Thursday, December 16, 2010

PN ZALEHA ABU HASAN SELAMAT DATANG DAN KEMBALI BERTUGAS DI SMK SEAFIELD

Semua warga Seafield mengalu-alukan kedatangan pengetua kami Pn Zaleha Bt Abu Hasan yang mula bertugas di SMK Seafield pada pada hari ini (16 Disember 2010). Dimaklumkan bahawa Pn Zaleha Bt Abu Hasan pernah berkhidmat sebagai pengetua di Seafield pada jangkamasa 1 April 2003 - 15 Ogos 2006 sebelum berkhidmat di Pejabat Daerah Petaling. Bersama-samalah berusaha mencapai kecemerlangan dan visi sekolah "Menjadi Sekolah Utama Yang Menerajui".


 Seperti sirih pulang ke gagang, seperti burung pulang ke sarang
Itulah peribahasa  yang sesuai   untuk menggambarkan  kepulangan pengetua kami.
Selamat Datang…….Selamat Kembali….. PN ZALEHA BT ABU HASAN
               
Pn.Zaleha bt Abu Hasan bukanlah nama yang asing bagi warga SMK Seafield. Beliau  pernah berkhidmat di SMK Seafield  dari  16 Mac  2003 hingga 18 Ogos 2006, dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana,  atas  kepimpinan yang cemerlang beliau  dinaikkan pangkat sekali lagi  dan  meneruskan  khidmat sebagai pengetua di SMK Shahbandaraya Klang dan SMK USJ 4.

Pn.Zaleha memang suatu nama yang cukup sinonim dengan kejayaan dan kecemerlangan sekolah ini. Seorang pengetua yang berani mencuba dan menyuntik semangat dan idea baru. Selaras dengan itu, beliau juga menjana Misi dan Visi sekolah. Ciptaan Misi dan Visi baru ini berhasrat  menjadikan SMK Seafield sebagai sebuah sekolah yang dapat menerajui  dalam pelbagai aspek sama ada  kurikulum dan kokurikulum.

Program “Team Building” untuk guru-guru yang dijalankan di Eagle Ranch Port Dickson pada tahun 2004 memang jelas menggambarkan hasrat dan harapan beliau agar semua warga pendidik SMK Seafield bekerjasama, bermuafakat,cekal dan berani memikul tanggungjawab.

Di samping itu, beliau juga  menganjurkan Lawatan Integrasi dan Bench Marking ke Sabah pada 11 -14 Ogos 2005.Tujuannya adalah untuk mewujudkan  hubungan yang baik  guru dengan guru dan antara pihak sekolah dengan PIBG agar  usaha-usaha penambahbaikan dapat dijalankan dengan lancar.

Bukan itu sahaja ,kebajikan pelajar juga menjadi agenda utama. Program Lawatan Jati Diri dan Integrasi ke Kota Kinabalu telah  dianjurkan pada 25-28 April 2006. Program ini seiring dengan hasrat untuk membina modal insan yang cemerlang yang mempunyai jati diri serta mampu bersaing untuk menghadapi cabaran.

Kami berharap kepulangan beliau  akan membawa SMK Seafield ke mercu kejayaan  yang lebih tinggi.

PN ZALEHA BT ABU HASAN
PENGETUA SMK SEAFIELD
SELAMAT DATANG DAN KEMBALI BERTUGAS DI SEAFIELD

salam ikhlas daripada
sehari dalam sejarah
tss@seafield 

No comments:

Post a Comment