Wednesday, April 7, 2010

CONTOH ESEI BAB 3 TINGKATAN 4

Berikut merupakan contoh esei yang dipilih pada bulan ini. Terima kasih kepada Nur Shahirah Bt Hj Mohd Yasin (4B).


1. Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal ?


Terdapat empat pendapat yang berbeza daripada sejarawan mengenai cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara pada zaman kerajaan Awal .

Pendapat pertama mengatakan , peranan golongan Ksytariaatau tentera . Pendapat ini menyatakan bahawa pembentukan tanah jajahan takluk oleh golongan penakluk dari India bertanggungjawab menyebarkan kebudayaan India .

Pendapat kedua pula adalah peranan golongan Vaisya atau pedagang . Proses perdagangan dikatakan sebagai faktor utama penyebaran kebudayaan India di Asia Tenggara .

Pendapat ketiga , melalui golongan Brahmin atau pendeta manakala pendapat keempat , peranan masyarakat tempatan . Mereka menyerap dan mengambil aspek-aspek kebudayaan India yang menarik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan .

Kebanyakan ahli sejarah setuju dengan pendapat keempat kerana disokong oleh ahli arkeologi . Buktinya ialah penemuan seni arca yang mempunyai langgam yang bercirikan Asia Tenggara , contohnya arca dengan ikatan kulit harimau yang hanya diperoleh di Srivijaya .

2 . Jelaskan peranan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara

             Terdapat beberapa peranan penting bagi Bahasa Sanskrit di Asia tenggara . Antara peranan primanya adalah merupakan bahasa sarjana , komunikasi dan keagamaan kerajaan Asia Tenggara . Bahasa ini terdapat dalam kitab-kitab berkaitan keagamaan , bahasa,pemerintah dan ilmu.

            Bahasa Sanskrit juga mempengaruhi bahasa melayu dan bahasa-bahasa lain d Asia Tenggara . Banyak perkataan Sanskrit yang masih kekal dalam bahasa melayu dan bahasa lain walaupun telah mengalami proses penyesuaian .

            Bahasa Sanskrit juga memberikan sumbangan kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusateraan klasik atau kuno di  Asia Tenggara . Bahasa ini juga menyampaikan maklumat tentang agama , pemerintahan , raja dan undang-undang .

            Selain itu , bahasa Sanskrit dapat memberi amaran kepada rakyat supaya tidak menderhaka kepada raja . Bahasa Sanskrit juga mentampaikan arahan dan pemberitahuan daripada pemerintah kepada rakyat .

            Peranan Bahasa Sanskrit juga dapat dikesan dalam bidang kesusateraan . Bahasa Sanskrit terdapat dalam kitab sastera Hindu , Buddha dan Tamil . Perkataan kesusasteraan itu sendiri berasal daripada Bahasa Sanskrit yang bererti kitab suci atau cerita .

 3. Terangkan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal Asia Tenggara.

Sistem beraja muncul apabila kerajaan awal dipengaruhi agama Hindu dan Buddha .  Dalam sistem beraja, raja merupakan puncak pemerintahan . Raja juga berkuasa dalam pentadbiran , hubungan luar , ketenteraan dan khazanah negara . Raja juga mengubal undang-undang dan ianya wajib dilaksanakan . Raja juga ditakuti rakyat kerana wujud konsep dewa raja ( raja tuhan ) .

Konsep Orde Kosmos juga dipengaruhi agama Hindu –Buddha dalam sistem pemerintahan . Negara diaggap sebagai satu alam semesta dengan raja dan ibu kotanya sebagai pusat alam . Konsep ini diamalkan Raja Suryavarman II yang memerintah Kerajaan Angkor . Raja dipercayai mempunyai kesaktian dan lahir unsur mitos dan lagenda tentang asal usul raja untuk memperkuat kedudukan dan status raja sebagai pemerintah .

Selain itu , Raja bercita-cita berkuasa terhadap seluruh alam semesta . Hal ini kerana , kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta didirikan . Oleh yang begitu, Raja Suryavarman membina Angkor Wat yang melambangkan Orde Kosmos . Raja akan dibantu oleh pembesar , gabenor pegawai tentera dan hakim . Brahmin juga memainkan peranan penting dalam upacara kegamaan .

Disamping itu, Adat istiadat seperti pertabalan raja diwujudkan turut mempengaruhi agama Hindu-Buddha dalam sistem pemerintahan . Hal ini dapat mengukuhkan lagi kedaulatan raja . Adat istiabat ini dipimpin oleh golongan Brahmin dan agama raja juga telah diambil kira . Oleh itu , dapat membesarkan golongan raja daripada golongan yang diperintah .


JAWAB UNTUK JAYA

panitiasejarah@tss

17 comments:

  1. pandai la awak nie...
    gud luck again..

    ReplyDelete
  2. yup... bgos gilew... smpaikan sy puwn nk tiru untq paper 3 la.... tq so much....

    ReplyDelete
  3. thanks . baru ku tau cara nak jawab paper 3 . tp bukan spatut nye esei dia lg panjang ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tlg jwbkan eh.ya mmg jwpn nya sptutnya pnjg ttp kalau pendek tpi isi,huraian dan contonya ada dan cukup xjadi masalah...

      Delete
  4. terima kasih sebab beri lebih pengetahuan kepada saya...:)

    ReplyDelete
  5. I will print this! Muahahaha!!! Yeay!!!!

    ReplyDelete
  6. I'm so nervous to do the first time essay. But, thanks for the information. Good Luck all anonymous. Hahaha

    ReplyDelete
  7. esei bkn panjan lagi ke.dapat bp markah kalu esei mcm ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mmg spatutnya pnjg ttp kalau esei nya mempunyai fakta,huraian dan contoh yg cukup pendek x jadi masalah...:)

      Delete
  8. ada esei tema 7.2 dan 7.3

    ReplyDelete
  9. Berapa agaknya markah kalau esei begini?

    ReplyDelete