Kepada pelajar yang disayangi :
Gambar berikut diambil semasa Raptai Anugerah pada 29 April 2010
Petikan di bawah merupakan ucapan Rasulullah setelah
Rasulullah Berjaya membuka kota Makkah dan pembebasan kepada penduduk Quraisy
Makkah setelah sifat cermat baginda menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam.
(ms 134-137)
“Pergilah kamu sekalian, kamu
sekarang sudah bebas.”
|
a)
Nyatakan sebab-sebab pembukaan semula kota Makkah.
i.
Orang Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah
ii.
Tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui
bersama
iii.
Mereka telah membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah yang
memihak kepada Islam
iv.
Penguasaan Makkah akan memantapkan lagi kerajaan Islam di
Madinah
( 2 markah )
b)
Jelaskan strategi pembukaan semula kota Makkah.
i.
Menyediakan empat pasukan tentera berjumlah 10 000 orang
tentera
ii.
Pasukan diketuai oleh Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah
al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubair bin a—Awwam
iii.
Masuk ke kota Makkah melalui empat arah yang berlainan iaitu
utara, selatan, barat dan barat daya Makkah
iv.
Kedatangan tentera Islam ke Makkah sangat dikhuatiri oleh
orang Arab Quraisy
v.
Bapa saudara baginda al-Abbas dan ketua arab Quraisy Abu
Sufian telah memeluk Islam sebelum tentera Islam menguasai Makkah.
( 2 markah )
c)
Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada kejayaan
pembukaan semula Makkah.
i.
Menyediakan empat pasukan tentera
ii.
Taktik serangan empat arah yang berlainan iaitu utara,
selatan, barat dan barat daya Makkah
iii.
Orang Quraisy telah dikepung dengan rapi
iv.
Tentera seramai 10 000 orang
v.
Semangat ketakwaan
vi.
Keyakinan tentera Islam
vii.
Penentangan kecil terhadap Khalid bin al-Walid dengan mudah
dapat ditewaskan
viii.
Mengumumkan kata-kata berunsurkan pengampunan kepada tawanan
ix.
Baginda memberikan jaminan keselamatan kepada mereka yang
terkepung
x.
Pengislaman Abu Sufian dan al-Abbas menyebabkan orang
Quraisy turut memeluk Islam
xi.
Kepimpinan dan kepahlawanan Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah
al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubair bin al-Awwam
(
3 markah )
d) Apakah
kepentingan pembukaan semula kota Makkah kepada umat Islam ?
i.
Kaabah terpelihara daripada unsure-unsur jahiliah
ii.
Penyembahan berhala dihapuskan dan digantikan dengan Islam
iii.
Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam
iv.
Kota Makkah dijadikan sebagai kota suci umat Islam
v.
Menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk
melakukan ibadat
vi.
Membuktikan Madinah kukuh di bawah kepimpinan baginda
vii.
Membuka jalan penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
viii.
Dakwah Islam tersebut secara amanmewujudkan pusat
pemerintahan Islam yang kuat
ix.
Makkah dijadikan sebuah wilayah Islam
x.
Sifat pemaaf baginda menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam
xi.
Baginda bertawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi Kaabah
xii.
Baginda berpidato menekankan kepentingan perpaduan kepada
umat Islam
( 3 markah )
JAWAB UNTUK JAYA
not bad
ReplyDelete