Wednesday, April 4, 2012

SOALAN PERBINCANGAN 1 - MALAYAN UNION

TAJUK : MALAYAN UNION

SOALAN PERBINCANGAN 1 :

Mengapakah pihak British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu ? 


(Semua murid perlu memberi pendapat berdasarkan tajuk perbincangan hari ini. Terima kasih)

15 comments:

  1. Setelah pendudukan Jepun dan keganasan Parti Komunis Malaya, British perlu mengukuhkan pentadbiran, perlindungan dan memulihkan keyakinan rakyat Malaya terhadap pihak British. Oleh itu, mereka melaksanakan Malayan Union di tanah melayu

    ReplyDelete
  2. British ingin membentuk bangsa Malayan Union yang terdiri daripada pendatang dari luar negara. Dengan membentuk bangsa Malayan Union, pendatang-pendatang asing akan melupakan negara asal mereka dan setia kepada British.

    ReplyDelete
  3. Jennifer and Jassmine (5D)April 27, 2012 at 10:08 AM

    British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu sebagai persediaan kepeda Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri. Selain itu, British menginginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos pentadbiran. Akhir sekali, British ingin mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

    ReplyDelete
  4. Ng Guo Zhi & Ling Xi Gene 5 DamaiApril 27, 2012 at 10:10 AM

    Pihak British mampu membentukkan Malayan Union adalah untuk melicinkan pentadbiran negara Malaya . Hal ini demikian kerana pada masa itu pihak British perlu menggunakan seluruh tenaga mereka untuk membina semula negara mereka sendiri yang terlibat dalam Peperangan Dunia Kedua .

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, British ingin memperkenalkan Malayan Union kerana ingin menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. selain itu British inginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos Di samping itu, pihak British juga ingin mengawal kuasa politik orang melayu, Seterusnya, British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union.

    ReplyDelete
  6. Ho Chuan Jian 5D Ng Chun Yeaw 5DApril 27, 2012 at 10:12 AM

    Pihak British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu dengan sebab-sebab yang tertentu. Antaranya ialah pihak British ingin menolong Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan dan bebas daripada ancaman komunis.

    ReplyDelete
  7. Pihak British memperkenalkan MU di Tanah Melayu untuk menyediakan mereka membentuk kerjaan sendiri, melahirkan pentadbiran yang licin dan sistematik dan untuk mengawal kuasa politik orang Melayu.Selain itu untuk menjimatkan kos pentadbiran dan membentuk bangsa Malayan Union.:D

    ReplyDelete
  8. Natasha Aliana dan Intan Syahirah 5 JujurApril 27, 2012 at 10:15 AM

    Pihak British memperkenalkan Malayan Union adalah untuk melicinkan pentadbiran di Semananjung Tanah Melayu. Untuk membentuk kewarganegaraan yang sama rata iaitu dengan menggunakan prinsip Jus Soli. Seterusnya mahu membentuk pemerintahan sendiri.

    ReplyDelete
  9. Qiao Ni & Mei Yee (5A)April 27, 2012 at 10:15 AM

    British memperkenalkan Malayan Union untuk melicinkan pentadbiran dan menjimatkan kos pentadbiran Tanah Melayu. British juga ingin mewujudkan satu bangsa Malayan Union supaya mereka memberi taat setia yang sepenuhnya kepada pihak British. Tindakan ini juga dianggap sebagai satu langkah untuk menyediakan rakyat Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Selain itu, British juga mahu mengurangkan kuasa politik orang Melayu melalui Malayan Union.

    ReplyDelete
  10. Pihak British menyatakan bahawa ingin menyediakan Tanah Melayu untuk kemerdekaan dan menyatukan semananjung Tanah Melayu untuk melicinkan pentadbiran,namun seperti yang dikatakan,Malayan Union hanyalah suatu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
    Buktinya,pihak British hanya menukarkan taraf Tanah Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British

    ReplyDelete
  11. British ingin menjimatkan kos pentadbiran dan melicinkan pentadbiran di Semenanjung Tanah Melayu. Penubuhan pentadbiran yang berbeza (Negeri-negeri Selat, Negeri negeri Melayu Bersekutu serta Negeri Negeri Melayu Tidak Bersekutu) menyebabkan pentadbiran kurang licin dan kosnya tinggi. Oleh itu, British menubuhkan Malayan Union untuk melicinkan lagi pentadbiran di samping menjimatkan kos.

    ReplyDelete
  12. Pihak British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu sebagai persediaan untuk membentuk kerajaan sendiri di samping melahirkan pentadbiran yang licin. Kos pentadbiran juga dapat dijimatkan dengan adanya pengenalan Malayan Union. Rakyat juga dapat disatukan di bawah satu bangsa Malayan Union dan menggalakkan keharmonian di kalangan masyarakat. Kuasa politik orang Melayu juga dapat dikawal oleh mereka.

    ReplyDelete
  13. Pihak British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu sebagai persediaan membentuk kerajaan sediri. Selain itu, pentadbiran yang licin dapat dilahirkan, kerana sistem Malayan union lebih lancar.Di samping itu, kos pentadbiran dapat dijimatkan. Kegiatan ekonomi di negeri-negeri lain memang berbeza. Ada negeri yang kaya dan juga miskin. Dengan menggabungkan negeri-negeri dalam satu sistem, wang yang didapati dapat dikongsi dengan negeri-negeri yang lain. Seterusnya, bangsa Malayan Union dapat dibentuk. British telah membawa orang dagang dari China dan India untuk mengusahakan ekonomi di tanah melayu. Mereka mahukan orang dagang tersebut untuk melupakan tanah asalnya dan mencintai Tanah Melayu .

    ReplyDelete
  14. Pang Kah Wai (5G) & Dhiya (5D)April 27, 2012 at 10:23 AM

    Pihak British memperkenalkan Malayan Union atas sebab-sebab tertentu, salah satunya adalah bagi memgawal kuasa politik orang Melayu.

    ReplyDelete
  15. Selain itu,saya juga berpendapat bahawa pihak British menubuhkan Malayan Union sebagai usaha untuk meneruskan kegiatan imperialisme in Tanah Melayu and mengawal ekonomi kita.

    ReplyDelete