Monday, July 25, 2011

MAJLIS PERPISAHAN PK HEM PN ROSLINA AHMAD

Program : Majlis Perpisahan Pn Roslina Ahmad dan Mengalu-alukan Kedatangan PK Hem Baru Pn Ainon Mohamed
Tarikh : 25 Julai 2011 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan SMK Seafield
Laporan : Nur Shahirah Bt Hj Mohd Yasin (5B)



Pada hari ini, 25 Julai sambutan hari perpisahan untuk Puan Roslina Ahmad diadakan dan sambutan menyambut guru Penolong Kanan HEM yang baru juga diadakan serentak. Puan Roslina telah pun dipindahkan ke Sekolah Menengah Subang Jaya sebagai Penolong Kanan pada 16 Jun yang lalu. Perpindahan ini sungguh mengejutkan semua orang. Majlis yang diadakan ini juga merupakan majlis ”last minute” namun pihak SMK Seafield berjaya melakukanya. Majlis pada pagi tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik dan kemudian diikuti bacaan doa oleh Saudara Adam. Sebelum memulakan majlis, guru yang bertugas diminta menyampaikan pengumuman penting kepada pelajar.
Majlis tersebut bermula dengan ucapan perpisahan dan alu-aluan oleh Ketua Murid, Kealen Ong . Seterunya,ucapan oleh Pn Roslina selaku mantan Penolong Kanan HEM SMK Seafield. Pada permulaan ucapan beliau, beliau banyak menceritakan tentang pengalaman beliau berkhidmat selama 10 tahun disini. Namun begitu sebak yang tidaj dapat ditahan lagi menyababkan beliau mengeluarkan air mata apabila beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru. Beliau juga mengalirkan air mata sekali lagi apabila beliau menyebut satu demi satu nama anak murid beliau di tingkatan 6 Budi. Setelah babak kesedihan oleh ucapan Pn Roslina majlis diteruskan pula oleh ucapan ringkas Pn Ainun selaku guru penolong kanan Hem yang baru. Beliau yang telah berkihdmat selama 21 tahun di Sekolah Menengah Subang Jaya amat berharap mendapat kerjasama yang baik oleh para pelajar. Seterusnya, ucapan ringkas oleh YDP PIBG,Dato’ Abd Rahman Haji Ali dan kemudian oleh Puan pengetua, Pn Hajah Zaleha bt Abu Hassan.
Ucapan oleh Pn Ainon & Majlis penyampaian cenderamata
Majlis diceriakan pula dengan penyampaian hadiah cenderamata kepada Pn Roslina dan Pn Ainun. Diharapkan majlis ini cukup bermakna kepada mereka berdua. Bagi memeriahkan majlis, Pn Roslina bersamaPn Ainun diiringi oleh guru-guru lain untuk ke kantin bagi menjamu selera yang telah disediakan khas untuk Pn Roslina dan Pn Ainun. Majlis tersebut tamat apabila kesemua guru-guru mengiringi Pn Roslina ke kereta dan menghantar beliau pulang. Jasamu sentiasa di kenang, pn Roslina dan kepada Pn Ainun selamat bertugas dan kami berharap Puan dapat menjadikan Seafield sekoah yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian Terima Kasih


JASAMU DIKENANG

No comments:

Post a Comment