  

Aksi-aksi guru di sekitar Bayon Temple
  

Reka Bentuk Bayon Temple
   

Alam sekeliling Bayon Temple
  

Gambar : Abdul Rahman Khalid
 

 


10.00-11.00 pagi
Baphoun Temple
Selepas Bayon Temple, kami pun mengikut "Senchey" menuju ke Baphoun Temple. Baphoun Temple telah dibina pada pertengahan abad ke-11 oleh Raja Udayadityavarman II. Temple ini dibina berasaskan kepada Agama Hindu dan reka bentuk Baphuon. Pembinaan bercorak gunung terletak ditengah-tengah bandar Angkor Thom dan dikatakan mempunyai pandangan yang cantik di tingkat atas sekali. Kami tidak berpeluang masuk ke dalam Temple tersebut kerana masih di bawa pembinaan. Kami hanya dibenarkan masuk mengikut lorong utama ke Temple dan sambil kami jalan sambil kami menyanyi dan bersukaria.

Laluan Utama Ke Temple Baphoun & Masih di bawah pembinaan
   

Baphoun Temple
 

Selepas tamat lorong utama, kami pun jalan mengikut arah ke kanan dan menuju ke "Phimeanakes". Tetapi semasa perjalanan menuju keluar, kami "shopping" lagi kerana terdapat ramai penjual wanita dan kanak-kanak akan mengikut kami sepanjang masa. Kalau nak beli, perlu pandai tawar harga. Kalau tidak berminat, diam dan senyum sahaja...... Saya nampak Encik Zaharudin beli... Ms Goh beli.....Pn Chong sambil nyanyi sambil jalan.......sambil "shopping".
Pn Chong IK 
 

En Zaharudin & Pn Ung
 

11.00-12.30 tengahari
Disebabkan cuaca agak panas dan haus, kami pun duduk berehat di depan kedai-kedai jualan sementara menunggu kawan-kawan lain. Sekali lagi, ramai penjual akan mengelilingi kami untuk mempromosikan barang mereka. Sempat menanya seorang budak kecil dan memberitahu kami mereka akan pergi sekolah pada petang. Nampaknya, sejak kecil mereka telah belajar berusaha kerja untuk membantu keluarga mereka. Kalau di Malaysia... budak itu sepatutnya berada di sekolah atau di rumah.. dalam jagaan yang baik oleh Ibu bapa.

"Phimeanakas: The King's Temple atau Royal Temple
Temple ini telah dibina oleh Raja Jayavarman V pada awal abad ke 11 yang berunsur Agama Hindu. Reka bentuk temple ini juga berbentuk gunung. Disebabkan cuaca agak panas dan penat menyebabkan tiada orang berminat lagi untuk mendaki temple tersebut. Kami pun mengambil gambar untuk ingatan.

Temple Phimeanakes
   


"Terrace of the Elephants dan Leper King"
Kemudian kami pun menuju keluar dan melalui "terrace of the elephants". Ketinggiannya lebih kurang dua- tiga  meter dan terletak di depan "Baphuon dan Phimeanakas Temple". Ukiran di dinding terdiri daripada gajah dan dibina oleh Raja Jayavarman VII dan penggantinya pada akhir abad ke-12. Terrace ini dibina berunsurkan agama Buddha.

Terrace of The Elephants dan Leper King di panjang jalan
 


Disebabkan sudah melalui masa lebih kurang 900 tahun dan tinggalkan hanya tempat untuk jalan. kami pun tidak sedar apabila melalui terrace tersebut. Di sini kami baru sedar bahawa tempat bersejarah ini kekurangan papan tanda untuk menunjuk arah tempat dan maklumat.

Dimana "Terrace of Leper King" ?
Kami beberapa orang lambat kerana "shopping" lagi. Sekali lagi Ms Goh dan Pn Chong beli.
Terrace ini terletak di sebelah terrace of elephants dan bahagian utara Bandar Angkor Thom. Temple ini telah dibina oleh Raja Jayavarman VII pada akhir abad ke 12 berunsurkan agama Buddha. Terrace ini dinamakan "Leper King" kerana terdapat patung Leper King duduk (replika) di atas sekali pada terrace. Yang original telah dipindah dan terletak di "National Muzium" Phnom Penh. Tiada maklumat tentang asal usul Leper King tetapi ia ada kaitkan dengan legenda kerajaan Angkor.
Terrace of Leper King
 

Selepas ini, kami pun menuju ke bas persiaran dan bersedia untuk makan tengahari di bandar Siem Reap. Di dalam bas, Pn Chong teringat Topi Kemboja beliau tertinggal di salah satu kedai semasa sibuk dengan "shopping". Tapi ini bukan masalah, boleh beli lagi di mana-mana........tempat pelancongan kawasan Siem Reap.

12.30-2.00 petang
Restoran Tonle Mekong, Siem Reap
Kami keluar semula dari tempat bersejarah ini dan makan tengahari di Restoran Tonle Mekong di Bandar Siem Reap. Makanan yang dipamerkan juga bercorak tempatan dan internasional. Sebelum mula makan, Encik Abdul Rahim dan Encik Zaharudin pun sibuk menelepon balik untuk menghilangkan rindu pada keluarga di Malaysia walaupun pada hari kedua sahaja. Disebabkan cuaca panas dan banyak berjalan, kami pun berasa sangat lapar dan menikmati makanan yang dihidangkan dengan penuh kegembiraan. Selepas itu, bersiap sedia dan bertolak ke Angkor Wat "Sevan Wonders' of the world" pada pukul 2.00 petang.

En Abdul Rahim & En. Zaharudin & Restoran Tonle Mekong, Siem Reap
 


sehari dalam sejarah
tss@seafield

No comments:

Post a Comment