Sunday, July 25, 2010

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

SMK Seafield telah mengadakan LADAP di Sunway Univerty College pada 24 Julai bertujuan untuk meningkatkan profesionalisma di kalangan guru sekolah.

Tajuk : Kemahiran Komunikasi/Comminication Skills
Tarikh : 24 Julai 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 1.00 Tengah hari
Tempat : Sunway University College
Fasilitator : Norhayati Abd Manaf, (American Degree transfer Program), Sunway University College

Masa : 7.45 -8.30 pagi
Kolej ini mempunyai kawasan letak kereta yang luas. Oleh itu, para guru tidak menghadapi masalah untuk mencari tempat letak kereta.
Pendaftara oleh para peserta dan diuruskan oleh AJK LADAP

Masa : 8.30-9.00 pagi
Sarapan pagi
Kami dijamu dengan minuman dan makanan ringan daripada pihak kolej. Terima kasih

Pn pengetua Teh Seok Im, Pn Chong Ik Poh dan rakan-rakan sedang minum teh/kopi dan kuih bingka ubi/tuna sandwic. 
   

Masa : 9.00 - 10.30 pagi
Slot 1
Pembahagian Kumpulan
Kami dibahagikan ke kumpulan masing-masing oleh pembantu bengkel ini semasa kami masuk ke dewan. Tiada peluang untuk kami memilih kawan-kawan dan kesemuanya ditetapkan oleh pembantu bengkel. Satu cara yang baik dan sistematik untuk pengurusan pembahagian kumpulan. Meja-meja untuk setiap kumpulan bersama dengan alatulis telah disediakan untuk kami.

Alatulis disediakan dan guru duduk mengikut kumpulan masing-masing
 

Ice-Breaking Activity
LET'S GET TO KNOW EACH OTHER
i) Aktiviti lukis imej diri sendiri
Kami mula dengan menulis nama pada kertas warna disediakan sebagai tag nama. Kemudiaan kami diarahkan melukis imej sendiri pada kertas A4 dengan menggunakan tangan bertentangan yang biasa digunakan. Contohnya, kalau biasa menggunakan tangan kanan menulis, sekarang perlu menggunakan tangan kiri untuk melukis imej sendiri. Wah, satu aktiviti telah membuat semua guru ketawa. Ada yang mengatakan saya mana boleh guna tangan ini melukis, tak boleh, lagi melukis....... ha;ha.........imej keluar macam-macam. Sambil guru melukis sendiri sambil ketawa..... Satu aktiviti yang begitu menarik perhatian guru.. masing-masing perlu tukar otak kiri ke otak kanan dan otak kanan ke kiri.

Guru mempunyai tag nama mengikut warna kumpulan masing-masing & gembiranya cikgu Zaharol dan Haji Zahanudin
  

Perlu melukis imej sendiri dengan tangan bertentangan dengan tangan biasa digunakan
 

ii) Mencari pelukis imej.
Selepas itu, kertas berimej dikutip oleh pembantu bengkel dan diedarkan kepada kumpulan yang lain. Setiap guru mempunyai kertas imej yang dilukis oleh rakan-rakan yang lain. Kemudian kami terpaksan bergerak di dalam dewan untuk mencari orang yang melukis imej tersebut dan senaraikan tiga perkara kesukaan dan tiga perkara yang tidak disuka. Bukan senang nak cari pelukis imej. Ada guru dapat mencari dengan cepat dan ada masih tidak dapat mencarinya termasuklah saya sendiri. Lima minit sahaja... cepat.... Satu aktiviti yang menyeronokkan pada pagi sabtu ini.

Pn Loy dan Pn Viani sedang menanya dan mencatat pada kertas imej
   

Cari sana sini pelukis imej : dimana anda ?
  

iii) Pembentangan tentang pelukis imej.
Masa sudah tamat. Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil untuk menerangkan tentang perkara tiga perkara yang disuka dan tidak disuka oleh pelukis imej. Setiap wakil telah menggunakan cara pembentangan kreatif masing-masing untuk menerangkan rakan dalam imej. Satu aktiviti bukan sahaja menguji kreatif pembentangan guru tetapi juga mengetahui secara dekat rakan-rakan sekerja kami. Aktiviti ini juga menyebabkan semua guru tidak berhenti ketawa dan munculnya seorang Mr. Gossip sepanjang bengkel pada hari ini.
Para guru perlu memperkenalkan diri dan rakan dalam imej
  

Selepas aktiviti "Ice-Breaking Activity", kami didedahkan tentang asas-asas kumunikasi, elemen komunikasi dan beberapa pendapat tentang komunikasi. Sebelum rehat untuk minum, kami diberi masa lima minit untuk membuat satu sajak/pantun tentang kesukaan kumpulan sendiri. Kemudian ketua setiap kumpulan dihantar ke kumpulan lain dan mula berbisik di kumpulan tersebut. Orang yang akhir perlu mengemukakan tentang pantun/sajak yang telah dibisik. Aktiviti ini membuat semua guru ketawa kerana masing-masing mengemukakan sajak/pantun lain daripada yang asal.

Wakil setiap kumpulan sedang kemukakan pantun/sajak yang telah didengar
  

Guru-guru merasa seronok semasa kemukakan sajak/pantun masing-masing
  

Masa : 10.30 - 11.00 pagi
Rehat dan Minum

Perasaan gembira selepas slot pertama & interaksi antara guru semasa rehat
    

Masa : 11.00 - 1.00 Tengah hari
Slot 2
Kami didedahkan tentang "Comunication Context" dan juga "Public Speaking & Conversation"pada slot kedua.
  • Communication Contexts :
  1. Interpersonal Communication
  2. Organizational Communication
  3. Inter-cultural Communication
  4. Rhetoric Communication
  • 3 major goals of public speaking :
  1. Persuading
  2. Informing
  3. Entertaining
Para guru tertarik dengan cara pembentangan fasilitator (model terbaik untuk kami)
 

Masa : 12.30 - 1.00 Tengah hari
Aktiviti 2 
Setiap kumpulan diberi tugas untuk memikirkan cara untuk membuat pembentangan tentang minat/kesukaan kumpulan. Masa yang diberikan hanya 3 minit sahaja. Nampaknya, semua kumpulan dapat menunjukkan satu pembentangan yang begitu menarik dan menyeronokkan rakan yang lain sebagai penonton.

Setiap kumpulan menyediakan ABM untuk pembentangan
  

  

Rumusan, kursus seperti ini perlu diadakan setiap tahun untuk memdedahkan kemahiran dan pengetahuan terkini kepada guru-guru sekolah. Para guru bukan sahaja belajar cara dan teori tentang komunikasi berkesan tetapi juga dapat belajar cara mengendalikan bengkel yang menggembirakan dan menyeronokkan. Para guru boleh mengaplikasikan dan menyesuaikan cara pengendalian bengkel sebegini di sekolah supaya para pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam P&P guru.

Selamat Bertugas dan Salam 1Malaysia

sehari dalam sejarah
tss@seafield



No comments:

Post a Comment