Friday, July 23, 2010

PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF

Koperatif bermaksud bekerja bersama-sama bagi mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan bersama. Di dalam pembelajaran koperatif, pelajar berinteraksi dan saling bantu-membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang. Kaedah kolaboratif ialah melibatkan sekumpulan pelajar yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi dan matlamat yang sama. Dengan kata lain, pembelajaran koperatif dan kolaboratif dapat membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Kelebihan kaedah koperatif di dalam bilik darjah :

  • Mewujudkan semangat saling bergantung antara satu sama lain dalam kumpulan.
  • Menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersemuka
  • Setiap ahli kumpulan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi kepada kumpulan masing-masing.
  • Mengajar kemahiran interpersonal kepada pelajar.
  • Pemprosesan kumpulan
kaedah pembelajaran ini memerlukan perancangan awal oleh guru seperti :
  1. Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan (tidak melebih 5 orang satu kumpulan)
  2. Rancangkan tajuk untuk setiap kumpulan dan sesuaikan dengan objektif pengajaran.
  3. Sediakan alatulis yang sesuai untuk aktiviti kumpulan.
  4. Sediakan peraturan yang jelas untuk aktiviti kumpulan.
  5. Pengurusan masa yang baik. Sesuai untuk dua waktu atau tiga waktu pengajaran sejarah.
Berikut merupakan aktiviti kumpulan dalam pengajaran & pembelajaran sejarah di Tingkatan empat. Para pelajar melibatkan diri dengan aktif dalam perbincangan untuk menjawab soalan guru walaupun ahli kumpulan dibentuk oleh guru. (Pelbagai kaum dalam satu kumpulan)
Para pelajar berbincang selepas mendapat soalan daripada guru
 

Pelajar perlu memikir cara yang kreatif dan inovatif untuk menjawab soalan guru
 

Para pelajar perlu bekerja sama dan membina persefahaman antara satu sama lain
 

Perbincangan antara pelajar dalam kumpulan telah mengambil masa dua waktu pengajaran sejarah. Oleh itu, pembentangan kumpulan telah dibentangkan pada waktu lain. Para pelajar telah menunjukkan hasil jawapan masing-masing di atas kertas dengan cara yang paling kreatif dan inovatif. Setiap pelajar perlu melibatkan diri semasa pembentangan hasil jawapan mereka. Cara dan corak pembentangan bergantung kepada kreativiti kumpulan masing-masing untuk menyampaikan hasil mereka.

Pembentangan Kumpulan 1 & Kumpulan 2
 

Kumpulan 3 & Kumpulan 4
 

Kumpulan 5
  

Dari pemerhatian guru, para pelajar telah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah mereka. Mereka berbincang dan memikirkan cara terbaik untuk selesaikan masalah/menjawab soalan guru. Pengajaran dan pembelajaran koperatif dan kolaborasi secara tidak langsung dapat mewujudkan semangat kesalingbergantungan yang potisif di antara mereka. Mereka dapat belajar cara komunikasi berkesan, berkongsi kemahiran kepimpinan dan membina kepercayaan antara mereka untuk menjayakan projek yang diberi oleh guru.
Setiap pelajar melibatkan diri untuk menjayakan projek mereka berdasarkan kepakaran masing-masing
 

Semangat bersaing antara mereka telah menyebabkan mereka dapat menghasilkan projek mereka dengan begitu berkualiti dan inovatif. Setiap pelajar faham tanggungjawabnya untuk menjayakan projek mereka dengan cemerlang. Yang penting ialah mereka dapat pengalaman baru dengan melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan dan merasa seronok untuk belajar sejarah. Terima kasih kepada pelajar 4B yang telah mempamerkan hasil kerja dengan begitu kreatif dan cemerlang.

P&P MENJANA 1MALAYSIA

tss@seafield


1 comment:

  1. salam..saya ingin menjadikan bahan dalam blog ini sebagai rujukan. jadi, saya ingin mengatahui siapakah penulis bagi artikel berkenaan koperatif. terima kasih atas kerjasama

    ReplyDelete