Hari : Jumaat
Masa : 2.00 pm
Ketua Rombongan : En Yeoh HK ( AJK PIBG )
Peserta : 3 guru dan 12 murid ( Kutipan tertinggi hari karnival keluarga bahagia)
Laporan : Insan Syahirah Bt Shahrudin ( 4J )
Pada hari Jumaat, 22 Julai 2011, seramai dua belas orang pelajar bersama-sama tiga orang guru pengiring SMK Seafield telah terpilih untuk menyertai program “Flight Simulator”. Program ini telah berjalan di Theatrette, Flight Crew Training Centre, 1st Floor Flight Simulator Building, MAS Complex Office A, Sultan Abdul Aziz Shah Airport Subang, Selangor. Program ini telah berlangsung dari pukul 3.15 petang hingga 5.30 petang.Banyak pengalaman baru yang telah diperoleh oleh pelajar daripada program yang dianjurkan ini.
Flight Simulator adalah tiruan penciptaan semula pesawat penerbangan dan pelbagai aspek persekitaran penerbangan. Ini termasuk persamaan yang mengawal bagaimana menerbangkan pesawat, bagaimana mereka bertindak balas terhadap permohonan kawalan dan sistem pesawat lain, dan bagaimana mereka bertindak balas terhadap persekitaran luaran seperti ketumpatan udara, gelora, awan, pemendakan, dan lain-lain simulasi.
Pada pukul 2 petang, para pelajart elah berkumpul sebelum bertolak ke destinasi yang hendak dituju.Tepat jam 2.30 petang, para pelajar dan guru pengiring bertolak dan sampai di MAS Complex Building tepat jam 3 petang. Kehadiran pelajar dan guru telah disambut baik oleh pihak MAS.Sesampainya para pelajar dan guru, mereka telah dibawa ke bilik seminar untuk mendengar taklimat oleh pihak MAS.Banyak perkara yang diperoleh hasil taklimat ringkas yang diberi dan Pihak MAS menekankan tentang penerangan di dalam simulator kepada para pelajar dan juga guru.
Flight simulator mempunyai pelbagai peringkat perkakasan, model detail dan realisme yang bergantung kepada tujuan mereka.Mereka boleh berkisar dari PC komputer riba berasaskan model sistem pesawat, kerusi replika mudah untuk tujuan membiasakan diri, replika ankokpit yang sangat terperinci dengan semua kawalan dan sistem pesawat dan di luar bidang luas-dunia visual sistem, semua dipasang pada enam darjah kebebasan (DOF) platform gerakan yang bergerak sebagai tindakbalas kepada pergerakan kawalan juruterbang dan luaran faktoraero dinamik.
Sesudah taklimat yang diberi ,para pelajar dan juga guru menganjurkan beberapa soalan kepada pihak MAS tentang Flight Simulator ini. Kemudian, para pelajar dibahagikan kepada dua buah kumpulan iaitu kumpulan 1 dan juga kumpulan 2.Kumpulan 1 bergerak ke simulator dahulu dan kemudian baru kebilik-bilik yang terdapat di sekitar bangunan Flight Simulator.Begitu juga dengan kumpulan 2.
Para pelajar berasa teruja dan kagum apabila masuk ke dalam simulator.Pihak MAS memberi sedikit penerangan serta cara mengawal simulator tersebut. Kemudian ,para pelajardan guru dibenarkan mengawal simulator tersebut. Pengalaman mengawal simulator tersebut adalah suatu pengalaman yang amat berharga dan tidak dapat dilupakan.Bayaran yang akan dikenakan jika pengunjung ataupun orang luar ingin mencuba Flight Simulator ialah RM500 untuk 20minit.
Selepas berada di dalam simulator, pihak MAS membawa para pelajar dan juga guru melawat sekitar bangunan Flight Simulator. Mereka dibawa ke “cell room” iaitu bilik yang mengawal simulator tersebut dan juga ke bilik computer yang digunakan oleh juruterbang untuk menghabiskan silibus mereka.Kemudian, mereka kembali semula kebilik seminar sebelum berpisah.Walaupun sekejap, tetapi para pelajar dan guru mendapat suatu pengalaman baru yang mungkin tidak akan dilupakan dan mereka juga belajar banyak perkara baru.
TERIMA KASIH MAS
TERIMA KASIH PIBG 2011