Saturday, September 22, 2012

Pelajar Cemerlang Kokurikulum Harapan 2012

Nuraliah Bt Mohd Shamsir, Pelajar Cemerlang Koku Harapan 2012

PELAJAR CEMERLANG KOKURIKULUM HARAPAN TAHUN 2012


Nuraliah Binti Mohd Shamsir dilahirkan pada 18 November 1998. Merupakan anak sulung kepada Mohd Shamsir Bin Zainal, seorang juruterbang dan Norrisa Binti Rahmat Pye. Beliau merupakan anak sulong kepada 4 orang adik beradik

Nuraliah mula belajar berenang pada umur 9 tahun bersama salah seorang daripada adiknya. Dua tahun kemudian ,ibu dan bapanya mula memberi pendedahan kepada beliau untuk pergi lebih jauh lagi dalam renang dengan menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan setiap tahun .Ketika itu beliau bersekolah di Apiit Smart School.

           Pingat pertama yang di menanginya adalah ketika beliau berada pada tahun empat melalui acara renang 25m kuak dada . Di situlah titik permulaan di mana beliau meraih kejayaan demi kejayaan. Ketika di Tahun Lima, beliau mendapat tempat pertama dalam acara 25 m kuak dada dan pada masa yang sama beliau telah mendapat tempat ketiga bagi acara merentas desa.

            2009 merupakan tahun di mana beliau cuba mengembangkan lagi bakatnya dalam arena renang ke persada antarabangsa. Percubaan pertama beliau dengan menyertai Triathlon yang mempunyai 3 disiplin iaitu berenang, berbasikal dan berlari diikuti acara Biathlon pada 2010 yang mempunyai dua disiplin sahaja iaitu berenang dan berlari.

            Pada tahun 2011 , beliau telah menyertai acara triathlon di sekolah–sekolah antarabangsa di  Selangor dan Kuala Lumpur seperti Australian International School, Alice Smith School dan Nexus International School. Di Australian International School beliau telah mendapat tempat ketiga bagi kategori bawah 15 tahun. Di Alice Smith School dan Nexus International School beliau telah mendapat tempat keempat. Triathlon pada peringat antarabangsa di Port Dickson pula, beliau telah mendapat tempat keempat dan Ironkids di Phuket,Thailand beliau berjaya mendapat tempat pertama bagi peserta 13 tahun.

            Selain itu , beliau juga melibatkan diri dalam acara olahraga di sekolah . Mendapat tempat pertama dalam merentas desa pada tahun 2011, dan tempat keempat bagi larian 1 Malaysia 1 murid 1 sukan. 2012 merupakan tahun di mana beliau bergiat lebih aktif bukan saja dalam renang tetapi juga dalam olahraga. Beliau telah meraih tempat pertama bagi acara merentas desa, mendapat 4 pingat emas ,dalam acara 1500m ,800m, 400m dan 4x400m dan berjaya mendapat anugerah olahragawati harapan.

            Kejayaan demi kejayaa yang diraih telah memberi perangsang untuk beliau terus mencuba di peringkat antarabangsa. Beliau telah menyertai Meta Sprint Series Singapore yang mempunyai tiga acara iaitu Aquathlon,Duathlon dan Triathlon. Beliau mendapat tempat kedua untuk Aquathlon dan tempat pertama untuk Duathlon dan Triathlon dan berjaya menjadi juara keseluruhan Meta Sprint Series Singapore bagi peserta bawah13 tahun.

            Pada tahun 2012 beliau sekali lagi mencuba nasib dalam acara Biathlon di Alice Smith School dan mendapat tempat keempat dan di Nexus International School bagi acara triathlon pula beliau telah mendapat tempat kedua. Beliau juga menyertai pertandingan Milo Excel Swimming 1st Leg sebagai latihan bagi beliau untuk pergi lebih jauh lagi dalam bidang sukan renang ini. Di Putrajaya International Triathlon Junior beliau telah mendapat tempat ketiga bagi kategori bawah 15 tahun.Bukan itu saja, beliau juga menyertai Larian McDonald Olympic Day dan telah mendapat tempat ke 17 bagi larian 7km bawah18 tahun. Selain daripada  aktif dalam kokurikulum beliau juga pandai bermain piano dan aktif dalam koir . Beliau sangat menghargai sokongan yang diberikan terutama dari ibubapa, guru-guru dan rakan-rakan yang selalu memberi nasihat dan dorongan untuk beliau menempah kejayaan demi kejayaan dalam bidang renang dan olahraga.

( Sumber : Buku Program Hari Koku 2012 )

TAHNIAH DAN SYABAS