Wednesday, March 24, 2010

PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH 2010

PENGUMUMAN :
Persatuan Sejarah & Geografi SMK Seafield menganjurkan satu pertandingan menulis esei sejarah. Semua pelajar digalakkan mengambil peluang untuk menyertai pertandingan ini. Berikut merupakan maklumat tentang pertandingan :




PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH 2010

Tajuk Esei: Penghayatan mata pelajaran Sejarah dapat menjana Satu Malaysia.  Berikan
                     pendapat anda tentang pernyataan ini.

Anjuran: Persatuan Sejarah & Geografi

Syarat Penyertaan:
·         Karya hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
·         Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori:-
Kategori Pertama : Tingkatan 1-3
Kategori Kedua : Tingkatan 4-6
·         Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Tarikh tutup pertandingan: 31 Julai 2010                

Format karangan:
1.      Karya yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris, jenis tulisan Arial/Times New Roman, fon 12 dan berjilid kemas.  Untuk kategori pertama, jumlah perkataan dihadkan antara 300 hingga 400 patah perkataan, manakala kategori kedua, jumlah perkataan dihadkan antara 500 hingga 800 patah perkataan, 
2.      Tajuk karangan, nama dan tingkatan mestilah ditulis dengan jelas pada muka depan karangan.
3.      Jumlah perkataan perlu dicatatkan pada muka surat terakhir karya.
4.      Hasil karya hendaklah dihantar ke email :  panitiasejarahsmkseafield@gmail.com 

Kriteria Penilaian:
Karya yang layak dipertandingkan akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:-
1.      Karya ditulis secara terfokus kepada tema tertentu.
2.      Setiap isi dikupas secara analitis, logikal dan tersusun.
3.      Isi karya disampaikan melalui persembahan yang teratur dari segi hujahan, gaya bahasa, peralihan perenggan yang jelas, dan tatabahasa yang baik.
Hadiah:






Kategori Pertama
Kategori Kedua
Tempat
Hadiah
Tempat
Hadiah
1
RM 70 & sijil penyertaan
1
RM 70 & sijil penyertaan
2
RM 50 & sijil penyertaan
2
RM 50 & sijil penyertaan
3
RM 30 & sijil penyertaan
3
RM 30 & sijil penyertaan
Saguhati
Sijil penyertaan
Saguhati
Sijil penyertaan








Urus Setia,
Anushinee a/p Annantha Krishnan
5 Amanah
Persatuan Sejarah & Geografi
Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield, Subang Jaya

* sila rujuk kepada guru sejarah kelas masing-masing untuk maklumat lanjut.


No comments:

Post a Comment