Wednesday, March 24, 2010

Contoh soalan KBKK - Pilihan Bulan Mac

 Berikut merupakan contoh esei untuk bulan ini daripada Rishebashni Mohan (5A):
Pada pendapat anda, bagaimanakah usaha kerajaan bagi membentuk bangsa Malaysia ?
Antara usaha kerajaan bagi membentuk bangsa Malaysia sehingga kini ialah mewujudkan konsep Satu Malaysia . Melalui konsep ini,rakyat Malaysia dapat disatukan di bawah satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Selain itu, kerajaan juga telah memartabatkan Bahasa Malaysia. Dengan ini, bahasa menjadi alat perpaduan kerana seluruh rakyat mempunyai satu bahasa yang umum. Di samping itu,kerajaan juga mengutamakan perpaduan kaum. Dalam usaha tersebut,kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan,iaitu menyatukan tiga buah sekolah iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah kebangsaan di satu kawasan untuk memupuk perpaduan kaum. Kerajaan juga giat menjalankan Program Latihan Khidmat Negara. Tujuannya ialah untuk membina jati diri golongan muda serta memupuk perasaan cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. Tambahan pula, kerajaan juga memberi tekanan kepada Rukun Negara, Lagu Negaraku dan Jalur Gemilang. Contohnya, di sekolah awam, warga sekolah diwajibkan menyanyikan Lagu Negaraku dan kibarkan Jalur Gemilang serta membacakan Rukun Negara apabila perhimpunan rasmi diadakan. Dengan memegang kepada simbol-simbol ini yang menjadi identiti negara,rakyat akan bangga menjadi bangsa Malaysia.

No comments:

Post a Comment