Thursday, April 29, 2010

AKTIVITI PERSATUAN SEJARAH & GEOGRAFI 29 APRIL

Aktiviti Persatuan pada hari ini dipimpin oleh Saudari Nur Syakila Bt Wan Muhammad Maznin dan Nur Alia Bt Zulkifli. Permainan yang direkacipta oleh mereka dipanggil sebagai "Vege Factor". Setiap ahli kumpulan perlu habiskan makan sayuran yang disediakan sebelum mereka menjawab soalan kuiz sejarah. Kumpulan yang cepat habis makan dan tahun menjawab soalan dengan betul akan mendapat johan. Semua pelajar telah melibatkan diri dengan gembira, ceria dan ketawa semasa permainan dijalankan. Terima kasih kepada pemimpin hari ini yang dapat mereka satu permainan yang melibatkan semua pelajar.


Nur Syakila Bt Wan Muhammad Maznin dan Nur Alia Bt Zulkifli.
Gambar bersama dengan guru penasihat & sayuran yang sedap
Pelbagai aksi pelajar dalam permainan "Vege Factor"

Perlu Jawab Soalan Selepas Makan Sayur

kumpulan Johan : Terima Hadiah Daripada Guru
Cara Permainan :
  • Ada lima transit yang berisi dengan sayur-sayuran
  • Setiap ahli perlu memilih satu transit dan menghabiskan sayur-sayuran yang ada disitu.
  • Setelah selesai, dapatkan soalan daripada penyelia permainan
  • Kumpulan yang dapat jawab soalan dikira pemenang dan dapat hadiah "coklat smartis"

AKTIVITI PERSATUAN SEJARAH & GEOGRAFI 1 APRIL 2010
Wan Nur Aishah Bt Wan Azli

Pemimpin : Wan Nur Aishah Bt Wan Azli
                : Hanna Bt Mohamad Afif

Permainan : " Treasure Hunt"
  • Semua ahli dibahagikan kepada 4 kumpulan
  • Setiap kumpulan diberi sekeping nota sebagai panduan untuk mencari clue seterusnya yang disembuyikan di kawasan sekolah
  • Kumpulan yang sampai dahulu akan pecahkan belon tanda sudah tamat "Treasure Hunt"
  • Kumpulan yang kalah dikehendaki menyanyikan lagu "Tanggal 31 Ogos" bersama-sama.

AKTIVITI MENJANA 1MALAYSIA

tss@seafield

PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN STPM 2009

TAHNIAH

Sejak kecil, Huang Xi telah menunjukkan minatnya dalam bidang Sains dan Matematik. Semasa kanak-kanak lain sedang sibuk membaca komik atau buku cerita, beliau pula mempelajari ilmu dari buku sains dan matematik yang dibeli ayahnya.  Ayahnya sebagai seorang Jurutera Mekanikal sering memberitahunya kepentingan dan kegunaan Sains dan Matematik dalam kehidupan. Kemungkinan inilah yang menjadikan dirinya berminat besar dalam kedua-dua subjek tersebut.
Pendidikan rendahnya dijalani di SJK (C) Sungai Way. Beliau memenangi banyak pingat untuk sekolahnya dalam pelbagai kuiz matematik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya ialah pingat emas untuk Asia Pacific Math Olympiad semasa di darjah enam. Yang lain ialah tempat pertama di Pertandingan Matematik Pelangi peringkat kebangsaan. Serta banyak lagi pertandingan di peringkat kebangsaan yang beliau pernah menangi. Walau bagaimanapun, beliau telah memperolehi keputusan 7A dalam peperiksaan UPSR.
                Setelah tamat di sekolah rendah, beliau belajar di SMK Subang Utama. Di situ, beliau telah menjadi kurang fokus dalam pelajaran kerana beliau mula merasakan bahawa pencapaian akademik tidak bermakna. Oleh itu, keputusannya dalam PMR telah merosot, dengan keputusan 7A dan 1B dalam Bahasa Melayu. Selepas beliau mendapat keputusan yang hampir gagal dalam Bahasa Melayu dan C6 dalam Biologi semasa peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4, barulah beliau mengetahui kesilapannya dan mula belajar dengan gigih. Beliau menggunakan seluruh waktu di Tingkatan 5 untuk memperbaiki keputusannya dalam semua subjek khususnya Bahasa Melayu. Akhirnya dalam SPM, beliau memperolehi keputusan 8A1, 1A2 dan 2B3.
                Disebabkan maklumat yang diperolehi daripada rakan-rakan bahawa Tingkatan 6 adalah lebih susah berbanding dengan Pre-U lain, beliau telah menyambung pelajarannya di SMK Seafield dalam Tingkatan 6. Sepanjang dua tahun ini beliau telah cuba mengingati apa yang telah dipelajari dan tetap terus belajar dengan gigih. Walaupun di sekolah beliau masih bergurau dengan kawan-kawanya tetapi di rumah, beliau mengamalkan prinsip untuk belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari tanpa bantuan sesiapa. Semasa tengah tahun tingkatan enam atas beliau telah habiskan seluruh sukatan tingkatan enam dan telah bersedia untuk mengambil peperiksaan. Seterusnya beliau telah memperolehi 4A dalam STPM seperti yang disangkanya.
                Huang Xi merupakan pengawas sekolah dalam SMK Seafield. Selain itu, beliau juga menyertai dan memenangi beberapa pertandingan semasa tingkatan enam seperti Kuiz Kimia Kebangsaan (Bronze Certificate), Australian Mathematics Competition (Prize Certificate) dan International Mathematics Olympiad (Sijil Merit).



PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN SPM 2009

TAHNIAH



YEO Yih Tang dilahirkan pada 7 November 1992 dan merupakan anak kedua dalam keluarga.  Beliau mempunyai seorang kakak yang juga merupakan bekas pelajar SMK Seafield dan kini belajar A-level di USCI University di bawah tajaan JPA, dan dua orang adik perempuan yang sedang belajar di SMK Seafield.  Beliau mendapat pendidikan awal di SJK(C) Lick Hung sebelum melanjutkan pelajaran di SMK Seafield.
Semasa beliau berada di bangku sekolah, beliau berusaha gigih dalam pelajarannya.  Hasil usahanya, beliau berjaya memperoleh 7A dalam peperiksaan UPSR, dan 8A dalam peperiksaan PMR 2007.  Beliau juga telah dianugerahkan sebagai salah seorang Brand’s High Achiever 2007. Dengan usaha yang konsisten, beliau mencatatkan 12A+ dalam peperiksaan SPM 2009.  Keputusannya yang cemerlang berakar umbi daripada guru-guru yang dedikasi dan cemerlang, selain sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakannya.  Oleh itu, beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru, ahli keluarga dan rakan-rakannya yang telah memberi dorongan dan sokongan dalam membantunya mencapai kecemerlangan.
Selain bidang akademik, beliau juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.  Beliau telah menyertai Lembaga Koperasi sejak Tingkatan 3 dengan jawatan Pengurus IT.  Pada masa itu, beliau bertanggungjawab untuk menghasilkan persembahan PowerPoint untuk sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah untuk dua tahun berturut-turut. Pada tahun 2009, beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi Lembaga Koperasi yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan koperasi.  Selain itu, beliau juga merupakan Setiausaha Persatuan Bahasa Cina pada tahun 2009.  Beliau bersama dengan AJK Persatuan Bahasa Cina telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Yeo’s Factory, Cemerlang Publications dan Negeri Sembilan.  Beliau juga merupakan seorang ahli St. John Ambulans dan berjaya memperoleh kelulusan ujian pertolongan cemas peringkat dewasa.  Pada tahun 2007 dan 2008, beliau merupakan jurugambar bagi Sidang Redaksi sekolah.   Di luar sekolah pula, beliau merupakan wartawan murid bagi akhbar Nanyang Siang Pau yang aktif melaporkan aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekolah.
Sejak kecil, beliau telah menunjukkan minat yang kuat dalam bidang sains dan matematik.  Beliau giat aktif mewakili sekolah dalam menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.  Kejayaannya yang paling bermakna adalah semasa beliau bersama ahli kumpulannya muncul sebagai Johan dalam Taylor’s Science Competition dan Kuiz Pintar Matematik anjuran MSU College.  Selain itu, beliau juga telah mewakili sekolah dalam Taylor’s Accounting Quiz, KDU College Pre-U Math and Science Quiz, HELP University College Math Marathon, Sunway A-level Maths & Logic Challenge, Pertandingan Olympiad Matematik dan sebagainya.  Beliau juga mendapat Bronze Certificate bagi Pertandingan Fizik Kebangsaan dan Certificate of Distinction bagi Kuiz Kimia Kebangsaan.
Semasa waktu lapang, Yih Tang suka melayari Internet untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini, di samping mendengar lagu.  Cita-citanya adalah untuk menjadii seorang jurutera elektrik dan elektronik yang berjaya.  Untuk mencapai cita-cita ini, beliau akan terus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menuju ke arah wawasannya.

PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN PMR 2009

TAHNIAH
 Malisa Shereen binti Mohd. Saifuzzaman telah dilahirkan pada tanggal 4 Ogos 1994. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini merupakan anak ke-2 daripada 4 beradik. Bapa beliau, Mohd Saifuzzaman bin Hoesni merupakan seorang jurutera manakala ibu beliau, Khairiah binti Rahmat seorang guru. Beliau bercita-cita menjadi seorang doktor pakar kulit yang berjaya.
Hard work is the key to success” merupakan moto kejayaan Malisa Shereen. Kejayaan yang diperoleh merupakan hasil usaha gigih yang konsisten dan berterusan. Selain itu, beliau berpegang kepada prinsip bahawa doa, usaha, istiqamah dan tawakal merupakan elemen penting untuk mencapai kejayaan.
Malisa Shereen merupakan seorang pelajar yang dedikasi dan bertanggungjawab. Beliau telah memegang jawatan Pengawas Sekolah sejak Tingkatan 1 sehingga sekarang. Beliau menjadi Setiausaha Lembaga Pengawas Sesi Petang semasa di Tingkatan 2. Semasa di Tingkatan 1, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Setiausaha Persatuan Agama Islam, Naib Bendahari Puteri Islam dan Naib Setiausaha Kelab Bola Tampar. Sifat kepimpinannya terserlah apabila beliau diamanahkan untuk menjawat beberapa jawatan penting semasa di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Semasa di Tingkatan 2, Malisa Shereen menjawat jawatan Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu dan Persuratan, Pengerusi Kelab Bola Jaring, Naib Pengerusi Persatuan Puteri Islam, Naib Pengerusi Kelab Kemahiran Hidup, Naib Pengerusi Persatuan Agama Islam dan AJK Kelab Bola Tampar. Semasa di Tingkatan 3, beliau telah terpilih untuk memegang jawatan Bendahari Puteri Islam.
Penglibatan Malisa Shereen dalam aktiviti di sekolah tidak dapat dipertikaikan. Malisa Shereen merupakan seorang pelajar yang aktif di sekolah. Beliau terpilih sebagai Tokoh Pelajar MAS (Muridku Anakku Sayang) sesi petang pada tahun 2008. Selain itu, beliau telah mewakili sekolah dalam pertandingan Choral Speaking pada tahun 2008 dan mendapat tempat ke-3. Pada tahun 2009, beliau telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Choral Speaking peringkat zon dan daerah, serta tempat ke-2 di peringkat negeri. Malisa Shereen turut tidak ketinggalan melonjakkan nama SMK Seafield dengan menyertai pertandingan peringkat kebangsaan seperti Pertandingan Menulis Esei Kategori Tunas Pujangga anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia, Sekhar Foundation, Dewan Bahasa dan Pustaka dan British Council pada tahun 2008, Pertandingan Menulis Sajak tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar pada tahun 2009 dan Pertandingan Menulis Esei Sempena Hari Guru pada tahun 2009.
Jutaan terima kasih beliau ucapkan kepada ibu bapa, adik-beradik, pihak sekolah, guru-guru dan rakan-rakan. Kejayaan yang dikecapi merupakan hasil usaha dan komitmen semua pihak. Beliau berasa bertuah kerana dikurniakan ibu bapa dan adik-beradik yang memberi sokongan padu dan menjadi pendorong utama kepada beliau. Beliau juga amat bersyukur kepada Ilahi dan berdoa agar memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM dan seterusnya berjaya merealisasikan impian beliau selama ini.




Wednesday, April 28, 2010

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK 2009



TAHNIAH & SYABAS KEPADA PELAJAR BERIKUT :
PELAJAR TERBAIK SESI PETANG
BIL
NAMA PELAJAR
PERATUS
KELAS 2009
K 1
YEO XIN JIE
89.69%
2K




PELAJAR TERBAIK PMR
BIL
NAMA PELAJAR
BIL. A
KELAS 2009
K2
MALISA SHEREEN BINTI MOHD SAIFUZZAMAN
9
3J




PELAJAR TERBAIK SPM(ALIRAN SAINS)
BIL
NAMA PELAJAR
BIL. A
KELAS 2009
K3
YEO YIH TANG
12 A+
5A




PELAJAR TERBAIK SPM(ALIRAN SASTERA)
BIL
NAMA PELAJAR
BIL. A
KELAS 2009
K4
ANG MEGAN
5A+  , 4A ,
1A - , 1B+
5H




PELAJAR TERBAIK STPM ALIRAN SAINS
BIL
NAMA PELAJAR
BIL. A
KELAS 2009
K5
HUANG XI
4A
6B




PELAJAR TERBAIK STPM ALIRAN KEMANUSIAAN
BIL
NAMA PELAJAR
BIL. A
KELAS 2009
K6
HO JU YI
3A , 1B+
6D


ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG STPM 2009

TAHNIAH & SYABAS KEPADA PELAJAR BERIKUT :

Bil
Nama
Aliran
KEPUTUSAN
Jumlah NGMP
J 1
HUANG XI
SAINS
4A
16.00
J 2
TAN PING YEE
SAINS
4A
16.00
J 3
LIM GUAT YEE
SAINS
4A
16.00
J 4
RACHEL CHOI HUIYI
SAINS
3A, 1A-
15.67
J 5
OONG XIANG YONG
SAINS
2A, 2A-
15.34
J 6
TAN ZI PENG
SAINS
2A, 2A-
15.34
J 7
SAI CHONG YEH
SAINS
3A, 1B+
15.33
J 8
HO JU YI
KEMANUSIAAN
3A, 1B+
15.33
J 9
CHOONG XIN FEI
SAINS
1A, 3A-
15.01
J 10
LEE YEN SAN
SAINS
2A, 1A- ,1B+
15.00
J 11
NG YI AN
SAINS
3A, 1B
15.00
J 12
EZEKIEL HO HEE ZHERN
SAINS
1A, 2A-, 1B+
14.67
J 13
SOW LEI WEI
KEMANUSIAAN
1A, 2A-, 1B+
14.67


tss@seafield

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2009

BERIKUT MERUPAKAN SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG SPM 2009.

TARIKH : 30 APRIL 2010
HARI : JUMAAT
MASA : 9.00 PAGI - 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN SERI KENANGAN

TAHNIAH 

BIL

NAMA CALON

BIL M/P DIAMBIL
JUMLAH
A
H 1
YEO YIH TANG
12
12
H 2
TUEN TZE QUAN
13
13
H 3
YAP PEI QI
12
12
H 4
ONG JUE' XIN
12
12
H 5
LORE KIN GWN
12
12
H 6
JESSICA CHONG MAY EE
12
12
H 7
KELVIN HOO KAI FU
12
12
H 8
CHONG HIN RUEY
12
12
H 9
LEE YUEN BO
12
12
H 10
TAN HUI TING
12
12
H 11
DANIAL BIN ISMAIL
12
12
H 12
TAN ZHENG LING
12
12
H 13
ESTHER CHENG YU NING
12
12
H 14
RAMARAJ A/L SUNDRARAJ
11
11
H 15
AHMAD BUKHARI BIN RUSLI
11
11
H 16
DESMOND LEE MUN KEONG
11
11
H 17
TUNG YAN CHI
11
11
H 18
YEOH JEE HONG
11
11
H 19
KIMBERLY ONG SU WEN
11
11
H 20
BENJAMIN CHOO WEE KEAT
11
11
H 21
CHANG CHING WEI
11
11
H 22
NICHOLAS YEO KA SHING
11
11
H 23
SARAH LIAU XIAN HUEY
11
11
H 24
MOK KWOK WAI
11
11
H 25
LEE MIN XIANG
11
11
H 26
LIEW EE WERN SAMANTHA
11
11
H 27
ONG SZE MUN
11
11
H 28
SARAH-ANN YONG JENLEE
11
11
H 29
EUGENE TAN SOON HONG
11
11
H 30
AMIRAH BINTI MOHD AZRA'AI
11
11
H 31
PUTERI NUR ATHIRAH BINTI MOHD ILHAM
11
11
H 32
NG OON-HUI
11
11
H 33
EMILIA AZUREEN BINTI AHMAD TARMIZI
11
11
H 34
CHEE WEN ZHI
11
11
H 35
CHUA MAY QIN
11
11
H 36
JASMINE JASANI
11
11
H 37
GILLIAN CHIN XIE MAN
10
10
H 38
WOO JIAN SHEN
10
10
H 39
SUBASHINI KANAYA
10
10
H 40
YEOH KEAT PING
10
10
H 41
QUEK XIA SHUEN
10
10
H 42
DHANEESH KUMAR A/L GOPALA KRISHNAN
10
10
H 43
FERLIN KUM YAN LENG
10
10
H 44
AARON LUI TENG WEI
10
10
H 45
ADRIAN GOH YI WEI
10
10
H 46
CHEONG CARMEN
10
10
H 47
THERESA A/P RAJENDRAN
10
10
H 48
FARAH HANNA BINTI ZAIZAKRANI
10
10
H 49
NG LING BEN
10
10
H 50
KAMAL ARIEFF BIN AHMAD FAIZEL
10
10
H 51
LEE ZUN CI
10
10
H 52
TAN JIA MIN
10
10
H 53
RAHGAVARTHINY A/P THAIALAN
10
10
H 54
AARON LEONG JIA JUN
10
10
H 55
AZIEM NADHIRAH BINTI ABDULLAH
12
11
H 56
KENG XIN DEE
13
11
H 57
KIEW KHAI CHENG
12
11
H 58
CHAI JIN ONN
12
11
H 59
NG EE CHIN
12
11
H 60
AUDREY JOYCE NELSON
12
11
H 61
SHARONA LING SHU YEE
11
10
H 62
JONATHAN TEY BING CHUAN
11
10
H 63
ALEXANDER LIM CHIN YIK
11
10
H 64
LOW XIAU FONG
11
10
H 65
SHAZREEN BINTI SHOIB
11
10
H 66
LOW SZE ING
12
10
H 67
ANG MEGAN
11
10
H 68
LEE CHAK WEI
11
10
H 69
GAN DE MING
12
10
H 70
M.SUMANDRAN
11
10
H 71
SEAN CHUNG CHIN SHIUNG
11
10
H 72
TAN HUI XIN
12
10
H 73
GOH XIN QI
11
10
H 74
KANG YING JIA
12
10
H 75
EDWARD GOH ZHENG YI
11
10
H 76
YEO MEI SHENG
12
10
H 77
LOH PO YEE
12
10
H 78
TAN JIT HEANG
10
9
H 79
SEAH YIN KUAN
10
9
H 80
THAM WILSERN
11
9
H 81
CHIN LEAP REN
10
9
H 82
NG JIA WEI
11
9
H 83
LAM XIN KEAT
10
9
H 84
DANIEL CHIN WEI XIONG
10
9
H 85
GAN YONG CHENG
12
9
H 86
NUR SHAZWA BINTI SULAIMAN
10
9
H 87
YEO CHEI JUN KELLY
10
9
H 88
CHUA JIA MIN (CAI JIAMIN), MICHELLE
11
9
H 89
WAN AZNITA BINTI WAN ABDULLAH
10
9
H 90
SAW WEI ZHI
10
9
H 91
CHAN KAR MUN
10
9
H 92
SOH JIEN HOOI
10
9
H 93
TAN JIA LE
10
9
H 94
NIK NAZRIN BIN NIK AZHARI
10
8
H 95
CHERN WOAN-ROU
10
8
H 96
YONG CARMEN
11
8
H 97
LOOI YIH FOO
10
8
H 98
NORAZIMAH BINTI NORAZMAN
14
8
H 99
TAN EE SUEN
11
8
H 100
WONG SIEW KOON
10
8
H 101
LIM SHIN YEE
10
8
H 102
SIOW PHEI FANG
10
8
H 103
MICHELLE TAN JIA SHIH
11
8
H 104
KOK HAU YUE
11
8
H 105
NUR AQILAH BINTI MUHAMAD DARIF
10
8
H 106
SOO XINGSAN
11
8
H 107
WAN EE LAINE
12
8
H 108
LIM KAH KIAT
11
8
H 109
ARIFF KHAN BIN NASIR KHAN
10
8


tss@seafield