Saturday, January 8, 2011

TAKLIMAT/PENDAFTARAN KOKURIKULUM 2011

Tarikh : 7 Januari 2011
Masa : 7.45 - 8-45 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan
Program : Pendaftaran Aktiviti Kokurikulum

Terima kasih kepada pelajar yang telah membantu guru dalam program pendaftaran persatuan/kelab sejarah. Aktiviti ini dilaksanakan supaya para pelajar boleh memilih aktiviti kokurikulum mengikut tiga ketagori iaitu badan beruniform, kelab/persatuan dan kelab permainan. Didapati suasana begitu meria kerana para pelajar telah menggunakan cara kreatif dan inovasi masing-masing untuk menarik ahli baru. Ahli Persatuan Sejarah juga berusaha untuk menarik ahli baru dengan poster yang begitu menarik. Terima kasih. 

Aktiviti persatuan sejarah akan diadakan pada setiap Hari Khamis mengikut takwim sekolah, jam 3.00-4.30 petang. Mesyuarat Agung akan diadakan pada hari khamis depan (13 Jan 2011) di Bilik MPB Pusat Sumber Sekolah. Pelajar yang belum daftar pada hari pendaftaran dialu-alukan untuk menghadiri mesyuarat agung persatuan sejarah.

Diumumkan bahawa  Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Negara akan diadakan pada 10 Mac 2011 (Hari Khamis), pelajar yang berminat sila memberi nama kepada jawatankuasa semasa mesyuarat agung.

Ahli Persatuan Sejarah 2011


AKTIVITI MENJANA 1MALAYSIA

sehari dalam sejarah
tss@seafield