Thursday, April 29, 2010

PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN STPM 2009

TAHNIAH

Sejak kecil, Huang Xi telah menunjukkan minatnya dalam bidang Sains dan Matematik. Semasa kanak-kanak lain sedang sibuk membaca komik atau buku cerita, beliau pula mempelajari ilmu dari buku sains dan matematik yang dibeli ayahnya.  Ayahnya sebagai seorang Jurutera Mekanikal sering memberitahunya kepentingan dan kegunaan Sains dan Matematik dalam kehidupan. Kemungkinan inilah yang menjadikan dirinya berminat besar dalam kedua-dua subjek tersebut.
Pendidikan rendahnya dijalani di SJK (C) Sungai Way. Beliau memenangi banyak pingat untuk sekolahnya dalam pelbagai kuiz matematik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya ialah pingat emas untuk Asia Pacific Math Olympiad semasa di darjah enam. Yang lain ialah tempat pertama di Pertandingan Matematik Pelangi peringkat kebangsaan. Serta banyak lagi pertandingan di peringkat kebangsaan yang beliau pernah menangi. Walau bagaimanapun, beliau telah memperolehi keputusan 7A dalam peperiksaan UPSR.
                Setelah tamat di sekolah rendah, beliau belajar di SMK Subang Utama. Di situ, beliau telah menjadi kurang fokus dalam pelajaran kerana beliau mula merasakan bahawa pencapaian akademik tidak bermakna. Oleh itu, keputusannya dalam PMR telah merosot, dengan keputusan 7A dan 1B dalam Bahasa Melayu. Selepas beliau mendapat keputusan yang hampir gagal dalam Bahasa Melayu dan C6 dalam Biologi semasa peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4, barulah beliau mengetahui kesilapannya dan mula belajar dengan gigih. Beliau menggunakan seluruh waktu di Tingkatan 5 untuk memperbaiki keputusannya dalam semua subjek khususnya Bahasa Melayu. Akhirnya dalam SPM, beliau memperolehi keputusan 8A1, 1A2 dan 2B3.
                Disebabkan maklumat yang diperolehi daripada rakan-rakan bahawa Tingkatan 6 adalah lebih susah berbanding dengan Pre-U lain, beliau telah menyambung pelajarannya di SMK Seafield dalam Tingkatan 6. Sepanjang dua tahun ini beliau telah cuba mengingati apa yang telah dipelajari dan tetap terus belajar dengan gigih. Walaupun di sekolah beliau masih bergurau dengan kawan-kawanya tetapi di rumah, beliau mengamalkan prinsip untuk belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari tanpa bantuan sesiapa. Semasa tengah tahun tingkatan enam atas beliau telah habiskan seluruh sukatan tingkatan enam dan telah bersedia untuk mengambil peperiksaan. Seterusnya beliau telah memperolehi 4A dalam STPM seperti yang disangkanya.
                Huang Xi merupakan pengawas sekolah dalam SMK Seafield. Selain itu, beliau juga menyertai dan memenangi beberapa pertandingan semasa tingkatan enam seperti Kuiz Kimia Kebangsaan (Bronze Certificate), Australian Mathematics Competition (Prize Certificate) dan International Mathematics Olympiad (Sijil Merit).



No comments:

Post a Comment