Wednesday, April 4, 2012

SOALAN PERBINCANGAN 2 - MALAYAN UNION

TAJUK : MALAYAN UNION 1946


SOALAN PERBINCANGAN 2


Mengapakah orang Melayu menentang Malayan Union 1946 ?


Cuba memberi pendapat berdasarkan soalan. Terima Kasih



14 comments:

  1. Sir Harold Mac Michael memaksa sultan-sultan Melayu untuk menandatangani perjanjian yang berkaitan dengan perlembagaan dan pertubuhan Malayan Union

    ReplyDelete
  2. Malayan Union mengikis hak istimewa orang melayu dan menjalankan jus soli

    ReplyDelete
  3. Jennifer and Jassmine (5D)April 27, 2012 at 10:15 AM

    Orang Melayu menentang Malayan Union 1946 kerana tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-raja Melayu. Selain itu, Sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan. Akhir sekali, orang Melayu secara prinsipnya menentang penghakisan kuasa Raja-raja Melayu dalam Malayan Union.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul.Tetapi jangan lupa mereka juga bimbang kehilangan warisan tamadun sejak kesultanan Melayu Melaka :D

      Delete
  4. Orang Melayu menentang Malayan Union 1946 kerana Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berbincang.Selain itu pemberian status kerakyatan yang sangat longgar tidak disukai pnndk tempatan.Seterusnya mereka menjalankan prinsip jus soli.

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, orang Melayu menentang Malayan Union kerana Sir Harold telah memperkenalkan keratan jus soli. selain itu, tamadun orang Melayu juga terhakis akibat pengenalan Malayan Union. di samping itu, kuasa raja-raa melayu juga terhakis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga jawapan anda ! tapi jangan lupa untuk huraikan jawapan anda ! nanti boleh dapat markah yang lebih tinggi ! teruskan usaha kawanku ! :D

      Delete
  6. Pang Kah Wai (5G) & Dhiya (5D)April 27, 2012 at 10:20 AM

    Orang Melayu menentang Malayan Union 1946 disebabkan mereka bimbang akan kehilangan warisan yang dibina oleh Kesultanan Melayu Melaka.

    ReplyDelete
  7. Natasha Aliana dan Intan Syahirah 5 JujurApril 27, 2012 at 10:22 AM

    Orang Melayu menentang Malayan Union kerana hak istimewa orang Melayu terancam. Akibat daripada Sir Harold MacMichael mengugut sultan-sultan di Semenanjung Tanah Melayu menandatangani perjanjian yang berkaitan dengan pertubuhan Malayan Union, kuasa sultan terhadap pentadbiran dihapuskan dan hanya tertumpu kepada adat istiadat orang Melayu dan agama Islam sahaja.

    ReplyDelete
  8. Ho Chuan Jian 5D & Ng Chun Yeaw 5DApril 27, 2012 at 10:22 AM

    `Orang Mlayu menentang Malayan Union kerana raja-raja Melayu akan kehilangan kuasa dan berperanan hanya sebagai penasihat.

    ReplyDelete
  9. Qiao Ni & Mei Yee (5A)April 27, 2012 at 10:23 AM

    Semasa Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946, ramai orang Melayu telah menentangnya. Antara sebab orang Melayu menentang Malayan Union adalah kerana mereka tidak berpuas hati terhadap tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut raja-raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Kedah.
    Orang Melayu juga menentang kerana sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri.
    Terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor. Orang Melayu secara prinsipnya juga menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union kerana raja-raja hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa. Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang turut ditolak oleh orang Melayu. Di samping itu, orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu.

    ReplyDelete
  10. Sebagai bantahan kepada tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-raja Melayu untuk menandatangani persetujuan tersebut serta masa yang diberikan untuk para Sultan untuk berunding tidak mencukupi. Sultan Selangor juga menandatangani perjajian tersebut atas dasar setia kawan. Selain itu, kuasa orang melayu juga akan terhakis dalam sistem pentadbiran yang baru ini. Prinsip kerakyatan jus soli juga tidak disenangi oleh ramai orang melayu yang bimbang akan kehilangan warisan nenek moyang mereka.

    ReplyDelete
  11. Ng Guo Zhi & Ling Xi Gene 5 DamaiApril 27, 2012 at 10:25 AM

    Orang Melayu menentang Malayan Union 1946 kerana pihak British menggugat kuasa dan kedudukan sultan Melayu. Selain itu, kelonggaran kerakyatan yang ditetapkan oleh pihak British juga mendapat penentangan yang kuat daripada orang Melayu.

    ReplyDelete
  12. Orang Melayu menentang Malayan Union kerana kedudukan dan kuasa Raja-raja digugut. Selain itu, hak-hak istimewa orang Melayu juga terancam.

    ReplyDelete