Tarikh : 10 Jun 2010
Hari : Selasa
Lokasi : Perjalanan dari bandar Siem Reap ke Phnom Penh, Riverfront PHnom Penh dan Russian Market.
Pengangkutan : Bas Persiaran
Masa : 8.00 - 10 .00 malam
Phnom Penh (Ibu Kota Kemboja)
Phnom Penh merupakan ibu kota kepada negara Kemboja. Negara ini juga mengamalkan sistem pemerintahan Raja Perlembagaan seperti di Malaysia. Terdapat tiga buah sungai utama iaitu "Tonle River", "Mekong River", "Bassac River" dan Tasik Tonle Sap yang memainkan peranan penting kepada pembangunan eknomi di negara ini. Bahasa yang biasa digunakan ialah "Khmer", English dan "French". Sebenarnya negara ini juga mempunyai empat musim iaitu pada Disember-Februari, cuacanya sejuk dan kering, Mac - Mei ialah panas dan kering, Jun - Ogos ialah panas dan lembap dan September - November ialah sejuk dan lembap. Hari yang paling panas mencatat sehingga 35'C dan cuaca sejuk di sekitar 20'C. Kepada yang berminat, boleh mengeksplorasi Laman Web Kemboja berikut untuk maklumat selanjutnya. CAMBODIA
Masa : 7.00-9.00 pagi
Lokasi : Kedai Permata Siem Reap
Kami makan sarapan pagi di Hotel dan bertolak ke Phnom Penh pukul 7.30 pagi. Kami singgah disebuah Kedai Permata pada pukul 8.00 pagi dan dijemput untuk melihat persembahan video mengenai perlombongan dan pemprosesan batu permata di Kemboja. Semua orang tertarik dengan batu permata dan akhirnya kami semua berminat dan membeli sebagai souvenir untuk diri sendiri dan keluarga. Selepas itu, kami bertolak pada pukul 9.00 pagi dari Siem Reap ke Phnom Penh yang akan mengambil masa kira-kira enam jam.
Tayangan Video tentang kawasan perlombongan dan pemprosesan batu permata di Kemboja
Dijamu dengan air kelapa & Ms Teh dengan batu permata yang cantik
Sepanjang perjalanan ke Phnom Penh, kami melalui banyak kawasan perumahan, pasar, kedai dan kawasan pertanian padi. Kami berhenti rehat di dua tempat dan membeli buah-buahan tempatan. Yang memeranjatkan kami ialah orang Kemboja makan Labah-labah (spider) dan cengkerik. Encik Senchey membeli 3 ekor labah-labah (USD 1) untuk kami cuba, siapa berani cuba ? Puan pengetua dan Pn Chong cuba makan sedikit.... boleh tanya mereka rasa macam mana ?
Penjual labah--labah dan cengkerik
En Senchey makan labah-labah
Siem Reap ke Phnom Penh : Enam Jam & Kegembiraan selepas beli batu permata
3.00- 7.00 malam
Lokasi : Riverfront, Phnom Penh, Hotel Almond Phnom Penh.
Hari ini kami terpaksa makan tengahari lewat kerana sampai ke Phnom Penh pukul 3.00 petang. Kami melalui "Riverfront" Sungai Mekong dan pemandangan sangat cantikdan menarik sebelum sampai ke restoran. DSelepas makan, kami terus ke "Russien Market" untuk membeli belah. Di sebabkan kami sibuk dengan "shopping" sehingga tiada gambar untuk bahagian ini. Pada pukul 7.00 malam, kami check In Hotel dan kemudian bertolak untuk makan malam di restoran pada pukul 8.00 malam.
Lokasi : Riverfront, Phnom Penh, Hotel Almond Phnom Penh.
Hari ini kami terpaksa makan tengahari lewat kerana sampai ke Phnom Penh pukul 3.00 petang. Kami melalui "Riverfront" Sungai Mekong dan pemandangan sangat cantikdan menarik sebelum sampai ke restoran. DSelepas makan, kami terus ke "Russien Market" untuk membeli belah. Di sebabkan kami sibuk dengan "shopping" sehingga tiada gambar untuk bahagian ini. Pada pukul 7.00 malam, kami check In Hotel dan kemudian bertolak untuk makan malam di restoran pada pukul 8.00 malam.
Pemandangan yang indah di sekitar "Riverfront", Phnom Penh
Riverfront, Phnom Penh
Pandangan ke Royal palace dan Silver Pagoda dari "Riverfront", Phnom Penh
8.00 - 10.00 malam
Lokasi : Independence Monument
Lokasi : Independence Monument
Sebelum sampai di restoran, kami berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar "Independence Monument" kerana pandangan malam adalah begitu indah dan penuh dengan lampu berwarna-warni di sekitar monuman.
Siang Hari : Independence Monument & sekitar bandar Phnom Penh
Motorcycle (tuk-tuk) & Motorcycle taxi di sekitar bandar
Malam : Independence Monument, Phnom Penh
King of Cambodia & Gambar Kumpulan
8.30-9.30 malam
Lokasi ; Restoran "Tonle Bassac", Phnom Penh
Makanan berbentuk bufet dan kebanyakan mananan yang dipamerkan adalah makanan laut tempatan. Selepas makan malam, kami pun bersair-siar di sekitar bandar dan balik semula ke Hotel untuk berehat dan kemaskan barang-barang "shopping" untuk balik ke Malaysia pagi besok. Selamat mengemas barang-barang dan selamat malam.
Bersedia untuk keluar makan malam, Hotel Almond
Bersiar-siar di sekitar bandar Phnom Penh & Diluar kompleks beli-belah
Restoran Tonle Bassac, Phnom Penh & Puan Tan dan Ms Goh
tss@seafield
No comments:
Post a Comment