Thursday, March 10, 2011

KEMBARA MINDA DI MUZIUM NEGARA

Program : Lawatan sambil Belajar ke Muzium Negara
Aktiviti : Kuiz Kembara di Muzium
Masa : 7.30 pagi  - 2.00 petang
Laporan : Cikgu Hareza Bt Abu


Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar terutamanya ahli persatuan Sejarah kerana telah menjayakan program yang julung kalinya diadakan oleh persatuan ini ke Muzium Negara. Seramai 41 orang murid menyertai lawatan kali ini termasuk 3 orang guru pengiring iatu Cikgu Tan, Cikgu Hareza dan Cikgu Nazuha.

Gambar Kenangan di Bangunan Muzium Negara bersama pegawai Muzium


Aktiviti bermula jam 7.30 pagi di mana semua peserta rombongan berkumpul di kantin untuk taklimat ringkas dari ketua rombongan dan semua peserta dibahagikan kepada 14 kumpulan kecil. Rombongan bertolak dari sekolah jam 8.00 pagi dengan menaiki bas sekolah dan perjalanan memakan masa selama 1 jam 30 minit kerana kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Rombongan tiba di perkarangan Muzium jam 9.00 pagi dan pegawai muzium, Cik Wahida sudah sedia menunggu kedatangan kami. Sebelum memulakan aktiviti, kesempatan diambil untuk merakamkan gambar kenangan di hadapan muzium.

 Bergambar di depan sekolah & Merasa gembira sebelum bermulanya kembara
 

Rombongan kemudiannya dibawa masuk ke dalam muzium dan Cik Wahida memberi sedikit taklimat berkaitan aktiviti kembara minda yang akan dijalankan. Tepat jam 9.30 pagi, semua kumpulan kecil diberikan sehelai kertas yang mengandungi 50 soalan subjektif dan diminta untuk menjawab semua soalan tersebut dalam masa dua jam sahaja. Soalan bagi aktiviti ini adalah ihsan dari pihak muzium sendiri untuk membantu pelajar supaya lebih menghayati khazanah yang terdapat di dalam muzium. Setelah penat mengembara ke setiap bahagian muzium, pada jam 11.30 peserta dibenarkan berehat sebentar di ruang legar muzium sementara menantikan keputusan dari pihak muzium. 

Cikgu Hareza sedang membuat pendaftaran & Taklimat oleh pegawai Muzium
  

Kembara Minda oleh para pelajar di dalam galeri Muzium
  
 
Kembara minda di kawasan luar muzium
 
penatnya selepas kembara 
 
Rehat sementara menunggu keputusan & soal selidik dari pihak muzium
 
Bergambar di Muzium Senikraf Orang Asli & Johan kumpulan "G"
   
Naib Johan Kumpulan "I" dan Ketiga kumpulan "F"

 walaupun penat + lapar tapi depan dengan kamera semua bertenaga +gembira

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang terutamanya kumpulan G yang telah berjaya dinobatkan sebagai juara bagi aktiviti kembara minda. Hadiah disampaikan oleh Cik Wahida kepada para pemenang. Tepat jam 12.30 tengah hari semua peserta dijamu makan tengah hari di kafe muzium. Lebih kurang jam 1.15 petang, rombongan bertolak meninggalkan muzium dan tiba di SMK Seafield jam 2.00 petang.

Gambar kumpulan di dataran muzium bersama pegawai muzium
Pelajar sedang membaca watikah kemerdekaan & penyampaian cenderahati kepada Cik Wahida
 
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pihak Muzium Negara kerana memberi layanan yang begitu baik sekali serta telah menghadiahkan watikah kemerdekaan untuk diletakkan di sekolah. Diharapkan program seumpama ini diteruskan lagi pada masa hadapan. 

AKTIVITI MENJANA 1MALAYSIA