Thursday, April 15, 2010

Contoh Jawapan Soalan KBKK Bab 6 Tingkatan 5

Berikut merupakan contoh esei KBKK bab 6 :


Rishebashni Mohan 5A



Jelaskan peranan anda sebagai generasi muda hari ini dalam mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air kita daripada diganggu gugat kuasa asing.
 
  Sebagai generasi muda hari ini,peranan saya dalam mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air ialah mengukuhkan semangat cinta akan negara dalam diri saya. Dengan ini, saya akan rela mempertahankan negara daripada ancaman kuasa asing. Selain itu,saya harus mengutamakan perpaduan bangsa dalam hidupan saya. Melalui kerjasama kaum, seperti dalam Parti Perikatan yang telah memenangi Pilihan Raya 1955, dapat dibuktikan bahawa perpaduan kaum amat penting dalam mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan tanah air. Saya juga berperanan manjaga nama baik negara. Dengan ini,negara kita akan mempunyai integriti dan tidak mudah dicengkam oleh kuasa asing.
 
  Tambahan pula, saya juga patut tidak bekerjasama dengan kuasa asing jikalau kuasa asing tersebut hendak menguasai negara kita. Melalui  pengetahuan sejarah, kita telah belajar bahawa kerjasama dengan kuasa asing akan mengugat kedaulatan negara sepertimana kerjasama segelintir pembesar Melayu dengan pihak British telah menyebabkan perampasan kuasa oleh British pada masa dahulu. Saya juga haruslah memelihara jati diri saya supaya tidak senang dipengaruhi kuasa asing. Lebih lagi, saya juga patut menguasai ilmu pengetahuan dalam segala bidang kemahiran. Hal ini kerana dengan ini,kita akan menjadi orang yang berilmu dan tidak senang terperdaya oleh kuasa asing.
 
  Di samping itu, saya juga patut menyumbangkan usaha saya untuk mengukuhkan pasukan tentera. Dengan adanya tentera yang kuat dan pandai membina strategi, kuasa asing yang mengugat negara kita dapatlah diusir. Akhirnya, saya juga patut berusaha untuk meningkatkan sains dan teknologi negara. Dengan ini, negara kita akan maju serta mempunyai teknologi untuk mempertahankan negara jika digugat oleh kuasa asing.

11 comments: