Wednesday, February 24, 2010

Contoh Elemen 2 Projek Sejarah PMR

Berikut merupakan contoh Elemen 2 projek Sejarah PMR. Para pelajar boleh merujuk kepada guru sejarah masing-masing untuk mendapat maklumat selanjutnya..
KP Sejarah
ELEMEN 2 - MEREKOD FAKTA SEJARAH

Elemen ini perlu kemukakan senarai kandungan seperti berikut:
  1. Tajuk
  2. Senarai kandungan
  3. Penghargaan
  4. Objektif Kajian
  5. Kaedah Kajian
  6. Hasil Kajian
  7. Rumusan
  8. Lampiran
  9. Rujukan
Contoh cara menulis  "Penghargaan ".

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya , .............................................. dan ................................. kerana memberi bantuan, dorongan dan sokongan padu yang sebegitu berharga buat saya. Mereka banyak memberi sokongan moral, masa dan tenaga yang tidak ternilai.

Guru Sejarah selaku Guru Penilai, ...................................... juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan kajian ini dengan mencurahkan banyak ilmu pengetahuan dan tunjuk ajar kepada saya serta rakan-rakan sekelas.

Terima kasih kepada ........................... yang telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang kakak/abang dengan amat baik sekali. Kakak/abang ........................ telah memberi bimbingan dan banyak pendapat agar kerja pencarian maklumat dapat dijalankan dengan teratur dan sistematik.

Selain itu, terima kasih kepada Institusi Pendidikan saya, sekolah Menengah Kengsaan ........................ yang banyak berjasa kepada anak didiknya.

Bagi pihak rakan sekelas saya yang banyak menghulurkan bantuan, biarlah saya ucapkan terima kasih kerana perbincangan dan bantuan yang diberi banyak membantu kelancaran kerja kursus ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Sumber Sekolah yang banyak menyumbangkan bantuan dalam bentuk buku-buku ilmiah yang seterusnya membantu saya menghasilkan projek ini.

Trisha Chin Jing Man
3 Jujur
2009