Thursday, December 16, 2010

PN ZALEHA ABU HASAN SELAMAT DATANG DAN KEMBALI BERTUGAS DI SMK SEAFIELD

Semua warga Seafield mengalu-alukan kedatangan pengetua kami Pn Zaleha Bt Abu Hasan yang mula bertugas di SMK Seafield pada pada hari ini (16 Disember 2010). Dimaklumkan bahawa Pn Zaleha Bt Abu Hasan pernah berkhidmat sebagai pengetua di Seafield pada jangkamasa 1 April 2003 - 15 Ogos 2006 sebelum berkhidmat di Pejabat Daerah Petaling. Bersama-samalah berusaha mencapai kecemerlangan dan visi sekolah "Menjadi Sekolah Utama Yang Menerajui".


 Seperti sirih pulang ke gagang, seperti burung pulang ke sarang
Itulah peribahasa  yang sesuai   untuk menggambarkan  kepulangan pengetua kami.
Selamat Datang…….Selamat Kembali….. PN ZALEHA BT ABU HASAN
               
Pn.Zaleha bt Abu Hasan bukanlah nama yang asing bagi warga SMK Seafield. Beliau  pernah berkhidmat di SMK Seafield  dari  16 Mac  2003 hingga 18 Ogos 2006, dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana,  atas  kepimpinan yang cemerlang beliau  dinaikkan pangkat sekali lagi  dan  meneruskan  khidmat sebagai pengetua di SMK Shahbandaraya Klang dan SMK USJ 4.

Pn.Zaleha memang suatu nama yang cukup sinonim dengan kejayaan dan kecemerlangan sekolah ini. Seorang pengetua yang berani mencuba dan menyuntik semangat dan idea baru. Selaras dengan itu, beliau juga menjana Misi dan Visi sekolah. Ciptaan Misi dan Visi baru ini berhasrat  menjadikan SMK Seafield sebagai sebuah sekolah yang dapat menerajui  dalam pelbagai aspek sama ada  kurikulum dan kokurikulum.

Program “Team Building” untuk guru-guru yang dijalankan di Eagle Ranch Port Dickson pada tahun 2004 memang jelas menggambarkan hasrat dan harapan beliau agar semua warga pendidik SMK Seafield bekerjasama, bermuafakat,cekal dan berani memikul tanggungjawab.

Di samping itu, beliau juga  menganjurkan Lawatan Integrasi dan Bench Marking ke Sabah pada 11 -14 Ogos 2005.Tujuannya adalah untuk mewujudkan  hubungan yang baik  guru dengan guru dan antara pihak sekolah dengan PIBG agar  usaha-usaha penambahbaikan dapat dijalankan dengan lancar.

Bukan itu sahaja ,kebajikan pelajar juga menjadi agenda utama. Program Lawatan Jati Diri dan Integrasi ke Kota Kinabalu telah  dianjurkan pada 25-28 April 2006. Program ini seiring dengan hasrat untuk membina modal insan yang cemerlang yang mempunyai jati diri serta mampu bersaing untuk menghadapi cabaran.

Kami berharap kepulangan beliau  akan membawa SMK Seafield ke mercu kejayaan  yang lebih tinggi.

PN ZALEHA BT ABU HASAN
PENGETUA SMK SEAFIELD
SELAMAT DATANG DAN KEMBALI BERTUGAS DI SEAFIELD

salam ikhlas daripada
sehari dalam sejarah
tss@seafield 

Monday, December 13, 2010

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN SEAFIELD

Aktiviti : Majlis Makan Malam Seafield 2010
Tema : "Farewell Memories" 
Tarikh : 15 November 2010
Tempat : BlueWave Hotel Shah Alam, Rebena Hall.
Masa : 8.00 pm
Fotografi : Cikgu Yusdin dan Cikgu Tan SS


 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Guru Seafield 2010 yang dipimpin oleh Pn Doris Thomas telah berjaya melaksanakan satu majlis makan malam yang begitu baik dan tidak boleh dilupakan oleh semua guru dan AJk PIBG. Sebanyak 15 meja telah dipenuhi oleh semua tetamu yang terdiri daripada guru dan PIBG. Pada tahun ini, majlis yang dijalankan berbeza dengan tahun-tahun yang lepas kerana pada masa yang sama adalah untuk menyambut persaraan Pn Pengetua Teh Seok Im yang akan berlangsung pada besok. (16 Nov 2010).

Semua guru yang hadir telah menpamerkan pakaian yang cantik yang kelihatan berbeza dengan hari biasa di sekolah. Suasana di majlis adalah begitu ceria, gembira dan seronok melihat cikgu-cikgu sibuk mengambil gambar di sana-sini bersama rakan. Tahniah kepada semua guru. Diharapkan majlis ini dapat menggembirakan semua guru dan diingati terutamanya Pn Pengetua. Untuk makluman, johan pakaian tercantik jatuh kepada cikgu Razali (lelaki) dan cikgu Nursuzana (perempuan). Berikut merupakan gambar-gambar yang menarik sepanjang perjalanan majlis makan malam:

Ketibaan Pn Pengetua bersama suami tersayang & Gambar kenangan bersama AJK Kelab Guru
 

Guru-guru begitu gembira, cantik dan bergaya
 

Best Dress : Cikgu Nursuzana dan cikgu Razali
 

Gambar kenangan Pn Pengetua bersama YDP PIBG Dato' Abd Rahman/Datin dan Pn Chong Ik Poh
  

Cikgu bergaya dengan pakaian sari & gambar kenangan Pn Pengetua bersama dengan cikgu lelaki
 

Gambar kenangan Pn Pengetua bersama dengan cikgu-cikgu yang cantik dan bergaya
  
sehari dalam sejarah
tss@seafield  

Wednesday, December 8, 2010

WAWANCARA BERSAMA PENGETUA PN TEH SEOK IM

Tarikh : 15 Nov 2010
Hari : Isnin
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Pengetua, SMK Seafield
Aktiviti : Wawancara Bersama Pengetua Pn Teh Seok Im
Laporan oleh : Saudari Nur Shahirah bt Hj Mohd Yasin (4B)


Kenangan bersama Pn Pengetua Teh Seok Im selepas wawancara
Assalamualiakun dan salam sejahtera kepada semua warga SMK Seafield yang sentiasa mengikuti perkembangan blog sejarah. Seperti yang diketahui oleh semua warga SMK Seafield , tanggal 16 November 2010 merupakan hari yang paling bersejarah kerana hari tersebut merupakan hari persaraan Puan Pengetua SMK Seafield , Puan Teh Seok Im . Oleh yang begitu , saya , Nur Shahirah hj Mohd Yasin dan rakan saya Anis Nabila bt Amir Hamzah telah mengambil peluang keemasan ini untuk menemubual Pengetua sekolah kami .

Di bawah ini merupakan teks wawancara kami bersama Pengetua SMK Seafield , Pn Teh Seok Im ;

Anis : Selamat pagi Puan Pengetua

Shahirah : Selamat pagi Puan Pengetua

Puan Pengetua : Selamat pagi , jumput duduk .

Shahirah & Anis ; Terima Kasih

Anis : Puan Pengetua, kami selaku wakil daripada blog sejarah ingin meminta Puan Pengetua untuk meluangkan sedikit masa bersama kami dalam temubual yang ringkas ini memandangkan esok merupakan hari terakhir Puan Pengetua di sekolah ini setelah 16 tahun menabur bakti disini. Apakah perasaan Puan Pengetua pada ketika ini, perasaan menghadapi hari esok dan perasaan untuk tinggalkan sekolah ini.

Puan Pengetua : Pada ketika ini , saya sangat sibuk dengan pelbagai tugas yang harus diselesaikan sebelum saya bersara, saya kini sibuk dengan akaun sekolah yang harus dikemaskinikan sebelum sata bersara .Saya berasa sungguh takut dan gementar bagi menghadapi pada hari esok dan tidak sabar untuk melihat persembahan yang akan dilakukan oleh murid-murid yang terlibat. Saya juga berasa sangat sedih untuk meninggalkan sekolah ini namun ada sedikit teruja kerana dapat melaksanakan hobi saya iaitu bermain golf yang telah lama saya tinggalkan akibat kesibukan bekerja. Saya juga pasti akan merindui semua murid sekolah ini , terutamanya cikgu –cikgu yang telah banyak membantu.

Anis: Adakah masih ada impian Puan Pengetua yang belum dikecapi lagi di SMK Seafield ?

Puan Pengetua : Ya, saya masih ada misi yang tidak kesampaian iaitu projek blok tandas baru yang akan dibina berhampiran dengan blok C . Namun begitu saya berharap projek ini akan berjalan dengan lancar dan berjaya .

Anis : Setelah 16 tahun berkhidmat di SMK Seafield , apakah antara pengalaman bekerja di SMK Seafield yang tidak dapat dilupakan sehingga kini ?


Puan Pengetua : Antara pengalaman saya bekerja disini yang tidak dapat dilupakan adalahketika saya bertugas sebagai penyelia petang ketika sekolah ini baru mula beroperasi pada tahun 1994 . Ketika itu , ramai pelajar diserang penyakit histeria dan didapati penyakit histeria tersebut berjangkit dari seorang ke seseorang yang lain namun begitu saya tidak berasa panik dan cemas ketika itu . Penyakit histeria ini telah menyerang ramai pelajar perempuan dan mereka semua berbaring beramai-ramai di kantin , hasil kerjasama cikgu yang tinggal berhampiran sekolah, pihak polis dan beberapa orang masjid penyakit histeri ini dapat diselesaikan . Perkara ini masih segar diingatan saya walaupun 16 tahun yang lalu, kejadian pahit ini telah berlaku pada bulan November tahun tersebut. Saya yang sepatutnya mula bertugas pada bulan Disember dengan rela hatinya bekerja sebulan lebih awal untuk memastikan sekolah berjalan dengan lancar. Selama sebulan tersebut saya terpaksa berulang-alik dari sekolah Kampung Pandan ke SMK Seafield untuk memastikan pagar sekolah dikunci dan semua plug-plug elektrik ditutup. Saya rasa inilah antara kenangan yang tidak akan luput di ingatan saya. Selain itu , pelajar sesi petang tidak dibenarkan berhubung dengan pelajar sesi pagi untuk mengelakkan pergaduhan berlaku.
Bukan itu sahaja, pada tahun 1994 saya ditugaskan sebagai guru Pendidikan Moral dan pada tahun berikutnya pula saya mengajar Matematik tingkatan 2 . Saya juga pernah mengajar matapelajaran Physics tingkatan 4, Biology, Add Maths dan juga English . Selama 33 tahun saya menjadi pendidik saya mesti mengajar walaupun memegang jawatan penting dalam sekolah tersebut , seperti kini saya masih mengajar Mathematik walaupun saya seorang Guru Besar . Bagi saya tidak berguna jika kita hanya memegang jawatan
yang tinggi tetapi tidak mengajar anak murid.

Anis : Sepanjang pekhidmatan Puan Pengetua disini , apakah kebanggaan Puan Pengetua mengenai SMK Seafield ?

Puan Pengetua : Antara kebanggaan saya mengenai SMK Seafield adalah apabila 3 muzikal itu dapat dilaksanakan dengan jayanya .Muzikal ini telah dijayakan oleh kelab Koir, iaitu muzikal Ma Mamia , Foot loose dan Grease . Saya benar-benar suka untuk menggalakkan murid-murid sekolah terlibat dalam muzikal drama seperti ini. Muzikal ini juga berjaya setelah saya mendesak Pn Loh (guru penasihat koir) untuk melakukannya dan akhirnya muzikal ini berjaya.

Anis : Apakah rancangan Puan Pengetua selepas bersara nanti ?

Puan Pengetua : Mungkin selepas bersara nanti, saya lebih suka merehatkan diri setelah 33 tahun menjadi pendidik . Antara aktiviti yang mungkin saya lakukan adalah bermain golf seperti yang sedia maklum bermaian golf merupakan antara hobi saya yang telah lama saya tinggalkan . Dengan waktu yang terluang ini juga , saya akan menonton bola sepak seperti yang diketahui semua , saya merupakan antara peminat terbesar ’Manchester United’ . Baru-baru ini juga saya berkesempatan untuk menonton pembukaan sukan Asia di Ghong Zhaou dan sangat mengagumkan saya .

Anis : Apakah pesanan atau nasihat Puan Pengatua kepada semua warga SMK Seafield bagi memartabatkan lagi SMK Seafield ?

Puan Pengetua : Pesanan saya kepada semua warga SMK Seafield adalah , ’Have patient for excellent’dan ingatlah kata-kata ini, ”Ask what you can do for Seafield , not ask what Seafield can do for you’. Dalam hidup ini jaganlah kita mengharapkan pembalasan jika mahu hidup dengan bahagia dan tenang .

Begitulah berahirnya temubual kami bersama Puan Pengetua, Puan Teh Seok Im dibilik pejabatnya dan sebagai kenagan kami sempat bergambar bersamanya. Kami berharap agar semua orang dapat berpuas hati mengenai temubual yang ringkas ini .Di sini juga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru penasihat persatuan sejarah yang telah memberi galakan dan sokongan kepada kami bagi menjayakan temubual ini. Sebelum itu, kami ingin memohon maaf jika terkasar bahasa, tersilap kata. Sekian, Terima Kasih

 Gambar semasa wawancara dijalankan 
Salam Iklas Dari
sehari dalam sejarah