Thursday, July 7, 2011

MAJLIS PELANCARAN ASTRO TOTUR TV PMR & SPM

Tarikh : 7 Julai 2011 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield Subang Jaya
Program : Majlis Pelancaran Astro Totur TV PMR & SPM Oleh Datuk Dr Wee Ka Siong
Laporan : Nur Shahirah Hj Mohd Yasin ( 5 Budi 2011 )

Ketibaan Datuk Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri pelajaran Malaysia
 
Persembahan Koir Sekolah
  
Majlis pelancaran oleh Datuk Dr Wee Ka Siong
 
Tanggal 7 Julai 2011 merupakan hari yang paling berprestij dan bersejarah untuk SMK Seafield kerana buat julung kalinya SMK Seafield dikunjungi dangan begitu ramai orang kenamaaan. Pada hari tersebut, pihak Astro  dengan sukacitanya  memilih SMK Seafield sebagai tuan rumah untuk melancarkan program baru ini yang khabarnya mendapat sambutan yang sangat luar biasa dari para pelajar. Setelah sambutan yang mengangumkan melalui Astro Tutor TV UPSR, pihak Astro kali ini ingin melancarkan Astro Tutor TV PMR dan SPM khas untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi. Hal ini juga kerana permintaan yang bertalu-talu oleh para pelajar dan juga ibu bapa kerana mempercayai keberkesanannya kepada murid-murid memandangkan pelajar kini lebih suka meluangkan masa di hadapan televisyen berbanding dihadapan buku rujukan mereka sendiri.
Pihak Astro telah datang ke sekolah kami seawal jam 7.30 pagi untuk mempersiapkan pentas dan mengadakan sesi raptai sebelum acara pelancaran yang akan berlansung pada 10 pagi nanti. Sesi raptai telah dijalankan dengan lancar dan seperti yang dirancangkan kerana telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak SMK Seafield. Bagi mengisi ruangan kosong di dalam Dewan Sri Kenangan, dewan sekolah yang menjadi saksi utama majlis pelancaran tersebut diadakan, pihak Astro telah menjumput 3 kelas dari tingkatan 3 iaitu 3 Amanah, 3 Cekap dan 3 Fasih manakala 3 lagi kelas dari tingkatan 5 yang terdiri daripada 5 Amanah, 5 Budi dan 5 Kukuh. Majlis bermakna ini telah bermula tepat pada jam 10 pagi setelah ketibaan def-def  terhormat yang terdiri daripada Datuk Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, En Mohd Ghazali Hamzah, Ketua Penolong Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Pn Balkis Ahmad, Ketua Unit Bahasa PPD, En Henry Tan, COO ASTRO , Pengetua SMK Seafield , Pn Hajah Zaleha bt Abu Hasan serta beberapa VIP lagi dan para wartawan yang turut diundang ke majlis pelancaran ini. Majlis pembukaan di mulakan dengan nyanyian penuh semangat oleh pasukan koir SMK Seafield dengan lagu berjudul 1 Malaysia. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan oleh En Henry Tan selaku COO ASTRO.   Dalam teks uacpannya, beliau menyatakan bahawa sebanyak 8,000 sekolah-sekolah kerajan di seluruh Malaysia telah diberi khidmat Astro Tutor TV termasuklah sekolah-sekolah di Sabah dan Serawak serta SMK Seafield. Saluran pelajaran yang menjadi keutamaan pelajar kini akan mula disiarkan di Astro pada 10 Julai 2011, saluran 602 bagi Astro Tutor TV  PMR dan saluran 603 bagi Tutor TV SPM yang mengandungi 100% sukatan pelajaran Malaysia. Guru juga boleh menggunakan peluang ini untuk mengajar pelajar dengan menggunakan saluran ini selain buku-buku yang disediakan oleh pihak sekolah. Majlis yang di acarakan oleh Azrul dan Ben dengan penuh meriah dan gelak tawa di teruskan dengan ucapan oleh VIP terhormat, Datuk Dr Wee Ka Siong selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang telah banyak memuji pihak Astro dengan tindakan mereka dengan mengadakan Astro Tutor TV PMR dan SPM. Beliau sangat berharap agar cara ini sangat berkesan untuk pelajar-pelajar yang gemar menonton TV dan mengambil kesempatan emas ini untuk belajar sambil menonton televisyen.
Lebih kurang jam 11 pagi majlis pelancaran Astro Tutor TV PMR dan SPM dilakukan bersama VIP terhormat, Datuk Dr Wee Ka Siong bersama COO Astro, En Henry Tan, maka rasmilah sudah Astro Tutor TV PMR dan SPM. Harap para pelajar akan menjadikan Astro Tutor TV sebagai guru nombor 2 mereka setelah guru-guru disekolah . Majlis kemudian diteruskan dengan acara bergambar beramai-ramai bersama pelajar-pelajar SMK Seafield yang terpilih dan beberapa orang kenamaan terhormat yang hadir pada majlis ini. Setelah itu, Astro menyajikan kami semua di dewan dengan beberapa klip video menarik yang terdiri daripada pelajar SMK Seafield sendiri yang telah dirakam oleh pihak Astro sendiri beberapa minggu yang lalu. Sebelum majlis tersebut berakhir, pasukan koir sekolah sekali lagi yang menyajikan sedikit persembahan sedutan dari Muzikal West Side Story yang baru diadakan minggu lalu kemudiannya diteruskan dengan persembahan oleh pasukan pancaragam sekolah yang telah memukau pelbagai pihak yang berada disana. Majlis tersebut tamat secara rasminya dan semua orang kenamaan tersebut dibawa ke meja makan untuk menikmati sedikit jamuan yang disediakan oleh pihak sekolah serta mengadakan sesi soal jawab bersama para wartawan yang telah hadir bersama. Manakala para pelajar diminta tetap berada di dewan kerana mereka ingin menguji tahap kecerdasan pelajar SMK Seafield dengan beberapa soalan . Dua pengacara tersebut telah memberikan beberapa soalan berkaitan dengan PMR dan SPM dan tidaklah hairan apabila kami berjaya menjawab kesemua soalan yang diberikan dengan betul dan kepada pemenang, mereka telah di beri voucher sebanyak RM 60 . Para pelajar kemudian dibenarkan masuk ke kelas dan menikmati sajian yang telah disediakan oleh pihak Astro  kepada kami. Terima Kasih Astro kerana telah memilih sekolah kami sebagai tempat pelancaran Astro Tutor TV PMR dan SPM. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang iaitu, www.astro.com.my. Kepada pelajar PMR, Astro Tutor TV PMR akan mula disiarkan pada 10 Julai 2011 sehingga 11 Oktober 2011 manakala Astro Tutor TV SPM pada 10 Julai sehingga 25 November 2011. Semoga berjaya kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini dan gunakanlah segala kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin kerana banyak mendatangkan kebaikan kepada kita semua. Sekian, Terima Kasih.

 Majlis penyampaian Cederamata
 
 Persembahan Pancarangam Sekolah