Wednesday, April 7, 2010

CONTOH ESEI BAB 2 TINGKATAN 4

Berikut merupakan contoh esei yang telah dipilih untuk bulan ini. Terima kasih kepada Nur Shahirah Bt Hj Mohd Yasin (4B).


  1. a)Terangkan sumbangan seni bina tamadun china kepada peradaban dunia (8m)
Antara sumbangan seni bina tamadun cina yang terkenal adalah Tembok Besar China . Tembok ini mula dibina pada zaman Dinasti Chau dan diteruskan dinasti seterusnya . Tembok Besar China dibina sepanjang 1500km dari Kansu ke Peking .

            Tembok , pintu gerbang , parit besar dan menara merupakan binaan biasa terdapat di bandar-bandar purba China . Contohnya di Anyang , Changan , Peking , Loyang . Tembok-tembok tersebut diperbuat daripada tanah liat dan batu-batan . Tembok di kampung pula dibina dengan tanah lumpur . Didalam tembok dikelilingi parit besar , menara dan pintu gerbang , ditempatkan di istana yang menjadi kediaman Maharaja .

            Salah satu istana yang masih kekal ialah Kota Larangan di Peking . Kota ini mempunyai banyak dewan dan taman . Dewan-dewan tersebut berfungsi sebagai balai penghadapan , tempat hukuman dijatuhkan , tempat keraian dan perjumpaan .

            Kuil dan Paggoda juga merupakan binaan yang penting di China . Kuil yang besar biasanya mempunyai tempat tinggal , ruag tamu dan pusat pemujaan . Paggoda yang dibina biasanya terbentuk oktagon atau segi empat sama dan tingginya sehingga 15 tingkat . Namun bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat .

 b)Terangkan perkembangan ekonomi tamadun China . ( 8m )

 Antara perkembangan ekonomi tamadun China adalah kemajuan bidang pertanian . Pada zaman Dinasti Han , tenggala dicipta untuk membuat batas tanaman . Penciptaan kolar kuda yang membolehkan kuda manarik tenggala kayu , kereta kuda dan kereta sorong beroda juga dicipta pada zaman Dinasti Han . Pengenalan sistem penanaman secara bergilir untuk menjaga kesuburan tanah . Teres mula dibina untuk pertanian sejak zaman Dinasti Shang . Sistem pengairan juga dibina seperti pembinaan terusan untuk memperoleh sumber air dan mengawal banjir .

            Antara perusahaan yang menigkatkan ekonomi tamadun China pada Zaman Dinasti Han adalah perusahaan logam . Perusahan juga diusahakan sejak zaman dinasti Han . Hasil perusahan akan diperdagankan ke kawasan luar China iaitu rantau Asia Tenggara , India , Timur Tengah dan Eropah . Hasil ini juga diperdagankan di negara China sendiri . Pada mulanya , hasil ini dibawa melalui jalan darat iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudianya pada Zaman Dinasti Tang , jalan laut digunakan . Buktinya , terdapat tembikar China ditapak pelabuhan awal dikawasan tersebut .

            Disamping itu , muncul persatuan perdagangan untuk mengembangkan ekonomi di tamadun China . Persatuan perdagangan ini melahirkan golongan kelas pertengahan yang besar . Ekonomi juga menjadi pesat kerana wujud sistem perhubugan iaitu jalan raya , jambatan dan alat pengakutan seperti kereta kuda dan kereta lembu .   


c) Terangkan sumbangan Sains dan Teknologi tamadun China (4m)

            Tamadun China juga turut sumbang dalan Sains dan teknologi . Antaranya , ilmu perubatan yang dipengaruhi oleh konsep keseimbangan Ying ( kuasa pasif ) dan Yang
( kuasa aktif ) yang boleh menentukan keadaan kesihatan seseorang . Konsep ini merupakan asas perubatan tradisioanal masyarakat China .

            Penciptaan teknologi membuat kertas turut dicipta di China . Teknologi ini dicipta oleh Chai Lun , seorang pegawai di istana Raja China . Penciptaan ini melibatkan pengunaan bahan mentah seperti rami , buluh , dan sayur-sayuran yang dicencang menjadi pulpa . Pulpa tersebut jemudian diratakan pada skrin boros , dituskan dan dikeringkan dalam bentuk kepingan yang nipis . Teknik ini disebarkan ke Barat pada kurun ke-13 masihi oleh orang islam .

            Masyarakat Cina juga mencapai ilmu penciptaan Layar Perahu . Meraka mencipta layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar untuk membolehkan pelayaran jarak jauh . Oleh yang demikian , ilmu pelayaran semakin meningkat dan berkembang maju . Penciptaan layar dan perahu merupakan alat pengankutan yang penting untuk mereka bergerak ke sesuatu tempat .

            Oleh kerana ilmu pelayaran semakin menigkat , aktiviti perdagangan laut juga menigkat yang turut menyumbang dalam bidang sains dan teknolodi tamadun China . Aktiviti ini dapat meningkatkan perhubungan antara kawasan ketika menjalankan aktiviti perdagangan .    



 JAWAB UNTUK JAYA

kpsejarah@tss

8 comments: