Hari : Sabtu
Masa : 7.45 pagi
Lokasi : SMK Seafield, Subang Jaya
Aktiviti : Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Peserta Murid : 1,130 murid
Laporan oleh: Nur Shahirah Hj Mohd Yasin ( 5 Budi )
Buku Panduan Pelaksanaan 1murid 1sukan
SMK Seafield berjaya menganjurkan Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang telah mendapat sambutan yang hebat bukan sahaja daripada warga Seafield tetapi juga masyarakat setempat USJ 2. Larian Serentak ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan bersukan dan mengamalkan cara hidup yang sihat dan cergas. Acara ini juga berjaya merapatkan silaturahim antara guru, murid dan masyarakat setempat. Bersama-samalah berusaha untuk menghasilkan modal insan yang cemerlang yang mempunyai semangat jati diri dan sahsiah yang baik
Barisan guru memberi sambutan yang hebat untuk jayakan program
En Abdul Rahim Bin Khadlid, PK Ko-Kurikulum
Warga Seafield berasa bangga dapat menyertai acara bersejarah Larian Serentak yang akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR)
Seronok dapat menyertai larian serentak 1murid 1 sukan
Larian
serentak 1 murid, 1 sukan telah diadakan pada 2 Julai 2011. Larian ini telah
dilancarkan oleh Timbalan Menteri Malaysia, Tan Sri Muhaiyidin Yasin di Perak Darul
Makmur. Larian ini diadakan serentak seluruh sekolah di seluruh kawasan
Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Tepat pada jam 7.45 pagi semua murid
dilepaskan secara serentak di kawasan sekolah masing-masing. Larian ini telah
berjaya mencapai hasrat Menteri Pelajaran kita iaitu dengan mewajibkan semua
murid sekurang-kurangnya menyertai satu acara sukan pada tahun ini. Acara
larian ini telah berjaya melibatkan pelajar sekolah seramai 4 juta dan akan dicatatkan di Malaysian Book Of Records sebagai salah satu peristiwa
bersejarah yang penting berlaku di Malaysia.
Sebagai
melaksanakan hasrat Timbalan Perdana Menteri kita, SMK Seafield telah mengambil
bahagian dalam acara larian ini. Seramai 1130 pelajar SMK Seafield telah
menyertai acara larian ini dan merupakan penyertaan teramai di kawasan Subang
Jaya. Hal ini juga telah menjangkaui sasaran sekolah yang hanya mengharapkan
sekurang-kurangnya 800 pelajar. Tahniah kepada semua pelajar.
Tepat
pada jam 7.00 pagi, ramai pelajar telah hadir lantas membanjiri kawasan sekolah
dengan penuh semangat untuk berlari dan untuk memenangi hadiah yang ditawarkan
oleh pihak sekolah. Larian kali ini bukan sahaja disertai oleh para pelajar
semata-mata malah guru dan ibu bapa juga
turut berlari dalam acara larian ini demi menyemarakkan lagi acara yang
diadakan ini. Pada jam 7.15 para pelajar diminta mendaftarkan diri di kaunter
pendaftaran demi mengesahkan kehadiran mereka. Setelah itu, acara larian
dimulakan dengan melepaskan para guru dan ibu bapa dahulu, kemudian diikuti dengan
pelepasan pelajar perempuan dan pelajar lelaki seterusnya. Acara larian
sebanyak 1.5 km ini telah mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk
menamatkan larian.
Para
pelajar berlari dengan bersungguh dan penuh semangat termasuklah para guru.
Bukan mudah untuk melihat guru menyertai acara larian sebegini. Acara larian
yang dijalankan ini telah berjaya mengurangkan sedikit sebanyak kecedaran ke atas
pelajar seperti terjatuh di atas trek larian, kaki terseliuh dan sebagainya.
Tahniah kepada peserta yang telah berjaya menamatkan larian walaupun ada yang
telah “pancit” ketika berlari tadi, hal ini pasti akan menyedarkan kita
mengenai tahap kesihatan kita. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah kepada pemenang dalam acara ini. Hal ini juga
buat petama kalinya pihak SMK Seafield telah menyediakan hadiah kepada pemenang
dari tempat pertama hingga tempat ke tiga puluh bagi kategori lelaki dan
kategori perempuan. Setelah tamat larian, para peserta dibenarkan berehat sementara
menunggu acara penyampaian hadiah dijalankan dengan menjamu gerai-gerai yang
dibuka oleh para pelajar sempena jualan Pre-Sale Hari Keluarga yang akan
diadakan dalam masa dua minggu lagi
Tepat
pada 10.30 pagi acara penyampaian hadiah
dijalankan. Bagi kategori guru lelaki, johan dimenangi oleh Ustaz Mukhlis, naib
johan oleh En Gan dan tempat ketiga oleh En Zulkifli. Kategori guru perempuan
pula, johan oleh Pn Ooi , naib johan oleh Pn Juliana manakala ketiga oleh Pn
Joyce. Bagi kategori pelajar perempuan pula telah dimenangi oleh pelajar tingkatan
6 untuk johan dan juga naib johan manakala tempat ketiga dimenangi oleh
olahragawati sekolah Eugiena . Olahragawan sekolah tahun lepas, Aminurashid
juga telah memenangi tempat ketiga untuk acara larian kali ini manakala johan
dan naib johan dimenangi oleh pelajar tingkatan 5 . Majlis tersebut berakhir
dengan acara nyanyian lagu 1 Murid, 1 Sukan yang dicipta khas untuk acara
larian serentak ini. Syabas kepada semua kerana telah saling bekerjasama dalam
melancarkan serta menjayakan acara ini dengan penuh gilang gemilang.
Para PIBG dan guru memberi sokongan sepenuhnya untuk menjayakan program ini
Nyayian Lagu 1 Murid 1 Sukan
Wakil PIBG dan pentadbir & Majlis penyampaian hadiah
TERIMA KASIH
SEMOGA DASAR 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA MENCAPAI OBJEKTIFNYA
AKTIVITI MENJANA 1MALAYSIA
No comments:
Post a Comment