Tarikh : 9 Jun 2010
Hari : Rabu
Masa : 5.30 - 7.30 malam
Latar Belakang Temple di Bakheng Hill
Temple di atas bukit "Bakheng" telah dibina oleh Raja Yasovarman I pada akhir abad ke-9 dan awal abad ke-10. Ia merupakan temple utama pada zaman pemerintahan beliau. Pembinaan temple ini adalah berasaskan kepada bentuk bukit dan batu yang sedia ada di kawasan bukit tersebut. Pemandangan yang paling cantik adalah pada waktu senja untuk melihat matahari hampir terbenam.
Temple di "Bakheng Hill"
Kami sampai di kaki bukit "Bakheng Hill" pada pukul 5.30 petang (tidak jauh dari Angkor Wat Temple). Terdapat setengah guru merasa tidak bermaya lagi apabila dengar perlu mendaki bukit untuk sampai ke puncak "Bakheng Hill". Jangan risau, ada plihan lain untuk orang yang tidak mahu mendaki ke puncak bukit, mereka boleh menaiki gajah yang disediakan (USD 25 sehala) dan menjadi Raja untuk sampai ke puncak bukit. Lihat... siapa yang menjadi Raja sehari Angkor....Yang lain (rakyat biasa) telah menjalan kaki dan mendaki bukit tersebut.
Puan Pengetua bersama suami tersayang
Gambar ini diambil semasa perjalanan (Jalan Gajah) ke Bakheng Hill
Pandangan ke Angkor Wat dari Hutan (Gambar : Teh Seok Im)
kami yang berjalan kaki mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk sampai ke puncat bukit. Pemenang pertama ialah Pn Chong. Walaupun sudah sampai ke puncak, tetapi bukan semua orang boleh mendaki ke atas temple tersebut. Seperti biasa, temple ini nampak tinggi, tangga sempit dan terdapat kerosakan tangga dan curam. Yang berminat dan berani terus mendaki temple.. yang lain duduk dan tunggu. Kali ini saya nampak lebih ramai mendaki ke atas temple..Puan Pengetua, Pn Chong, Ms Goh, En Zaharudin, En Abdul Rahim, Ms Teh dan saya sendiri...
Wah, sudah sampai ke tempat tertinggi temple dan nampak ramai pelancong telah duduk menunggu matahari terbenam. Kami nampak tiga orang wanita mengandung juga mampu mendaki ke tempat ini.
Mendaki ke Puncak Bakhing & Temple di Puncak Bukit
Proses mendaki ke puncak tertinggi Temple (Tempat pemujaan)
Guru-guru bersemangat untuk mendaki ke puncak bukit (Gambar : Abdul Rahim Bin Khalid)
Pandangan jauh Angkor Wat dari "Bakheng Hill"
Pn Ung, Pn Chong dan En Zaharudin begitu gembira sudah sampai puncak
Kami juga menunggu Waktu Senja & Wawacara Pn Chong oleh En Abdul Rahim
Tempat pemujaan terletak di tengah temple & para pelancong sedang menunggu waktu senja
En. Zararudin dan En Abdul Rahim bergaya di depan kamera
Pandangan Waktu senja di 'Bakheng Hill"
7.00-7.30 malam
Selepas melihat waktu senja di "Bakheng Hill", kami bergerak dengan perlahan-lahan turun daripada temple dan berjalan kaki turun ke kaki bukit untuk berkumpul dengan kawan yang lain. Kami kemudian balik semula ke bandar Seam Reap untuk makan malam di sebuah hotel. Kami balik ke hotel dan kemas barang-barang untuk ke Bandar Phnom Penh pada 8.00 pagi. Selamat malam.
Proses turun dari Temple & Malam Malam di Siem Reap
Turun ke kaki bukit & Makan Malam
sehari dalam sejarah
tss@seafield
No comments:
Post a Comment