Wednesday, February 24, 2010

Contoh Jawapan Soalan KBKK Bab 1 Tingkatan 5

Soalan 4, m/s 126 buku teks

soalan: pada pandangan anda,apakah iktibar yang dapat diperoleh daripada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?

JAWAPAN :


Pada pandangan saya,banyak iktibar yang dapat diperoleh daripada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Antaranya adalah kita dapat mengetahui bahawa ilmu pengetahuan itu adalah penting dalam sesuatu perjuangan. Selain itu,sesuatu perjuangan juga memerlukan pemimpin yang berwibawa,perpaduan,pengorabanan dan kebijaksanaan. Tanpa nilai-nilai seperti ini,perjuangan kita akan menjadi sia-sia. Malahan,kita juga dapat mengetahui bahawa perjuangan secara radikal adalah kurang berkesan. Keempat,kemerdekaan juga merupakan sesuatu yang sangat berharga. Kelima,kemerdekaan juga harus dipertahankan. Akhir sekali,kemerdekaan perlu diisi dengan kemajuan.



disediakan oleh, 
Nabilah bt mohd shahrudin (5C)